Tuesday 17 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU SMKPP 2011











Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2011...Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dari awal pagi sehinggalah jam 1.45 ptg....Diantara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah sesi bergambar untuk semua guru, perarakan masuk ke dewan, perhimpunan, perutusan khas dari Menteri Pelajaran dan KPPM oleh Tuan Pengetua dan Penolong Pentadbiran, Acara memotong Kek, Futsal, Bola Jaring, Petanque, Karaoke Guru dan pelajar, penyampaian hadiah dan persembahan oleh pelajar....Sungguh meriah dan pastinya kejayaan pihak MGK dan badan pengawas telah berjaya melancarkan perjalanan majlis yang terbaik...Syabas...

Sunday 15 May 2011

SAJAK BUAT GURU SEMPENA HARI GURU 2011


SEKAPUR SIREH BUATMU GURU
Guru,

Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insane gemilang.
Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insane cemerlang.
Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insane terbilang.
Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insane bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!