Saturday, 6 June 2009

Kelahiran Baru (Muhammad Amir )

Tahniah kepada Cikgu Ismi di atas kelahiran anak beliau yang ke5 katanya. pada 2 Jun 2009 jam 3.44 petang...Hebatttt......Semoga Allah mencurahkan rezeki lagi ke atas beliau sekeluarga, insyallah.....Lahirnya lagi bakal pemimpin dunia, semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti.....Walaupun cuti 7 hari tidak kesempatan, namun keberkatan cuti sekolah ini dapat membantu beliau untuk menguruskan hal-hal keluarga tanpa menganggu masa bidang tugas beliau.....itulah hikmahnya, insyallah. Kepada rakan-rakan yang ingin mengunjungi beliau sempena kelahiran baru ini, dipersilakan (Ahlan Wasahlan) ....insyallah hari pertama sekolah nanti ada kenduri kesyukuran katanya, insyallah....mai jangan tak mai sekolah dihari pertama ini nanti....

Sunday, 31 May 2009

Tudung Saji Berhias Songket

Salam sejahtera semua. Baru-baru ini Pengerusi MGK SMKPP ada membuat lawatan ke salah sebuah rumah penduduk kampung Sadik Kupang kerana pengidap penyakit 'Chikunkunya' yang agak kritikal. Sewaktu lawatan ke sebuah rumah yang terletak di kampung tersebut, keadaan dan suasana disitu agak menyedihkan kerana walaupun terdapat air dan elektrik tetapi tempat tinggal agak daif. Kebetulan dengan itu penduduk di situ ada mengusahakan Tudung Saji Berhias (seperti gambar) tetapi sukar untuk dipasarkan kepada awam. Justeru itu atas niat mebantu memasarkan barangan tersebut maka MGK SMKPP ingin merwar-warkan kepada semua diluar sana. Sekiranya berkeinginan untuk mendapatkan barangan tersebut disamping membantu masyarakat setempat bolehlah menghubungi Cikgu Ismi ditalian (0194225699) atau emailkan ke rhnr@tm.net.my. Semoga pembelian barangan tersebut dapat membantu masyarakat tersebut. Harga seunit RM40/satu tudung saji besar. Sila lihat tayangan gambar Tudung Saji Berhias di bahagian kanan blog ini.

Saturday, 30 May 2009

Ujian Penggredan Tae-Kwan-Do



Pada 24 Mei 2009, bertempat di Dewan Terbuka SMKPP telah berlangsung sesi Ujian Penggredan Tae-Kwan-Do yang telah diadili oleh Master Nawas (Master 6th Dan Black Belt) yang didatangi dari Ipoh Perak. Seramai 20 orang peserta dari SMKPP telah berjaya lulus dalam ujian tersebut. 3 orang peserta telah berjaya mendapat "Double Promotion" iaitu Azlan b. Azami (3A), Shafiq Apis b. Shagawi (3C) dan Syuhada (2C). Tahniah dan Syabas kepada mereka yang telah berjaya dengan cemerlang. Pihak Kelab Tae-Kwan-Do juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan padu yang telah diberi kepada kelab ini dan semoga ianya akan terus berkekalan. Tahniah juga kepada guru penasihat Tae-Kwan-Do SMKPP iaitu En. Ismi Kamarul Sham, En. Ravendran dan Pn. Asniza.

Monday, 25 May 2009

Ahlan WahSahlan Guru Baru

SMKPP disinari lagi dgn kehadiran Ustazah Nur Hafizoh bt. Abdul Halim sebagai ustazah baru di sini. Selamat betugas ustazah. Anak kelahiran Baling, Kedah. Telah mendapat pendidikan awal di SK Lanai, Maktab Mahmod Alor Star, SMK Agama Kedah dan seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Fakulti Pend. dengan Kepujian Pendidikan Al-Quran.
Kata-Kata pegangan " Bila meninggal dunia seorang manusia, putuslah amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedekah yang diberi selagi hidup, ilmu yang disebarkan dan manafaatnya, doa dari anak yang baik yang mendoakannya. (Sabda Rasullullah)
Semoga ustazah Nur Hafizoh akan terus kekal dan bersemangat dalam mendidik anak watan Parit Panjang. Syabas

Sunday, 24 May 2009

Sukan Berprestasi Tinggi - Sepak Takraw


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana terpilih sebagai wakil sekolah untuk sukan berprestasi tinggi (Sepak Takraw) dengan jurulatih terpilih Mr. Kanat. Dari satu sudut ia merupakan satu bonus kepada SMKPP kerana telah bergerak setapak ke hadapan dalam sukan tersebut. Semoga terus berjaya. [Salah satu sesi latihan-gambar di atas]

Saturday, 23 May 2009

LDP Kali Ke-4


Pada 23 Mei 2009, Pendidikan Pejasmani & Kesihatan dalam Pedagogi telah dilaksanakan oleh Guru Sains Sukan En. Zamri & En. Anuar dengan jayanya. Seawal pagi setelah latihan teori diberikan di makmal komputer, diikuti pula dengan latihan praktikal ke atas semua guru-guru.
Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru yang telah melibatkan diri. Pada usia yang semakin meningkat tetapi masih mampu untuk membuat regangan dan memberikan komitmen yang terbaik demi untuk melatih anak murid. Lama dah tak bersukan....terasa juga otot-otot yang meregang......Baik untuk kesihatan........

Tuesday, 19 May 2009

Sekitar Sambutan Hari Guru (Bergambar)








Lagi laporan bergambar akan menyusul kemudian... Tahniah dan Syabas.. SELAMAT HARI GURU 2009.

Sunday, 17 May 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


TAHNIAH & SYABAS kepada SMKPP kerana telah berjaya menyambut Hari Guru peringkat sekolah ditengah-tengah kesibukan urusan pedagogi pada 17 Mei 2009, namun masih mampu untuk meraikan Sambutan Hari Guru dengan jayanya. Kepada semua guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung telah membuahkan hasil yang tidak ternilai harganya. Sepastinya tanpa kerjasama guru-guru dan pelajar, pastinya majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Laporan bergambar akan disusuli kemudian. Sekian terima kasih yang tidak terhingga buat semua.

Tuesday, 12 May 2009

SMKPP Tempat Ke3 - Pert. Kawad Kaki


Syabas dan tahniah kepada Pasukan Kawad Puteri Islam SMKPP kerana telah pun berjaya menduduki tempat ke 3 bagi acara tersebut. Walaupun keanggotaan yang tidak mencukupi iaitu seramai 28 orang akibat masalah kesihatan peserta kawad, namun usaha gigih mereka berlatih siang dan malam telah membuahkan hasil. Tahniah kepada Ust Muziliyana, Pn. Ruzila serta lain-lain guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pasukan kawad ini. Semoga SMKPP akan menjuarai acara ini lagi pada masa-masa akan datang. BRAVO!!!!!

Pelancaran Minggu Bahasa








SMKPP telah melaksanakan majlis perlancaran "Minggu Budi Bahasa" pada 10 Mei 2009 selama seminggu yang bermula 10-14 Mei 2009 ini. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Salleh. Suasana pelancaran yang serba sederhana namun tetap meriah dengan paluan gong serta diikuti dengan nyanyian Berbudi Bahasa oleh semua warga SMKPP. Syabas dan tahniah.

Ucapan Mingguan


Tarikh : 10 May 2009 (Perasmian Minggu Budi Bahasa)
Guru Bertugas : En. Md Nor & Pn. Siti Nor Baza

" Konteks Budi Bahasa"
- Wajar berbudi bahasa secara menyeluruh. Berbudi dengan semua mahkluk samada dengan sesama manusia, tumbuhan dan haiwan. Sejajar dengan tuntutan dalam islam.
- Berbudi bahasa dalam masyarakat, hormat menghormati, tolong menolong sesama kaum.
- Penghayatan terhadap berbudi bahasa akan melahirkan semangat saling hormat menghormati sesama pelajar di sekolah dan tidak akan timbul masalah disiplin di sekolah.
"Keselamatan Jalan Raya"
- Bersopan ketika menaiki kenderaan awam seperti bas kerana etika berbudi bahasa dalam menaiki kenderaan awam tidak akan mengundang kecelakaan.
- Ketika menunggang motosikal, pelajar harus memakai topi keledar dan keadaan motosikal yang selamat.
- Jangan lumba haram dengan mengguna motosikal.
- Berhati-hati ketika memotong kenderaan dan harus menyayangi jiwa raga.

Wednesday, 6 May 2009

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Baling


Syabas dan tahniah kepada pasukan Dikir Barat SMK Parit Panjang kerana telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori dikir barat yang telah berlangsung pada 6 Mei 2009 di SMK Bakai. Judul dikir barat tersebut ialah "Masyarakat Madani Tanpa Dadah". Syabas kepada adik Nadhilah (anja) pelajar Ting. 3A kerana brejaya meraih tempat ke2 dalam kategori Mendeklamasi Sajak. Tahniah juga kepada pasukan kuiz E-PPDA kerana berjaya memperolehi tempat ke3.
Syabas dan tahniah juga kepada Cikgu Akhwan yang telah melatih pasukan dikir barat sehingga menjadi juara. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih pelajar sehingga berjaya sebegini.

Monday, 4 May 2009

Perkhemahan Bersepadu- Motivasi Sahsiah






Syabas dan tahniah kepada kontijen PBSM, Unit Tae-Kwan-Do dan Kelab Komputer yang berjumlah 100 orang telah menjalani perkhemahan bersepadu yang telah diadakan pada 30 April-1 May 2009 di Chalet Puteri Ayu, Yan yang lalu. Bertemakan pembentukan sahsiah, kem kali ini dimuatkan pengisian berbentuk kerohanian. Antara program yang telah dilaksanakan ialah bersolat dalam keadaan darurat di kaki bukit Tangga Kenari di Titi Hayun. Semua peserta telah diminta bersolat berjemaah dengan air yang kurang dan pakaian yang sedia ada tanpa kain telekung, tetapi masih boleh mengerjakan solat. Amali solat telah dibuat secara berkumpulan dengan konsep "Treasure Hunt Solat". Ramai peserta tertanya-tanya apakah Treasure Hunt Solat. Tetapi setelah melaluinya ternyata banyak nilai positif yang telah diluahkan oleh peserta. Ternyata objektif Treasure- Hunt Solat yang telah diilhamkan oleh Ustaz Hapidz membuahkan hasil yang cukup tidak disangka-sangka. Walaubagaimanapun ramai peserta telah meminta agar program Treasure Hunt Solat ini diperpanjangkan masa. Hanya 3 jam program itu dilaksanakan ternyata masih tidak puas (luahan hati peserta). Tazkirah oleh Cikgu Ismi mengenai Meditasi secara islamic juga mendapat perhatian daripada para peserta. Ternyata ilmu islam itu cukup luas dan dapat dipratikkan dengan meluas. Melalui kaedah meditasi yang diamalkan oleh bukan penganut islam, tetapi sebenarnya Meditasi mengikut kaedah islam ternyata lebih memberi kesan positif dari segi kesihatan dan emosi adalah terpaling utama...Syabas kepada Ustaz Hapidz dan Cikgu Ismi.
Selain daripada itu sokongan dan kerjasama daripada pihak pengurusan terutamanya Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri, PK KOKO Pn. Che Maznah, Penyelaras Unit Uniform En. Zaini b. Abdullah serta Fasilitator diantaranya En. Khuzaimi b. Khalid, Cikgu Aina, Cikgu Asyikin, Cikgu Nur Zanna bt. Ramli, KEM Komanden En. Elyas, En. Anuar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebenarnya adalah pereka kepada kejayaan kem tersebut. Tanpa mereka ini semua objektif kem bersepadu ini tidak akan berjaya.
Semoga kem sebegini akan dapat dilaksanakan lagi untuk masa-masa akan datang demi membentuk sahsiah pelajar ke arah yang lebih cemerlang dan dinamik dunia dan akhirat.
Wassalam.

Wednesday, 29 April 2009

Mesyuarat Panitia Sains

Untuk mengetahui lebih lanjut sila klik laman blog panitia sains di sini Blog Panitia Sains SMKPP .Syabas

Tuesday, 28 April 2009

Takziah Untuk Keluarga Cik Fadzilah bt. Mohd Ali


Al-Fatihah……...MGKSMKPP mengucapkan Salam Takziah buat Cik. Fadzilah Bt. Mohd Ali (gambar )di atas pemergian kekanda beliau iaitu Pn. Hasiah bt. Mohd Ali pada 15 April 2009 yang lalu akibat barah payu dara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kekandanya. Amin…...Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma-penderma di kalangan warga MGK SMKPP yang telah memberi sumbangan atas tujuan tersebut yang telah terkumpul sebanyak RM145.50. Wassalam

Monday, 27 April 2009

LDP (Pembinaan Item JSI) - Ke3



Pada 25 April 2009 telah berlangsung LDP untuk kali ke 3 dgn tema "Pembinaan Item". Penceramah yang diundang ialah Guru Cemerlang Geografi En. Aznan daripada SMK Syed Abu Bakar, Kupang Baling.
Hampir semua guru-guru telah mengambil peluang ini kerana pendedahan seumpama ini teramat perlu kerana kaedah pembinaan item(soalan) haruslah bersifat adil. Dengan erti kata lain, aras soalan yang dibina haruslah pada kadar pecahan 5:3:2 iaitu 5 soalan aras mudah, 3 aras sederhana dan 2 aras sukar. Dengan itu, kualiti pembinaan soalan oleh guru-guru adalah selaras dengan kaedah yang sedang dipraktikkan oleh Lembaga Peperiksaan Negara dalam penentuan pembikinan soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan seterusnya.
Ini sebenarnya satu kaedah yang teramat adil dalam pendidikan terutamanya kepada pelajar yang tinggal jauh dari bandar dan paling minima menerima pendedahan alatan bantuan pengajaran yang jauh sofistikated seperti pelajar-pelajar di bandar-bandar besar.
Semoga dengan kursus satu hari ini, dapat memberi input yang lebih jelas kepada guru-guru SMKPP khasnya.

Ciri-ciri Kegagalan


Guru bertugas Pn. Nik Zawanah & Pn. Nor Zanna Ramli (26-30April 2009)

Dapat ditunjukkan dengan sikap yang
  1. Pesimis iaitu mereka yang tiada wawasan, tiada mempunyai cita-cita dalam kehidupan serta mereka yang tidak bermatlamat.
  2. Pelajar yang sering ponteng kelas, bising dalam kelas, nakal dan tidak menghormati guru.

Friday, 24 April 2009

Selamat Datang Penyelia Asrama SMKPP


En. Bakhori B. Awang adalah pengganti Pn. Siti Khalijah bt. Abdullah. Menetap di Kg. Charok Bakap, Kuala Ketil. Beliau pernah berkhidmat di Maktab Perguruan Sri Pinang, SM Teknik Sg. Petani, SMK Syed Abu Bakar, SMK Parit Panjang (2003-2005) sebagai PAR, SMK Gulau, SMK Sik. Antara misi beliau ialah sentiada menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, penguasaan fizikal yang kondusif serta pembangunan sahsiah pelajar kearah keseimbangan Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek. Beliau juga berharap untuk menjadikan asrama SMKPP sebagai asrama 5 bintang peringkat kebangsaan suatu hari nanti, insyallah.

Tuesday, 21 April 2009

Program Morning Glory


Seindah bunga pagi yang mekar sekuntum yang mempunyai emosi positif yang paling maksimum. Justeru itulah atas usaha untuk meningkatkan prestasi calon peperiksaan PMR dan SPM maka SMKPP telah merancang satu program yang dinamakan Morning Glory untuk mencapai hasrat tersebut. Program yang bermula dari jam 7.00-7.30 pg adalah waktu yang cukup hening dan dingin dengan harapan diwaktu itu keadaan minda yang masih segar dapat membantu pelajar untuk menginputkan segala rujukan bahan ke minda mereka, insyallah.

Latihan Menembak Kadet Polis



Bertarikh 18 April 2009 SMKPP telah menghantar 4 orang pelajar untuk latihan menembak di Pusat Latihan Menembak Keroh. Ini merupakan satu pengalaman baru bagi pelajar dan juga kepada guru penasihat iaitu Cikgu Zamri. Satu peluang yang cukup baik dan peluang ini sukar diperolehi pada masa-masa akan datang. Salah seorang pelajar telah terpilih utk mewakili daerah Baling Sik keperingkat negeri dalam acara menembak iaitu Mohd Nafazli b. Adnan 5A. Tahniah dan syabas

Sunday, 19 April 2009

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang


En. Nai Khian & En. Ismi Kamarul Sham (Guru bertugas 19-23 April 2009)

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut:
  1. Optimistik (Yakin pada diri sendiri)
  2. Premistik
  3. Kesedaran memikul tanggungjawab
  4. Tumpuan sepenuh hati
  5. Sentiasa mulakan dari awal
  6. Sentiasa bersedia
  7. Sentiasa melengkapkan peralatan utk belajar
  8. Tepati waktu belajar
  9. Dapatkan bantuan guru sekiranya menghadapi masalah
  10. Hormati Guru
  11. Bersoal jawab dgn guru dalam hal pelajaran
  12. Pandangan yang membina
  13. Berbincang dengan rakan
  14. Siapkan segala tugasan yang diberi
  15. Mengujudkan kumpulan belajar
  16. Sering membuat rujukan diperpustakaan
  17. Sering membaca berita akhbar
  18. Menonton TV utk program yang membina
  19. Selalu menguji diri dengan ujian-ujian kecil sebagai latihan
  20. Sediakan jadual waktu yang betul
  21. Sertai ceramah motivasi
  22. Sertai seminar peperiksaan
  23. Membeli buku rujukan
  24. Masuk ke kelas tuisyen
  25. Melawat ke pameran buku
  26. Sertai program kokurikulum sekolah
  27. Sanggup menghadapi dugaan dan cabaran
  28. Menjaga keselamatan diri
  29. Jaga kesihatan dengan makanan yang seimbang.

Thursday, 16 April 2009

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru


Pihak MGKSMKPP mengucapkan tahniah dan selamat bertugas ke sekolah SMK Sik. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan yang telah dicurahkan kepada SMKPP selama ini terutamanya bagi warga asrama SMKPP. Tiada balasan setimpal yang dapat diberi melainkan Allah sahaja yang dapat membalasnya. Diharap Pn. Siti Khalijah tidak melupakan kami semua di sini. Doa dan salam dari kami semua.

Program Motivasi Waris dan Pelajar Ting.5 & 3


Bertarikh 16 April 2009, SMKPP telah mengadakan program motivasi waris bersama pelajar Ting. 5 dan 3 yang merupakan salah satu usaha bersepadu dimana bukan saja pihak sekolah, pelajar tetapi waris juga harus diperkenalkan kejayaan anak-anak mereka adalah bermula daripada usaha inisiatif ibubapa juga. Semoga dengan program ini akan membuka minda semua pihak bahwa kejayaan anak-anak mereka dalam peperiksaan adalah berasal dari usaha kerjasama semua pihak.

Monday, 13 April 2009

Kemas Kini Data SMM


Salam Sejahtera kepada semua Guru-guru Kelas SMKPP,
Dimaklumkan disini bahawa pihak sekolah ingin mengemaskinikan data pelajar semasa secara berkala. Justeru itu pada April ini, atas jasa baik dan prihatin guru-guru kelas, pihak sekolah meminta agar data pelajar guru-guru sekelian dapat di kemaskinikan secara digital melalui perisian SMM (Senarai Maklumat Murid) yang akan disediakan oleh Cikgu Ismi. Lantaran itu diminta kepada semua guru kelas agar dapat mengambil perisian tersebut utk memasukkan data pelajar kelas masing-masing. Sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Cikgu Ismi pada kadar segera. Sekian Terima Kasih.

Cadangan Baju Koperat


A'kum dan Salam Sejahtera kepada semua warga MGKSMKPP.
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, bahawa pihak MGKSMKPP akan cuba menguruskan pembikinan baju koperat utk semua warga MGKSMKPP pada tahun ini. Rasionalnya utk mengadakan baju koperat ini adalah kerana ingin mengujudkan satu identiti kumpulan budaya kerja yang seragam dimata dunia luar disamping boleh digunakan pada apa jua majlis rasmi atau tidak rasmi nanti. Justeru itu pihak MGKSMKPP akan mengedarkan satu senarai pungutan suara utk melihat persetujuan semua ahli dalam usaha ini. Warna dan corak baju tersebut akan dibincangkan kemudian melalui majlis tertinggi MGKSMKPP nanti.Berdasarkan keputusan ini nanti pihak MGKSMKPP akan mengumumkannya melalui laman blog ini atau dipapan kenyataan MGKSMKPP. Kerjasama anda amat dialu-alukan.
Sekian terima kasih.

Sunday, 12 April 2009

Keselamatan Diri Dan Orang Lain


Guru bertugas En. Khuzaimi b. Khalid & Pn. Thanalakshimy a/l Palani
12-16 April 2009

1- Keselamatan Diri Sendiri harus diutamakan terlebih dahulu sebelum menghiraukan keselamatan diri orang lain. Sekiranya keselamatan diri sendiri tidak terjamin mana mungkin kita dapat memastikan keselamatan diri orang lain.
2- Keselamatan dalam kelas juga harus dititik beratkan dengan tidak bergurau keterlaluan dengan rakan-rakan kerana dengan gurauan yang pada mulanya disangkakan kecil tetapi mampu bertukar kepada kemalangan yang serius. Dari itu keutamaan keselamatan diri sendiri adalah perlu dititik beratkan terlebih dahulu.

Thursday, 9 April 2009

Lawatan Ke Medan Indonesia


A'kum & Salam Sejahtera. Adalah dimaklumkan disini terdapat sedikit perubahan untuk Lawatan Ke Medan Indonesia adalah seperti ketetapan pakej berikut: Tarikh Lawatan : 6 - 9 Jun 2009 (4 hari 3 malam) Kos Lawatan : RM820 / orang dewasa , kanak-kanak diskaun 20% Oleh itu, kepada yang berminat sila hubungi Pengerusi MGKSMKPP pada kadar segera utk pengurusan pendaftaran dan kebenaran dari pihak JPN. Semoga tindakan awal dari guru-guru akan melancarkan kejayaan salah satu aktiviti Kelab MGKSMKPP. Terima Kasih

Perubahan Jadual Pemeriksaan Buku Rekod


A'kum dan Salam sejahtera kepada semua guru-guru.
Adalah dimaklumkan disini bahawa mulai 1 April ini pemeriksaan buku rekod mengajar setiap minggu oleh pihak pengurusan telah berubah pemeriksanya. Oleh itu diharapkan semua guru-guru dapat menyemak semula kepada siapakah harus buku rekodnya dihantar seperti jadual yang telah dipaparkan di papan kenyataan dalam bilik guru.

Sunday, 5 April 2009

"Memilih Bahan Bacaan Bermutu"


Guru Bertugas Pn. Nor Zanna Bt. Ramli & En. Wanlah (05-09 April 2009)
Tips Ucapan Perhimpunan :
Kalimah yang terawal adalah "Iqra" iaitu bacalah. Justeru itu sebagai seorang pelajar harus memilih bahan bacaan yang berkualiti dan sikap tabiat suka membaca. Melalui pembacaan akan melahirkan generasi yang berilmu dan berpegetahuan tinggi. Contoh masyarakat yang suka membaca ialah masyarakat Jepun. Mereka didapati membaca setipa masa dan dimana juga berada seperti ketika didalam keretapi, ketika menunggu bas dan lain-lain waktu yang terluang.
Disamping itu juga pelajar harus menolak bahan bacaan yang tidak berfaedah seperti komik, majalah hiburan dan bahan bacaan yang tidak memberi nilai positif. Melalui pembacaan semangat cintakan ilmu akan melahirkan budaya ilmu dan masyarakat yang intelektual. Sebagaimana sabda rasulullah yang bermaksud " Bila kamu ingin berjaya di dunia, kamu perlukan ilmu, bila kamu ingin berjaya di akhirat, kamu perlukan ilmu dan bila kamu ingin berjaya kedua-duanya sekali, kamu juga perlukan ilmu"

Saturday, 4 April 2009

Mesyuarat PIBG Ke-25

Bertarikh 26 Mac 2009 (Khamis); Jam 2.00 ptg telah berlangsung mesyuarat PIBG ke 25 di Dewan Terbuka SMKPP. Kehadiran ibubapa sungguh membereangsangkan. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Ust. Khairi Al-Hapiz b. Ishak (Pen. Peg. Zakat Daerah Baling). Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat tersebut sehingga dapat berjalan dengan lancar walaupun perasmi asal iaitu YBH Dato' Sheikh Ghazali B. Hj. Yaacob (SU Zakat Negeri Kedah) tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Wednesday, 1 April 2009

Ahlan WahSahlan Guru Baru


Selamat Datang kepada guru GSST yang mula melaporkan diri pada 1 April 2009 iaitu Cikgu Mohamad Sahizam B. Musa. Berasal dari Kg. Lubuk Besar, Sik. Berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitar Sosial) Major dalam Penggubalan Dasar dan Perundangan Univ. Malaysia Trengganu. Pengalaman bertugas di INTURA (Inst. Tadbiran Awam Kampus Utara). Pernah bertugas sebagai Pereka & penulis artikel semasa. Pernah menerima 5 kali anugerah Dekan UMT 2005-2008. Tahniah dan syabas. Semoga dapat berkongsi pengalaman cemerlang bersama di SMKPP.

KARNIVAL & MAJLIS PENUTUP BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2009


Bertarikh 1 April 2009 ...telah berlanngsung satu majlis penutupan anti dadah peringkat sekolah SMKPP. Tahniah dan syabas kepada para pemenang dalam aktiviti poster, nasyid, Dikir Barat dan sajak....Semoga dengan kempen dan aktiviti anti dadah ini dapat dimanafaatkan oleh semua pelajar dan mendapat pengajaran yang terbaik, insyallah. Semoga Sekolah bebas Dadah 2012 akan menjadi kenyataan.