Wednesday 24 April 2013

Smart Learning [Bengkel MSS]

 
 
 20 Apr 2013 Jam 10.00pg bertempat di asrama SMKPP telah berrlangsung satu aktiviti Bengkel Motivasi Smart Study yang telah dilaksanakan oleh Guru Cemerlang Sains SMKPP sendiri iaitu Cg. Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Program yang telah dirancang oleh ketua warden asrama SMKPP Sir Iqqbal telah berjaya membuka minda pelajar utk mengenali serta mencungkil akan kebolehan dan kehebatan diri sendiri dalam setiap perlakuan dan bagi pelajar asrama mereka telah didedahkan akan kehebatan diri sendiri. Dengan itu mereka yang tinggal diasrama seharusnya mengambil kelebihan ini untuk bertindak dan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang lagi dari pelajar yang tinggal diluar asrama. Syabas kepada mereka yang telah mengikuti Program tersebut dari awal hingga akhir.

KEM SINGKIR YAN KEDAH

 
 
 
Bermula dari 15-18 April 2013 bertempat di Pusat KOKO Kem Singkir, SMKPP telah menghantar 85 orang murid wakil bagi setiap unit uniform untuk mengikuti kem kepimpinan yang sungguh menarik. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh urusetia Pusat KO diantaranya, night walk, up ceiling, flying fox, berkayak, orientaring dan macam-macam lagi. Kesemua aktiviti yang terancang itu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membina jati diri setiap pelajar dalam menempuh pelbagai halangan. Syabas kepada semua murid yang telah berjaya mengikuti program tersebut. Teima kasih juga kepada semua guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Ceramah Penjara Sg. Petani

 
 
16 April 2013, jam 12.00 tgh...SMKPP telah menjemput Sarjan Hamzah dari Penjara Sg. Petani utk memberi ceramah pencerahan penjara kepada semua warga SMKPP. Banyak hal dan pengalaman yang telah beliau perkongsikan kepada kulawangsa SMKPP. Kebanyakkan gambaran dan pendedahan pengalaman beliau selama berkhidmat di penjara serata Malaysia banyak memberi keinsafan kepada beliau dan kepada peserta ceramah tersebut. Kemenjadiaan manusia telah terganggu kerana mengikutkan emosi dan nafsu yang menyebabkan mereka terjerumus ke kancah yang negatif. Namun dengan kewujudan penjara sebagai institusi yang bertanggungjawab utk memulihkan keadaan ini maka dgn itulah pelbagai pengalaman yang dapat memberi pengajaran kepada semua terutama dikalangan pelajar. Klik video hukuman sebatan rotan amat-amat mengerikan dan menginsafkan kepada mereka yang menontonnya. Semoga dengan ceramah yang ringkas itu dapat memberi nilai positif dan peringatan yang terbaik kepada semua orang. Insyallah