Monday 21 April 2014

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2013

Pada 20 Mac 2014 yang lalu, seluruh sekolah di Malasia menantikan debaran keputusan pencapaian peperiksaan SPM 2013.

Alhamdulillah... Bersyukur ke Hadrat Ilai walaupun terdapat sedikit penurunan peratusan kelulusan semua mata pelajaran namun beberapa mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan kelulusan, pencapaian kualiti dan mengekal kelulusan 100%.

Tahniah kepada semua warga SMKPP terutama pelajar SPM 2013...



















 

Mesyuarat Agung PIBG 2014

 
 
 



PROGRAM PENGAPLIKASIAN I-THINK 2014
 
Jabatan Sains dan Matematik SMKPP dengan kerjasama Persatuan Sains dan Matematik akan menganjurkan Program Pengaplikasian I-Think 2014 yang WAJIB disertai oleh pelajar dari Ting 1 hingga Ting 5.

Di dalam program ini para pelajar dikehendaki membina Peta Pemikiran I-THINK mengikut kreativiti masing-masing dan mengikut kriteria yang ditetapkan.

 Maklumat mengenai program adalah seperti berikut:

a) Sasaran: Semua pelajar SMKPP Ting 1 hingga Ting 5

b) Tempoh:

FASA
TARIKH
TARIKH HANTAR
Fasa 1 (MAC)
2.3.2014 hingga 14.3.2014
16.3.2014
Fasa 2 (JUN)
1.6.2014 hingga 13.6.2014
15.6.2014
Fasa 3 (JULAI)
1.7.2014 hingga 14.7.2014
16.7.2014
Fasa 4 (SEPT.)
1.9.2014 hingga 12.9.2014
15.9.2014






LAPORAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN ZON KUALA KETIL TAHUN 2014
 
Majlis Tadarus Al-Quran(MTQ)  adalah program tahunan Unit Pendidikan Islam bagi mencungkil bakat pelajar Islam dalam bidang tertentu.
Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Kuala Ketil bagi tahun 2014 telah diadakan pada 18 Mac 2014 bersamaan 16 Jamadilawal 1435H bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang.
 
Objektif
1.   Meningkatkan kefahaman,kesedaran dan penghayatan Islam dalam kalangan  pelajar.
2.   Mencungkil dan memupuk bakat dan potensi pelajar-pelajar Islam.
3.   Mengenalpasti pelajar yang mempunyai bakat  tertentu untuk menyertai pertandingan yang lebih besar.
 
Acara
1.     Tilawah Al-Quran
2.     Hafazan ayat  Al-Quran
3.     Syarahan agama
4.     Nasyid
 
 
Penyertaan
1.     SMK. Kuala Ketil
2.     SMK. Tanjong Puteri
3.     SMK. Teloi Kanan

 







Monday 14 April 2014

Ahlan Wasahlan Guru Baru

Cg. Farhani bt. Zakaria telah mula mengajar di SMKPP mulai tahun ini di SMKPP...Anak kelahiran Kuala Ketil telah berjaya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan muzik dan geografi di UPSI..Mempunyai pengalaman 3 tahun di SMK Sik dalam mpelajaran Geografi dan sivik. Beliau membawa falsafah hidup "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Ilmu. Amal. Takwa.
Semoga dengan kehadiran Cg. Farhani akan dapat memberi keceriaan yang lebih lagi kepada warna warna SMK Parit Panjang....Insyallah

Saturday 12 April 2014

Sekitar Hari Keluarga SMKPP 2014

Lain-lain gambar sekitar Hari Keluarga yang amat meriah dengan sulaman pelbagai aktiviti yang menarik dan membina hubungan silaturahim antara semua kulawangsa SMKPP...Tahniah..