Wednesday 23 February 2011

Ahlan WahSahlan Kepada Guru Baru

Selamat Datang Kepada Guru-guru yang telah melaporkan diri di SMKPP utk tahun 2011...Ada yang guru tetap dan ada juga guru sandaran....Walaubagaimanapun kehadiran guru-guru baru ini akan memeriahkan lagi suasana sekolah dan dapat meningkatkan kualiti akademik SMKPP insyallah....Teruskan berjasa dan berkhidmat dengan sepenuh hati.....Syabas...



Cikgu Nor Ismaniza bt. Md Isa..mempunyai pengalaman mengajar di sekolah Klang Selangor.....Mengajar Sains di SMKPP.....








Mohd Shakir Bin Ya @ Zakaria, menetap di Yan. Mempunyai pengalaman mengajar di S.Integrasi FAiezin, SMK Chepir, SMK Sik dan SMK Seri Enggang. Berpengalaman luas dalam Landskap Arkitek ketika menuntut di UPM....







Ustazah Nur Hayati bt. Che Noh menetap di Kampung Pak Bong dan telah tamat pengajian di UIAM dalam jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh dan Usul Fiqh)

Ujian 1


21-23 Feb 2011, adalah musim ujian satu bagi seluruh kulawangsa SMKPP...Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah..namun tugasa utama iaitu kecemerlangan akademik juga dititik beratkan oleh semua warga SMKPP....Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru

Saturday 19 February 2011

Buletin Laporan Khas Perutusan


Laporan Khas Perutusan Menteri Pelajaran telah siap dibuat bersama rakaman CD ucapan selama 35 min 33 s...dan diserahkan kepada Pengetua SMKPP...Bagi mereka yang inginkan salinan boleh berbuat demikian samada berjumpa dengan pengetua ataupun cikgu ismi...Sekian harap maklum..

Thursday 17 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMKPP 2011












Syabas dan tahniah kepada seluruh tenaga kerja yang telah bertungkus lumus melaksanakan sambutan Maulidur Rasul gilang gemilang pada 17 Feb 2011 bermula dari awal pagi hingga jam 1.30 ptg...Pelbagai aktiviti telah disusun atur dengan begitu dinamik sekali seperti Zikir Munajat, Berselawat beramai-ramai, Solat Sunat Dhuha, Solat Hajat, Halaqah (Yaasin), Syamail Rasulullah, Tayangan Dokumentari Multimedia Sejarah Rasulullah, Berzanji & Marhaban dan di tutup dengan perasmian rasmi oleh tuan pengetua serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan mencipta kad ucapan dan khat. Majlis yang begitu meriah sekali moga-moga dapat mengingatkan pelajar akan perjuangan rasulullah dan iktibarnya kepada dunia hari ini, insyallah...

Wednesday 16 February 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKPP 2011






Syabas dan tahniah kepada semua ajk yg telah menjayakan Program Hari Pertama Sambutan Maulidur Rasul pada 16 Feb dan akan diikuti acara kemuncak pada 17 Feb 2011. Pada hari pertama aktiviti pertandingan Kad Ucapan dan Khat telah dilaksanakan dengan meriahnya di Dewan Terbuka SMKPP dan pelajar yang terlibat sahaja telah bertanding bagi semua kategori...Kesungguhan dan ketekunan terpancar diwajah setiap pelajar dalam membina kad-kad ucapan sempena Maulidur Rasul....Semoga dengan ini akan menambahkan lagi rasa kecintaan mereka terhadap rasulullah yang telah begitu banyak berjasa kepada ummatnya dan semoga akan mendapat syafaat darinya...insyallah...Syabas semua

Monday 14 February 2011

Majlis Perlantikan Watikah Pengawas SMKPP 2011








Syabas dan tahniah kepada 122 orang pelajar yang telah dilantik menjadi pengawas SMKPP utk sesi 2011 yg merangkumi pelajar dari Ting. 1-5....dan juga guru-guru pengawas yg telah dilantik menjadi mentor kepada kumpulan pengawas-pengawas tersebut seramai 14 orang. Majlis yang telah berlangsung di Dewan Terbuka SMKPP pada 13 Feb 2011 jam 12.30 tgh telah diserikan lagi dengan kehadiran Cif Inspektor Nazrul Adlee b. Rosli pegawai dari Balai Polis Baling....Majlis telah berjalan dengan lancar dan jayanya dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut secara langsung ataupun tidak langsung...Tahniah....

Merentas Desa Peringkat Daerah Baling





Syabas dan tahniah kepada peserta sekolah SMKPP yg telah berjaya menyertai pertandingan merentas desa peringkat daerah Baling Sik pada 13 Feb 2011 yg telah berlangsung di SMK Tunku Putra. Penyertaan mengikut kategori masing-masing telah berjaya membuahkan hasil satu emas dan tiga gangsa untuk SMKPP....Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan PPD sendiri pada majlis tersebut. Tahniah kepada guru-guru yang telah melatih pelajar secara langsung dan tidak langsung.....

Thursday 10 February 2011

Program : Perutusan Secara Terus Menerus oleh Menteri Pelajaran Malaysia



Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program satu sekolah untuk satu matlamat dalam mendengar perutusan secara 'live' oleh Menteri Pelajaran Malaysia kepada semua pelajar termasuk SMK Parit Panjang pada 10 Feb 2010 jam 9.00 pg....Untuk pertama kalinya program secara terus menerus dapat dilaksanakan kerana adanya teknologi terkini bukan sahaja dapat merealisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam menjayakan pendidikan berkonsep IT malah mampu membuka mata setiap pelajar bahawa pendidikan dapat dilaksanakan dimana-mana sahaja dengan kaedah tercanggih asalkan kelengkapan prasarana disediakan...Syabas sekali lagi kepada semua pihak.