Friday 24 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

 
 
 
 
Tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik kerana pada 16 Mei yang lalu satu majlis sambutan hari guru telah dilaksanakan dengan jayanya. Bermula dari awal pagi pelbagai acara dan program telah di laksanakan bagi menjayakan sambutan Hari Guru tersebut. Seperti tahun-tahun sebelum sambutan hari guru telah dirancang dan dilaksanakan oleh urusetia yang bertanggungjawab  iaitu MGKSMKPP dan badan pengawas. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah bowling kelapa, kukur kelapa, motor lambat, tendangan penalti, kupas jagung, nyayian karaoke oleh warta pendidik dan pelajar dan macam-macam lagi. Semua acara telah berlangsung sehingga jam 2 ptg. Sungguh meriah dan semoga dengan acara-acara yang dipertandingkan itu dapat membina hubungan ukhuwah yang kian rapat antara guru dan pelajar insyallah

Wednesday 22 May 2013

Warga Pendidik Baru

Tahniah dan syabas kepada guru-guru baru yang sedang dan akan menamatkan sesi pengajaran di SMKPP. Sesungguhnya pergorbanan anda sebagai pendidik tidak akan dilupakan oleh setiap anak murid-murid mu di sini.
  1. Ust Ali berasal dari Kedah mempunyai kelulusan ijazah dalam pendidikan islam. Beliau mempunyai falsafah hidup "Belayar dalam merentas lautan ilmu"..Juga mengamalkan tips kejayaan dengan mengistilahkan D : Doa , U : Usaha, I : Ikhtiar dan T: Tawakal....          



     


  2. Cg. Nurhafizah bt. Abdullah dari Baling Kedah mempunyai kelulusan Ijazah Pengajian Bahasa Gunaan (K) (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional). Falsafah hidup beliau : Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Barangsiapa tidak menjaga dirinya , maka tidak bergunalah ilmunya. (Imam Ghazali). Harapan beliau : Kekuatan tidak datang dari kekuatan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah: teruskan bersemangat dalam menuntut ilmu"

Saturday 11 May 2013

PELANCARAN LAGU SEKOLAH SMKPP

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana pada 16 Mei 2013 ini akan dilancarkan lagu sekolah untuk kali pertama setelah hampir 29 tahun sekolah ini ditubuhkan...Semoga dengan adanya lagu ini akan dapat memberi satu identiti sebuah institusi yang lebih dinamik dan berketrampilan dipersada yang lebih tinggi.
Dan tidak dilupakan kepada Cg. Sheremey yang telah berjaya menghasil ciptakan lagu tersebut.

Monday 6 May 2013

FAMILY DAY MGKSMKPP DI PANTAI MERDEKA

26 April 2013, Bertempat di Pantai Merdeka. Syabas dan tahniah kepada pihak MGKSMKPP yang telah bertungkus lumus merancang serta melaksanakan program yg cukup memberi makna nilai ukhuwah sesama keluarga warga pendidik dan staf sokongan SMKPP....Ramai yang telah menghadirkan diri walaupun terdapat mereka-mereka yang penuh dengan komitmen luar yg lebih penting lagi..namun susana program family day tempohari amat meriah. Pelbagai aktiviti sukaneka telah dapat dilaksanakan dengan cuaca yang amat baik. Syabas sekali lagi utk semua yang telah menjayakan program tersebut...Semoga ia akan menjadi aktiviti tahunan bagi kelab guru SMKPP.....



Selamat Datang Guru Baru

Tahniah dan syabas kepada guru baru yang sudi menabur bakti di SMKPP ini pada tahun ini. Walaupun status mengganti guru yang bersalin namun khidmat bakti yang cemerlang dari beliau amat-amat dihargai oleh seluruh kulawangsa SMKPP. Guru yang dimaksudkan ialah Cg. Fairuzzana bt. Omar. Anak kelahiran dari pekan Kupang Baling mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bio-Komposit dari UITM Shah Alam..Memegang falsafah hidup "Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah" Juga sentiasa yang mempunyai jati diri "Never fail to plan and never plan to fail" .....Tahniah... Harapan beliau ialah berjaya di dunia dan akhirat disamping menjadi seorang anak yang solehah kepada kedua ibubapa dan taat kepada Allah s.w.t.
Kini menetap di Kg. Landak Bukit Kupang Kedah....boleh dihubungi di email fairuzzana88@gmail.com

Thursday 2 May 2013

Pemantauan New Deal


                       
                                                   
2 Mei 2013...seluruh kawasan serta pengurusan SMKPP telah dipantau oleh 5 orang Nazir-nazir yang didatangi dari pelbagai negeri. Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP yg terlibat secara langsung dan tidak langsung serta komitmen yang begitu hebat sehinggakan ramai guru-guru dan pelajar telah menghadirkan diri pada 1 Mei lagi walaupun hari buruh sedunia... Semoga pemantauan sebegini akan memberi nilai positif dan menaikkan lagi nama SMKPP dipersana yang lebih tinggi. Insyalla sekiranya ada keizinan dari Allah maka kita semua akan mendapat manafaat dari aktiviti sebegini. Ketua Nazir yang merupakan Nazir Johor ialah Tun. Hj. Zakaria dan diikuti oleh nazir-nazir dari Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan.....Anda semua hebat wahai warga SMKPP dan anda perlu mendapat kehebatan tersebut.... Terima kasih