Wednesday 19 September 2012

Selamat Datang Pendidik Baru

Tahniah dan syabas kepada 2 orang pendidiik baru yang sudi memberi khidmat kepada seluruh pelajar SMKPP yang sering dahagakan ilmu dari guru-guru yang dedikasi seperti kalian semua.

Nama : Wan Nurul Najwa bt Wan Mohamad
Universiti: Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam
Major : Pengurusan Pelancongan
Asal : Baling, Kedah
Falsafah Hidup : “What goes around will come around”
Mengajar Subjek sekarang: Geografi dan Pendidikan Seni

Nama : Nur Aiman Bt. Hashim
Major : Pentadbiran Kesihatan UITM Puncak Alam
Asal : Pekan Lama Kuala Ketil
Falsafah Hidup : Usaha dan Doa Tangga Kejayaan
Mengajar Subjek sekarang: Bahasa Melayu

KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI IAB UTARA

28-30 Ogos 2012 bertempat di IAB Utara telah berlangsung satu kursus Kajian Tindakan yang telah dikendalikan oleh Pensyarah Puan Rusnaini, Dr. Sazali dan En. Ahmad Hasnizar dengan jayanya dan pada kali ini SMKPP telah menghantar Cikgu Ismi untuk mengikuti kursus tersebut. Ternyata pelbagai ilmu yang telah diperolehi mengenai bagaimana untuk melaksanakan kajian tindakan yang lebih baik dari sebelum ini. Ternyata untuk melaksanakan sesuatu kajian tindakan diperingkat sekolah sebenarnya adalah begitu mudah sekiranya mengetahui cara yang terbaik. Cumanya setiap perlakuan harus di dokumentasikan secara format APA (America Psychological Associate) 6th yang begitu berformat dan berkesan. Semoga kursus ini dapat memberi nilai tambah terhadap ilmu kajian tindakan yang lebih baik lagi untuk masa hadapan.

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN & SAMBUTAN RAYA

 
 
 
 
 

8 Sept 2012 sekali lagi dengan penuh meriah dan temasya warga SMKPP telah melangsungkan majlis 2+1 iaitu majlis penutupan hari kemerdekaan dan sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis Penutupan Kemerdekaan telah diserikan lagi dengan ucapan ceramah mantan pengetua MRSM Taiping dan pelbagai pertandingan dikalangan pelajar seperti pembuatan sepanduk kemerdekaan, bersajak, kuiz serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semoga sambutan kemerdekaan serta sambutan hari raya dapat menjalinkan hubungan ukhuwah yang lebih mantap dikalangan pelajar serta guru.