Sunday 29 January 2012

Pelancaran Keceriaan & Kebersihan Kelas & Kempen Penjagaan Harta Sekolah Hak Kita Semua


29 Jan 2012, merupakan perhimpunan bulanan pertama bagi SMKPP. Dikesempatan itu juga satu majlis Pelancaran Keceriaan & Kebersihan Kelas & Kempen Penjagaan Harta Sekolah Hak Kita Semua juga telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Penganugerahan kepada kelas-kelas yang telah berjaya menjadi kelas yang paling ceria dgn padatan bahan-bahan ilmiah juga telah berjaya dilaksanakan dgn baik. Tahniah kepada kelas 4B(Sir Lim Pong Chai), 2F(Cg. Khairiah bt. Kassim) dan 4A(Pn. Manjula) yang telah berjaya. Kepada kelas-kelas lain yang masih belum menempa nama sebagai kelas paling ceria utk bulan seterusnya boleh berusaha dgn lebih baik lagi...Semoga dengan keceriaan kelas yang terserlah akan membangkit semangat motivasi pelajar utk terus belajar dgn lebih baik lagi.....Tahniah

Friday 6 January 2012

Pelancaran Kad Keluar Kelas 2012



Perhatian kepada semua warga pendidik SMKPP. Sila dapatkan kad kebenaran keluar kelas daripada PK Hem Puan Jamsiah utk pelajar lelaki dan perempuan. Ia merupakan satu lagi metodologi untuk memantau pergerakan pelajar dari masa ke semasa dengan lebih bersistematik.

Mesyuarat Pertama dan Pendaftaran





Tahniah dan syabas dengan kehadiran kepada semua warga pendidik yang telah menjayakan program pendaftaran awal dan mesyuarata awal (pertama) pada 29 Dec 2011 yang lalu dengan jayanya.....Semoga dengan semangat yang kental yang telah ditunjukkan dengan lebih lagi ini akan membuahkan hasil output keputusan peperiksaan anak murid dengan lebih cemerlang lagi pada tahun 2012, insyallah....Syabas dan tahniah

TAHNIAH KEPADA WARGA PENDIDIK SMKPP

Cikgu Mazliana

Cikgu Yusman

Sir Iqqball

Tahniah dan syabas kepada 3 orang warga pendidik SMKPP yang telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan lancar dan jayanya pada Dec 2011 yang lalu dan syabas kerana telah berjaya menamatkan alam bujang masing-masing dan yang pastinya kehidupan berkeluarga akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Semoga berbahagia kalian semua dalam menempuh alam berkeluarga....Dan dengan tidak secara langsungnya akan memantapkan lagi kualiti pekerjaan dengan jiwa yang lebih tenang dan penuh kematangan yang tinggi..insyallah....Syabas sekali lagi....