Sunday 28 March 2010

Sayonara dan Selamat Bertugas

Tahniah dan Syabas kepada Cikgu Norezlin yang telah banyak menaburkan bakti di SMKPP...selama ini. Sesungguhnya pertukaran beliau ke SMK Simpang Kuala Alor Star merupakan satu kehilangan permata bagi SMKPP selama ini. Guru yang penuh dedikasi dan komited dalam bertugas dan telah bersusah payah selama ini berulang alik dari Alor Star ke SMK Parit Panjang telah menunjukkan lagi beliau sentiasa berpandangan positif dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Namun begitu kini, anugerah dari Allah kepada beliau yang selama ini telah berjerih perih dalam mendidik anak watan Parit Panjang telah memberi kemudahan jarak yang lebih dekat dengan tempat tinggal beliau di Alor Star....Semoga Cikgu Ezlin terus dapat menyumbangkan bakti di sekolah baru dengan lebih jayanya lagi....JASA MU SENTIASA DIKENANG.....TERIMA KASIH CIKGU....

Friday 26 March 2010

Ahlan Wahsahlan kepada Guru Baru SMKPP


Tahniah dan syabas kepada 2 orang lagi wajah pendidik yang baru mendaftar ke SMKPP untuk tahun 2010....Semoga dengan kehadiran mereka akan dapat memberi input yang lebih berkualiti lagi kepada anak watan SMK Parit Panjang....Tahniah dan syababas sekali lagi kepada Cikgu MOHD TERMIZI BIN HAJI HUSIM yang telah mempunyai pengalaman sebagai seorang pendidik dari sekolah SM Agama Baling dan Cikgu Nur Dina Bt. Mansor yang baru sahaja menamatkan pengajian di UNISEL Selangor dalam jurusan B.Ed (Hons) TESL......All the best to you.....

Thursday 25 March 2010

MESYUARAT AGONG PIBG KE 26


Tahniah dan syabas kepada pihak PIBG beserta SMK Parit Panjang kerana telah berjaya melaksanakan Mesyaurat Agong PIBG kali ke 26 pada 25 Mac 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Parit Panjang. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh En. Mohd Fu'ad B. Chemeli (Pegawai Risda DAerah Baling) dengan jayanya.. Terima kasih juga kepada semua waris yang telah memberi komitmen yang begitu padu sehingga tidak cukup kerusi. Kehadiran yang begitu memberangsangkan.

Wednesday 17 March 2010

Kelas Tambahan PSV - Kerja Kursus

Terlebih dahulu ucapan tahniah kepada Cikgu Alif dan pelajar-pelajar 5c 2009 kerana pencapaian 100% lulus mata pelajaran psv SPM 2009 lalu. Seorang pelajar telah memperolehi A- iaitu Noor Hidayah Bt Che Hat manakala 24 pelajar telah mendapat B memecahkan rekod pencapaian SPM 2008 bagi mata pelajaran psv.

Panitia PSV telah mengadakan kelas tambahan psv untuk tingkatan 5C pada 15 dan 17/03/2010 bagi menekankan kerja kursus psv pelajar. Kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Yusman dan Cikgu Alif ini telah mendapat sambutan mengalakkan dari pelajar 5C dengan kehadiran 15 pelajar pada hari pertama dan 18 orang pada hari kedua.

Sasaran panitia psv tahun ini adalah mengekalkan 100% lulus mata pelajaran psv dalam SPM 2010. Semoga Berjaya.......

Tuesday 16 March 2010

Kembara Survival Pelajar SMKPP di Empangan Bris Jaya






Syabas dan tahniah kepada 10 orang pelajar yang telah dipilih utk menyertai perkhemahan survival di hutan Empangan Briss Jaya yang bermula pada 14-16 Mac 2010. Latihan lasak bermula pada hari pertama dimana peserta diarahkan menyediakan tempat tinggal, makanan dan lain-lain pengurusan diri secara sendiri. Menjalani kehidupan dengan serba kekurangan, mereka harus berfikir untuk meneruskan kehidupan hari demi hari.... Dengan pemantau ketat oleh Cikgu Zaini selaku kem komanden, Kaunselor Cikgu Khairil , Cikgu Tahir, Cikgu Ismi, Cikgu Elyas dan Cikgu Yusman telah memeriahkan lagi suasana survival untuk pelajar tersebut. Pengisian rohani dan jasmani juga mentaliti telah dapat diserapkan sedikit sebanyak ke atas semua peserta.....Ramai yang mengatakan kehidupan serba kekurangan ini banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar. Semoga perubahan dari segi mentaliti dan sahsiah akan dapat berkekalan dan akan menjadi contoh kepada semua pelajar yang lain, insyallah....Semoga Survival Sesi Ke2 nanti akan menjadi lebih menarik dan lebih berkualiti, insyallah....

Sunday 14 March 2010

SMART LEARNING - TEKNIK FIFA






Syukur alhamdulillah kerana dengan izin Allah telah memberi kekuatan kepada Cikgu Ismi dalam menyampaikan 3 kali ceramah berkenaan dengan teknik belajar di Asrama SMK Parit Panjang pada 10 Mac 2010, kemudian di Sek Rendah Al-Islah pada 12 Mac 2010 (8.00 pg - 12.00 tgh) dan Sek Menengah Al-Islah 12 Mac 2010 (3.00 ptg - 5.00 ptg) dengan jayanya....Banyak respon yang telah diperolehi dan ternyata kaedah yang diperkenalkan sebenarnya adalah kaedah pemantapan yang lebih realistik dan ada kemungkinan telah dipraktikkan secara tanpa sedar. Namun dengan pengenalan kaedah ini sebenarnya dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih jelas dan mempunyai hala tuju yang nyata dalam usaha semua pelajar membuat ulangkaji, insyallah. Semoga melalui kaedah ini dapat memberi satu input lagi kepada semua pelajar dalam mengejar kejayaan yang cemerlang, insyllah. Diberitakan juga Teknik FIFA ini akan menjadi salah satu kajian tindakan bagi cikgu ismi untuk tahun 2010....Insyallah.

Thursday 11 March 2010

WAJAH-WAJAH CEMERLANG SPM 2009











SYABAS DAN TAHNIAH

Keputusan SPM 2010

Pelajar Cemerlang SPM 2010 [Muhammad Faizal bin. Abdullah - 8A]
Tahniah dan Syabas kepada pelajar-pelajar SPM tahun 2009 yang telah berjaya di dalam peperiksaan SPM 2009. Tahniah dan syabas juga kepada guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung mengajar dan mendidik semua pelajar SPM sehingga telah berjaya menghadiahkan peningkatan peratusan keseluruhan daripada tahun sebelumnya. Semoga kemarakan api pengorbanan, kesungguhan serta ketakwaan kepada Allah akan dapat disemarakan lagi pada tahun 2010, insyallah. Kejayaan, kecemerlangan dan kenikmatan merasai kegembiraan adalah kurniaan dari Allah yang sentiasa mendengar permintaan hamba-hambanya.....Semoga SMKPP akan terus cemerlang dari masa ke semasa.....Kepada pelajar-pelajar yang kurang berjaya, ini tidak bermakna anda telah gagal tetapi ini adalah permulaan untuk anda untuk menuju kejayaan....Justeru itu teruskanlah berusaha dari masa ke semasa......

Smart Learning [ F.I.F.A] di Asrama SMKPP





Syabas kepada Cikgu Ismi kerana telah menyampaikan salah satu teknik pembelajaran kepada seluruh pelajar PMR dan SPM asrama SMKPP pada 9 Mac 2010 di kantin asrama SMKPP. Response yang sihat dari seluruh pelajar yang hadir membuatkan perjalanan sesi ceramah tersebut dapat berjalan lancar dengan aktiviti-aktiviti yang menarik walaupun program tersebut bermula pada 8.30 mlm - 10.00 mlm. Insyallah dengan pengenalan teknik tersebut akan dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar-pelajar tersebut utk dipraktikkan sebelum mereka menghadapi peperiksaan pada tahun ini.. Syabas sekali lagi....

Sunday 7 March 2010

Kursus ANGKASA Siri 3

Kursus ANGKASA Siri 3 anjuran ANGKASA telah diadakan di Makmal ICT SMKPP
pada 07/03/2010. Kursus yang bermula pada 8 pagi -2 petang ini telah dihadiri 50 pelajar terpilih dikalangan pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik selama satu jam, namun pelajar-pelajar terlibat tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing... Semangat!!!

Tahniah!! diucapkan terutama kepada KOPERASI SEKOLAH SMKPP...

Pertandingan Keceriaan Kelas Minggu Ke-10


TAHNIAH!!! kepada kelas 3F dan 2D dan guru kelas tersebut Pn. Khairiah dan En. Alif di atas kejayaan memenangi tempat pertama dan kedua pertandingan keceriaan kelas minggu ke-10..


Semoga kelas-kelas lain mendapat semangat dan galakan untuk sama-sama bersaing pada minggu berikutnya.

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

Pasukan bola sepak SMKPP telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang SMK Kuala Pegang pada Khamis lalu (04/03/2010). Perlawanan yang telah dilangsungkan di padang SMK Kuala Pegang pada pukul 05.30 petang, mendapat galakan dari pengetua SMKPP yang turun padang bersama-sama PK KoKurikulum dan Guru Kanan Teknik & Vokasional.

Semoga pasukan bola sepak sekolah tahun ini dapat memberikan sesuatu yang dapat membanggakan kita warga SMKPP.



Thursday 4 March 2010

PROGRAM CASIC (Rahsia Al-Fatehah) di Sg. Petani


Untuk makluman, program CASIC 4 akan diadakan di Kedah. Butiran seperti di bawah:

Lokasi: Emerald Puteri Hotel, Sg Petani
Tarikh: 6 Mac 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

Semoga Saudara-I boleh ajak dan beritahu kawan di kawasan
Utara untuk hadir ke program ini. Untuk hadir, sila hubungi Cikgu Ismi Kamarul Sham di 019-422 5699

Terima kasih

P/S Fokus kali ini ialah The Secret dalam al-Fatihah

MasterPIES, 1235 W 37th Pl , Los Angeles, CA 90007, United States

Wednesday 3 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010

Ust. Hj Zainul Asri bin Hj. Ramli
Ahlan Wahsahlan kepada Penceramah Radio 3 Kedah Ust. Hj Zainul Asri bin Hj. Ramli kerana dapat menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 3 Mac 2010.....Terima kasih kepada semua AJK-AJK kerja yang telah menjayakan program yang berpestej ini.....