Wednesday 30 September 2009

Jamuan Hari Raya 2009




Tahniah dan syabas kepada semua warga MGKSMKPP kerana menjayakan Jamuan Hari Raya 2009. Bertempat di Dewan Terbuka pada 29 Sept 2009 satu majlis ringkas sempena Hari Raya Aidil Fitri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Terima Kasih kepada Cikgu Nor ezlin di atas tungkus lumus beliau selaku PIC program tersebut. Seperti ucapan yang telah diutarakan oleh Pengerusi MGK, Cikgu Ismi bahawa semua program yang dirancang oleh MGK hanyalah untuk membina satu ikatan diantara semua warga pendidik menjadi sebagai satu kumpulan 'Team Work' bawah satu bumbung SMKPP.
Dikesempatan ini juga semua AJK Tertinggi MGKSMKPP menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua warga pendidik sekiranya terdapat salah dan silap dalam menerajui MGK setakat ini. Insyallah semoga ikatan ukhuwah akan terus bersemadi dan menjadi lebih utuh melalui program-program sebegini.
Tidak lupa juga kepada semua penyumbang kuih muih ketika jamuan ini semoga dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t
Tidak lupa juga kepada guru-guru india yang bakal menyambut Hari Deevali pada 17 Okt nanti.
Maaf Zahir Batin

Friday 18 September 2009

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran


PARA PENDENGAR FORUM

17 Sept 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMKPP, pihak MGKSMKPP bersama Panitia Pend. Islam telah menganjurkan satu majlis gilang gemilang yang merupakan salah satu medium untuk pembinaan rohani dan sahsiah pelajar iaitu majlis Tadarus & Khatam Al-Quran. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut. Sesungguhnya usaha membantu urusan agama Allah akan Allah mendapat kerahmatan dari Allah insyallah. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah. barangsiapa membantu urusan agama Allah, Allah akan membantu urusan hambanya dikala menghadapi kesusahan.
Diantara program yang telah dilaksanakan pada hari tersebut ialah Tadarus untuk 30 juzuk, Majlis Khatam Al-Quran secara total, tayangan Multimedia mengenai kebesaran Al-Quran dan kelebihannya, Forum Perdana "Sambutan Hari Raya Menurut Islam", Majlis Penyampaian Duit Raya dan diakhiri dengan majlis salam bersalaman.
Semoga dengan pelaksanaan program sebegini dalam membesarkan bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan akan membuka minda kita semua amnya untuk menyedarkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja. Sedangkan kematian itu pasti menjemput kita pada bila-bila masa dan persediaan sebeginilah akan memberi kerahmatan untuk kita semua disamping usaha dengan urusan dunia seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan usaha amalan agama seolah-olah akan mati keesokan harinya.
Semoga ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini akan kita tangisi dengan penuh syahdu kerana belum tentu ramadhan akan datang merupakan hak kita semua , wallahhualam

Tuesday 15 September 2009

Majlis Iftar SMKPP

Ahlan Wasah lan Ramadhan Al Mubarak...... Syabas dan terima kasih kepada semua warga MGKSMKPP yang dapat menghadirkan diri ke majlis iftar (Berbuka) SMKPP pada 4 Sept 2009 yang lalu bersama keluarga masing-masing. Mohon maaf di atas kelewatan update blog ini kerana ujian Allah ke atas moderator blog MGK. Namun syukuran di atas guru-guru yang turut sama mendoakan kesihatan moderator.
Diantara pengisian yang telah dilaksanakan ialah bacaan tahlil, berbuka dan berterawikh. Jazakallah sekali lagi kerana kehadiran guru-guru telah berjaya melaksanakan program yang dirancang bersama. Semoga kehadiran yang lebih ramai dimasa-masa akan datang.

Wednesday 9 September 2009

HULURKAN BANTUAN, RINGANKAN BEBAN

Satu makluman dari pihak pengurusan:
*** Satu kutipan derma akan dijalankan pada hari Ahad 13 September 2009 akan dijalankan yang bertujuan untuk membantu anak yatim/murid susah SMK Parit Panjang sempena Hari Raya Puasa nanti. Semoga sedekah jariah yang dihulurkan mendapat keredhaan Allah s.w.t terutama pada bulan Ramadhan yang diberkati ini....

Pengesahan
Pengetua SMK Parit Panjang

Tuesday 8 September 2009

Baju Koperate SMKPP (Baju Raya)


Tahniah semua warga SMKPP...baju koperat sempena baju raya pertama SMKPP telah sampai di bilik guru...Sila dapatkan dari AJK MGKSMKPP serta bayaran penuh........Syabas dan tahniah.. Warna yang berkonsepkan KEBERANIAN & CERIA.....itulah padanan merah dan oren......Tahniah kepada model..........Cikgu Zamri . Namun begitu...oleh kerana terdapat kekurangan kualiti baju koperate tersebut dan kesilapan teknikal.....insyallah baju koperate tersebut akan diurus selia semula dengan pihak pembekal.....diharap semua warga smkpp yang telah mengambil baju tersebut dapat dipulangkan terlebih dahulu dan akan diberitahu kemudian. Mohon maaf sekali lagi kerana permasalahan ini menimbulkan kesulitan dipihak anda. Wassalam

Thursday 3 September 2009

Selamat Beriftar di SMKPP


Ahlan wahsahlan Ramadhan AlMubarak... Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP yang dapat menyertai program berbuka dan berterawih bersama di SMKPP pada 4 Sept 2009 bersamaan puasa yang ke14. Ia merupakan salah satu program yang telah dirancangkan oleh MGKSMKPP. Saya selaku Pengerusi MGKSMKPP ingin memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa berada di katil hospital Pantai Sg. Patani kerana mengalami kesakitan Batu Karang. Alhamdulillah berkat doa dari rakan-rakan batu tersebut telah berjaya dikeluarkan pada jam 1.00 ptg pada 3 Sept 2009. Waktu mencoret blog ini ketika berada di atas katil ...sekadar untuk mengisi masa lapang di atas katil...
Semoga jamuan berbuka bersama-sama keluarga dapat mengiratkan lagi hubungan siratulrahim di antara kita semua......Wassalam dari saya