Monday 8 October 2012

Majlis Pemberkatan Ilmu

                        
                       


8 Oktober 2012, di Dewan Utama SMK Parit Panjang telah berlangsung satu majlis pemberkatan ilmu yang telah dikendalikan oleh Cg.Hafifuddin selaku pengerusi majlis.Ucapan dari Penyelaras Ting. 3 Cg. Ismi Kamarul Sham bin Ismail, ucapan dari Tuan Pengetua dan juga ucapan dari Pn Hjh Halimaton berkenaan SPBT. Beberapa tips persediaan disaat akhir dan persediaan dalaman juga luaran turut disampaikan oleh Tuan Pengetua dan Cg. Ismi juga yang mana dapat memberi sedikit sebanyak azimat kepda semua pelajar PMR sebelum menduduki peperiksaan keesokkan harinya.Semoga dengan majlis ini dapat memberi kelapangan kepada semua guru dalam mencipta kejayaan....insyallah

Lawatan Sambil Belajar Pengawas ke Muzium Telekom

                        
                        
                        
                                                      
Tahniah dan syabas kepada 40 orang pengawas dan guru pengiring terutama PKHem Pn. Jamsiah, Cik Adila dan Sir Seberi yang telah bersusah payah membawa pengawas menyertai lawatan yang sungguh bermakna dan penuh ilmiah ke Muzium Telekom di Kuala Lumpur pada 6-7 September 2012 yang lalu. Pelbagai perkara yang telah dipertunjukkan oleh pihak telekom sendiri dalam pembangunan dunia ICT negara. Pelajar juga telah diberi peluang serta tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan 'cockpit' kapal terbang.Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Disamping pendedahan mengenai pelbagai teknologi telekomunikasi yang begitu canggih dan sofistikated. 

Thursday 4 October 2012

Solat Hajat PMR & SPM

                        
  
4Oktober 2012, mulai 11.00pg- 2.00 ptg. Tahniah dan syabas kepda pihak pengurusan SMKPP kerana telah berjaya melaksana Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin khas kepada anak-anak calon PMR dan SPM 2012. Kehadiran para waris yang cukup membanggakan telah menunjukkan satu komitmen yang sungguh hebat. Semoga dengan amalan tradisi ini akan berterusan dan dapat menjadi satu suntikan motivasi yang cemerlang dan semoga dengan itu akan membuahkan hasil keputusan yang terbaik juga.....Syabas