Tuesday 23 July 2013

TAKLIMAT PUSAT INTERNET 1M

Syabas dan tahniah kepada wakil-wakil dari Pusat Internet 1M yang telah melaksanakan sesi pencerahan mengenai penggunaan dan kawalan internet diperingkat sekolah SMKPP pada 23 Julai 2013. Pelbagai info dan maklumat yg telah dikongsikan bersama antara pihak berkenaan dengan pelajar. Antaranya bagaimana menguruskan penggunaan  internet terutamanya laman sesawang yang mendedahkan personaliti individu. Kesan dari perbincangan dalam laman sosial juga telah banyak memberi kesan negatif dikalangan pelajar dan masyarakat. Semoga dgn sesi pencerahan ini telah dapat membuka minda serta pengetahuan kepada semua yang hadir terutamanya pelajar-pelajar.

 
 

Tuesday 16 July 2013

IFTAR RAMADHAN BERSAMA TKPPM

Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah dipilih untuk melaksanakan majlis berbuka bersama Yang Berbahagia  Dato’ Hj. Sufa’at B. Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Julai 2013 bersamaan 6 Ramadhan 1434 H.
Suasana majlis yang hening tetapi meriah dengan kehadiran dif dif terhormat amat menggembirakan. Jamuan berbuka yang sungguh enak dan pengisiaan majlis yang tersusun dan lancar telah menceriakan suasana majlis...Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.



                   
                   
                  
                                                  

Sunday 14 July 2013

SMKPP Johan Drama Bahasa Inggeris

Tahniah dan syabas kepada pasukan drama bahasa inggeris di bawah pimpinan Sir. Iqqbal di atas kejayaan Drama Bahasa Inggeris 2013 peringkat Daerah Baling Sik pada 2 Julai 2013 di SMK Baling baru-baru ini. Pasukan SMKPP telah mendapat johan berpasukan dan anugerah pelakon Terbaik Lelaki iaitu Adik Mohd Jurai b. Abdullah. Seterusnya pasukan ini telah bertanding di peringkat negeri kedah dan mendapat tempat ke 4 di SMK Dato Lela Pahlawan pada 6 Julai 2013 yang lalu.Syabas sekali lagi dan semoga akan terus berjaya pada masa-masa akan datang.
                       
                                                     

Hari Anugerah Cemerlang 2013

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah cemerlang yang telah menerima tropi, sijil dan wang pada majlis Hari Angerah Cemerlang 2013 peringkat sekolah pada 3 Julai 2013 yang lalu. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia Tn. Mohd Noor b. Mohd Amin dengan jayanya...Semoga semua pelajar akan terus berusaha dan menyahut cabaran bagi kejayaan masa hadapan.
                            

                                                   
                      

Hari Kokurikulum, Hari Koperasi, Hari Kantin

Tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan SMKPP kerana telah berjaya melaksanankan Hari Kokurikulum seerentak dengan hari Anugerah Cemerlang sekolah pada 2-3 Julai 2013 yang lalu. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti , Pameran Agensi Luar, Ceramah Kesihatan, Periksa Kesihatan, Pertandingan Permainan Tradisional, Penyerahan Wang Zakat, Penanaman Pokok-pokok, Gerai jualan, Demo Kelab Taekwondo dan lain-lain. Keadaan yang sungguh meriah terutamanya di gerai-gerai jualan yang cukup laris jualan masing-masing.....