Monday 13 April 2009

Cadangan Baju Koperat


A'kum dan Salam Sejahtera kepada semua warga MGKSMKPP.
Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, bahawa pihak MGKSMKPP akan cuba menguruskan pembikinan baju koperat utk semua warga MGKSMKPP pada tahun ini. Rasionalnya utk mengadakan baju koperat ini adalah kerana ingin mengujudkan satu identiti kumpulan budaya kerja yang seragam dimata dunia luar disamping boleh digunakan pada apa jua majlis rasmi atau tidak rasmi nanti. Justeru itu pihak MGKSMKPP akan mengedarkan satu senarai pungutan suara utk melihat persetujuan semua ahli dalam usaha ini. Warna dan corak baju tersebut akan dibincangkan kemudian melalui majlis tertinggi MGKSMKPP nanti.Berdasarkan keputusan ini nanti pihak MGKSMKPP akan mengumumkannya melalui laman blog ini atau dipapan kenyataan MGKSMKPP. Kerjasama anda amat dialu-alukan.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment