Tuesday 31 March 2009

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru


Tahniah dan syabas kepada Cikgu Ridzuan yang akan bertukar ke SMK Siong mulai 1 April 2009. Walaupun masih agak baru di SMKPP iaitu Jan 2009 namun dalam waktu yang singkat telah dapat menyesuaikan diri serta mesra dengan warga SMKPP. Semoga pemergian beliau ke sekolah baru tidak akan melupakan kenangan bersama di SMK Parit Panjang. Syabas dan tahniah sekali lagi.

LDP 2 - Pengurusan KOKO & Excell dalam P&P


Bertarikh 28 Mac 2009, bertempat di Makmal ICT SMKPP, telah berlangsung LDP Ke2 yang telah dikendalikan oleh Pn. Che Maznah utk Pengurusan KOKO dan En. Ismi utk Aplikasi Excell dalam P&P. Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah menghadirkan diri dan memberi kerjasama....Diakhir sesi satu majlis penyampaian hadiah sempena harilahir guru-guru yang telah sampai sehingga akhir mac 2009. Tahniah dan semoga kematangan diri menjadi lebih baik dari sebelumnya, insyallah. Disamping, semoga input ilmu yang sedikit dapat membantu memperkemaskan lagi kualiti kerja kita semua, insyallah.

Sunday 29 March 2009

Tahniah APC 2008

Pihak MGKSMKPP merakamkan ucapan TAHNIAH dan Syabas di atas guru-guru yang telah dipilih untuk meneriman ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008. Mereka ialah En. Ismail b. Yusoff, Cik Ramlah bt. Che Su, Pn. Wan Rosnita bt. Wan Seman (KP Sains), Ust. Zakaria b. Ismail dan En. Seberi b. Senapi. Semoga kecemerlangan akan berterusan bagaikan mentari yang tidak jemu-jemu menyinari bumi ini.

ADAB

Guru Bertugas : Pn Hjh Aminah bt. Ismail & Ustz Zabedah
29 Mac 2009

Maksud adab ialah sentiasa menghormati sesama insan terutamanya disekolah antara pelajar dan guru. Antara adab-adab yang perlu diikuti ialah ketika belajar. Adab di dalam kelas (harus memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Semoga dengan itu nanti segala ilmu yang diajar oleh guru akan mendapat keberkatan, insyallah.

Wednesday 25 March 2009

Taklmat Kajian Tindakan


Satu taklimat kajian tindakan telah dihadiri oleh Cikgu Ismi dan Cikgu Wan Rosnita di SMK Kuala Ketil pada 24 Mac 2009. Terdapat beberapa perkara positif yang patut dikongsikan bersama iaitu melalui kajian tindakan :
  • Guru dapat menganalisa kaedah pengajaran yang dilakukan kini mempunyai kesan yang paling optimum atau tidak.
  • Guru sebagai penyelidik (bertaraf saintif tuuu)
  • Guru dapat mengesan kelemahan pelajar dalam kefahaman pengajaran secara berkesan.
  • Guru akan sentiasa dapat memperbaiki kaedah pedagogi dari masa ke semasa.
  • Guru dapat mendokumentasikan kaedah P&P dan tidak terbuang begitu saja.
  • Kaedah P&P dapat dikongsi bersama kepada lain-lain guru di Malaysia sekiranya kaedah tersebut telah dibukukan.
  • Dapat membantu lain-lain guru dalam teknik P&P dengan kadar yang pantas.
  • Keutamaan kepada guru dalam pemilihan untuk dinilaikan sebagai Guru Cemerlang
  • Dapat mengujudkan suasana P&P dengan lebih ceria dan berbaloi.
Justeru itu adalah digalakkan kepada semua guru-guru dapat melaksanakan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan dalam setiap tahun.
  1. Apa itu Kajian Tindakan ?
  2. Kajian Tindakan lagi .

Monday 23 March 2009

Kem Kepimpinan Pengawas



Kem Kepimpinan Pengawas utk kali pertamanya pada tahun 2009 telah diadakan pada 13-15 Mac 2009 yang lalu dan berlokasikan kawasan padang SMKPP. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua warga pendidik SMKPP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Syabas dan Tahniah diucapkan juga kepada semua pengawas yang baru dan yang lama kerana telah berjaya mengharungi pelbagai ranjau sepanjang menjalani kem tersebut. Semoga dengan adanya kursus tersebut akan dapat menghasilkan kualiti yang lebih lagi dikalangan pengawas-pengawas SMKPP, insyallah

LDP (PEKA - PMR) * Panitia Sains


Satu LDP yang bertemakan Pengurusan PEKA Sains telah dilaksanakan pada 23 Mac 2009 , jam 2.00 ptg - 4.00 ptg bertempat di Makmal A Sains. Fokus utama adalah untuk menyelaraskan topik-topik PEKA yang akan dilaksanakan nanti agar tidak berlaku pertindihan dalam menilaikan kontruk-kontruk yang telah ditetapkan. Semoga dengan adanya kursus LDP di peringkat panitia akan dapat membantu melancarkan lagi pegurusan laporan PEKA pelajar itu nanti. Taklimat telah diberikan oleh Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi KP Sains Pn. Wan Rosnita. Untuk maklumat lanjut sila layari http://panitiasainssmkpp.blogspot.com . Terima Kasih

Sunday 22 March 2009

Jamuan Selamat Datang




Suasana Jamuan Selamat Datang kepada Warga Pendidik Baru ke SMKPP 2009. Kemeriahan tergambar di wajah masing-masing kerana mendapat seorang Pengetua yang penuh dedikasi dan sentiasa murah senyuman. Syabas dan tahniah. Semoga dengan kehadiran Tuan pengetua Tn. Hj Khadri b. Md Salleh serta warga pendidik baru utk tahun 2009 akan dapat menghasilkan prestasi cemerlang bagi akademik SMKPP seterusnya. Insyallah. Terima kasih juga kepada semua warga MGK SMKPP yang telah dapat menghadirkan diri dalam majlis yang serba ringkas ini.

Menjadi Manusia Gemilang

Ucapan Guru Bertugas 22-26 Mac 2009
(Pn. Wan Rosnita Bt. Wan Seman)

  • Dari sudut sains kejadian manusia berubah dari keadaan yang lemah beransur-ansur menjadi kuat dan bertenaga.
  • Perbezaan antara manusia dan binatang ialah manusia mempunyai otak dan akal fikiran.
  • Justeru itu sebagai seorang pelajar haruslah mempergunakan seoptimum yang mungkin otak dan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
  • Setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri dan haruslah dilaksanakan seamanah yang mungkin. Contoh: seorang pelajar harus melaksanakan tugas sebagai seorang pelajar sebaik mungkin.
  • Antara nasihat Lokman Hakim kepada anaknya:
  1. Sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t
  2. Jangan sesekali mempersekutukan Allah
  3. Sentiasa berbuat baik kepada ibubapa
  4. Sentiasa ingatkan Allah itu Maha Mengetahui
  5. Sentiasa melaksanakan solat
  6. Sentiasa melaksanakan Amal Makhruf dan Nahir Mungkar
  7. Sentiasa bersabar
  8. Tidak berwajah sombong
  9. Tidak berjalan dengan angkuh
  10. Sentiasa melunakkan suara apabila berbicara.
Pengumuman dari Panitia Sains
  1. Klinik Sains akan dilancarkan – Setiap Hari Selasa ; Jam 2.00 – 2.30 pm
  2. Papan Word – Paparan istilah sains dalam dwibahasa
  3. Kuiz ringkas akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan pihak pentadbiran

Sunday 15 March 2009

Ujian PTK


A'kum dan Salam Sejahtera semua warga SMKPP.
Tidak lama lagi ujian PTK akan tiba lagi. Mungkin ada yang sukar utk membuat ulangkajikan....maklumlah cikgu yang dedikasi ni amat penuh dgn komitmen serantau....Tapi tak apa....Apa kata kalau kita membuat ulangkaji secara online. Zaman la ni macam-macam ada.....yang penting rajin dok depan komputer...insyallah semua hal yang kita hendak ada disini.....

Jom buat ulangkaji sekarang.... Sila lihat link dibahagian kanan blog ini dan klik yang berkenaan.

Semoga Berjaya

Thursday 12 March 2009

Sambutan Maulidur Rasul SMKPP





Tahniah dan Syabas kepada Panitia Pend. Islam dan MGK SMKPP dalam melaksanakan Program Sambutan Maulidur Rasul disekolah. Terima kasih juga kepada semua Jawatankerja program yang telah memberikan komitmen secara menyeluruh. Terutama sekali kepada Cigku Suberi yang tidak lekang dari tempat kawalan sistem siaraya. Tanpa beliau dalam menguruskan sistem siaraya program ini tidak dapat berjalan dengan lancarnya.Terima kasih sekali lagi.
Kepada Al-Fadhil Ustaz Hapidz sebagai tonggak utama perancang program juga, jazakallah yang tidak terhingga. Insyallah dimasa akan datang, satu slot khas beliau akan dipersembahkan. Oleh itu sila nantikan tayangan Dakwah Multimedia beliau diprogram berikutnya. Insyallah.
Tidak lupa juga kepada Al-Fadhil Ustaz Hj. Fauzi dalam tazkirah ringkas tetapi padat serta memberi input yang sungguh bermakna buat kita semua selaku seorang muslim. Syabas kepada Ustaz Basharuddin serta krewnya (Ustz. Nurfilzah, Ustz Ribhani, Ustz Muzyliyana) dalam menjayakan kuiz sempena Maulidur Rasul dengan celoteh manja yang telah menarik perhatian ramai pelajar amnya.
Jazakallah juga kepada penceramah wanita Ustz Zabedah yang telah memberi banyak input mengenai Maulidur Rasul. Tahniah dan syabas juga kepada Cikgu Ismi dalam ceramah multimedia beliau yang telah membuka minda pelajar utk menyintai umat seislam kita di bumi palestin. Syabas dan tahniah juga kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

Wednesday 11 March 2009

Pertandingan Bola Tampar Peringkat Zon Kuala Ketil


Pada 10 Mac 2009, bertempat di padang bola tampar SMKPP telah berlangsung pertandingan bola tampar perempuan peringkat Zon Kuala Ketil yang terdiri daripada SMK Tanjung Puteri, SMK Teloi Kanan, SMK Kuala Ketil dan SMK Parit Panjang. Syabas kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang telah terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Monday 9 March 2009

Sambutan Maulidur Rasul


Akum semua, Pejam celik, pejam celik sudah sampai Maulidur Rasul (12 Rabiul Awal 1430 H). Hampir 1400 tahun rasullulah meninggalkan kita semua, namun bahang rasa kerinduan terhadap diri baginda tetap kita rasai dan semoga semakin menebal. Walaupun kita semua tidak berpeluang utk menatap wajah baginda yang dikasihi namun tingkah laku dan tunjuk ajarnya dalam mentaati Allah telah baginda ajarkan kepada kita semua dan pastinya sedang kita amalkan. Sayangnya baginda terhadap umatnya memang tidak dapat kita tandingi. Justeru itu marilah sama-sama kita mengucapkan salawat ke atas baginda s.a.w sebanyak mungkin. Apa yang penting, apabila tiba sahaja kedatangan Maulidur Rasul, maka hendaklah kita semua mengambil iktibar dari sirah baginda dan cuba kaitkan dengan suasana dan keadaan dikala ini dan bagaimana ianya mempunyai hubungan kait yang cukup banyak serta memberi manafaat kepada dunia kita hari ini, Insyallah. Wallahualam

Tuesday 3 March 2009

Pengumuman Lawatan Ke Medan




A'kum & Salam Sejahtera Warga SMKPP.


Semua warga MGKSMKPP dan keluarga dijemput utk menyertai Pakej Lawatan ke Medan Indonesia pada cuti pertengahan sekolah 2009 iaitu diantara 29 Mei - 13 Jun 2009 adalah seperti berikut :

Harga Pakej : Rm800/org dewasa or Rm640/kanak-kanak
Hari Lawatan : 4 hari 3 malam (tarikh tetap akan diumum kemudian)
Kepada yang berminat sila berikan nama anda kepada mana-mana AJK MGKSMKPP pada kadar segera kerana kutipan kos perbelanjaan akan dibuat secara berkala iaitu RM200/sebulan mulai Feb hingga Mei 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi MGKSMKPP.
Selamat Melancong.


Monday 2 March 2009

Cara Menaip Makluman/Sembang Kedai Kopi

A'kum dan salam sejahtera warga MGKSMKPP.

Selamat datang ke laman blog MGKSMKPP. Untuk menaip bahan ke kotak makluman anda hanya diminta menaip nama dikotak nama dan menaip mesej dikotak mesej. Kemudian klik butang shout. Mudah je kan.....Cubala ye.....

Untuk ruangan Mai Sembang Kedai Kopi pun sama saje.Taipkan nama glamour anda dalam kotak nama dan taipkan mesej anda dalam kotak mesej. Kemudian klik butang dibawahnya..(shout)......Berjumpa lagi....

Sunday 1 March 2009

MEMIKAT GURU


Perhimpunan Rasmi pada 1 Mac 2009 telah dilaksanakan dengan guru bertugas Cikgu Ravendran dan Pn. Salina. Pada kali ini topik yang disampaikan ialah "Memikat Guru"
Di sini Cikgu Ravedran telah menggariskan 4 perkara utama bagaimana utk memikat guru dalam erti kata salah satu medium untuk mencipta kejayaan dalam bidang akademik.
  1. Pelajar haruslah sentiasa dalam keadaan kosong minda- kerana dengan ini mereka akan sentiasa bersedia untuk menerima segala input yang baru dari guru-guru.

  2. Pelajar harus sentiasa membantu guru terutamanya disekolah - tidak diertikatakan sebagai ingin membodek cikgu.

  3. Pelajar harus tidak melakukan perkara yang dilarang oleh guru-kerana dengan ini nanti akan menimbulkan ketidak serasian guru dan pelajar.

  4. Pelajar harus sentiasa menghormati guru.

Latihan Dalam Perkhidmatan Pertama

TAJUK 1 :PENDIDIK BERINTEGRITI

Para peserta sedang khusyuk mendengar ceramah LDP, Syabas
Oleh : Tn. Hj. Mohamad Basri b. Husain (PPD Baling)



TAJUK 2. PENGURUSAN STRESS



Oleh : En. CHE’ MAN HAMID KB.PA.
KAUNSELOR JPN KEDAH