Thursday 27 August 2009

JAMUAN SAMBUTAN RAMADHAN


20 Ogos 2009, MGKSMKPP telah menganjurkan satu jamuan sempena sambutan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Selain daripada jamuan ringan yang telah ditaja oleh MGK, terdapat juga pelbagai jamuan yang telah dibawa oleh hampir semua warga mgksmkpp. Cukup meriah dan juadah yang sedap-sedap telah dikongsi bersama. Pastinya dengan wujudnya nilai kerja serta budaya sepasukan sahaja ini dapat menghasilkan satu output yang terbaik. Semua dapat merasa pelbagai juadah yang sungguh lazat. Semoga budaya berpasukan ini dapat dikekalkan dan diserap masuk ke dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang sering dan akan dilaksanakan nanti, insyallah. Terima kasih kepada pembawa-pembawa juadah tempohari. Nanti buat lagi....

Ujian PTK - Ogos 2009

Syabas dan tahniah kepada semua warga MGKSMKPP yang telah menduduki ujian PTK Ogos 2009. Semoga keberkatan dibulan Ramadhan ini nanti akan membuahkan kejayaan kepada semua yang telah menduduki ujian tersebut. Kepada mereka-mereka yang telah menggunakan laman blog ini untuk membuat ulangkaji PTK Online diucapkan syabas kerana anda telah menggunakan teknologi terkini dalam membuat ulangkaji multimedia. Anda telah bergerak setapak lagi kehadapan dalam mengharungi globalisasi yang serba canggih dan berteknologi tinggi.

Saturday 15 August 2009

'DEMO' UNIT TAEKWONDO SMKPP DI SMK BAKAI

Aksi Bela Diri

Tahniah dan syabas kepada Kelab Taekwondo SMKPP dibawah pimpinan Cikgu Ismi dalam pertunjukkan 'Demo' di SMK Bakai sempena Hari Kokurikulum 2009 pada 10 Ogos 2009. 'Demo' yang mempamirkan teknik asas 'punching' & 'kicking' dan diikuti dengan aplikasi senibela diri sekiranya berada di dalam keadaan yang cemas juga turut dipamirkan. Sorakkan dan tepukan gemuruh turut diberikan oleh semua pengunjung Hari Kokurikulum apabila melihat telatah dan gelagat peserta Taekwondo SMKPP. Walaubagaimanapun satu pengalaman telah diperolehi oleh semua peserta dalam penyertaan sebegini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada PK Koko Pn. Che Maznah dan En. Zaini Abdullah yang sentiasa berdiri dibelakang kelab ini dalam memberi sokongan padu yang tidak putus-putus. Terima kasih juga kepada En. Othman b. Hassan di atas kesudian menjemput kelab Taekwondo SMKPP untuk mempersembahkan aksi mereka di SMK Bakai. Semoga hubungan diplomatik diantara sekolah-sekolah dapat diteruskan lagi dari masa kesemasa, insyallah.

Wednesday 12 August 2009

Petua Menghalang H1N1 Berjangkit


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir. Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Selamat Menempuh Ujian Percubaan PMR,Ujian Bulanan & Bulan AlMubarak



Alhamdulillah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana masih diberi ruang dan luang untuk mengekalkan kesihatan dalam usaha menjalani tugas-tugas harian. Insyallah tidak lama lagi kita akan menempuh peperiksaan percubaan dan Bulan Al-Mubarak. Semoga terus berjaya dunia akhirat insyallah.

Friday 7 August 2009

Pembatalan Aktiviti Hari Keluarga


Perhatian kepada semua warga SMKPP, Program Hari Keluarga yang dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos 2009 di Pendang Lake Resort terpaksa dibatalkan setelah mendapat nasihat daripada pihak ketiga ekoran penularan wabak H1N1. Walaubgaimanapun pihak MGKSMKPP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga MGKSMKPP yang sentiasa memberi sokongan kepada MGK untuk melaksanakan pelbagai program. Terima kasih juga kepada Cikgu Baza kerana telah bersusah payah membuat servey utk program hari keluarga tersebut sehingga keperingkat utk dilaksanakan sahaja.. Insyllah pihak MGK akan terus melihat kehadapan utk sama-sama mebina kualiti budaya kerja dikalangan warga MGKSMKPP kepada yang sentiasa memberikan komitmen padu dari masa kesemasa.

Justeru itu, sebagai ganti utk program hari keluarga ini, pihak MGKSMKPP bercadang utk mengadakan satu majlis berbuka puasa yang akan dimesyuaratkan oleh semua warga MGKSMKPP yang beragama islam dan akan diumumkan nanti. Sekian Terima Kasih . Pengerusi