Sunday 5 April 2009

"Memilih Bahan Bacaan Bermutu"


Guru Bertugas Pn. Nor Zanna Bt. Ramli & En. Wanlah (05-09 April 2009)
Tips Ucapan Perhimpunan :
Kalimah yang terawal adalah "Iqra" iaitu bacalah. Justeru itu sebagai seorang pelajar harus memilih bahan bacaan yang berkualiti dan sikap tabiat suka membaca. Melalui pembacaan akan melahirkan generasi yang berilmu dan berpegetahuan tinggi. Contoh masyarakat yang suka membaca ialah masyarakat Jepun. Mereka didapati membaca setipa masa dan dimana juga berada seperti ketika didalam keretapi, ketika menunggu bas dan lain-lain waktu yang terluang.
Disamping itu juga pelajar harus menolak bahan bacaan yang tidak berfaedah seperti komik, majalah hiburan dan bahan bacaan yang tidak memberi nilai positif. Melalui pembacaan semangat cintakan ilmu akan melahirkan budaya ilmu dan masyarakat yang intelektual. Sebagaimana sabda rasulullah yang bermaksud " Bila kamu ingin berjaya di dunia, kamu perlukan ilmu, bila kamu ingin berjaya di akhirat, kamu perlukan ilmu dan bila kamu ingin berjaya kedua-duanya sekali, kamu juga perlukan ilmu"

No comments:

Post a Comment