Sunday 29 April 2012

DRAMA BAHASA INGGERIS DAERAH

 
 
 
Tahniah dan syabas kepada pasukan drama bahasa inggeris SMKPP kerana telah berjaya merangkul tempat ke 3/6 buah sekolah peringkat Daerah Baling/Sik. Tajuk drama yang telah dipertandingkan pada 25 April 2012 yang lalu ialah 'Silly Lily' di SMK Tunku Putra. Tahniah kepada Sir Iqqbal yang telah bersusah payah melatih semua pelajar tersebut.

Saturday 21 April 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH


 




Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada 21 April 2012. Kejohanan yang bermula seawal pagi telah dimulakan dengan taklimat oleh SU Sukan SMKPP En. Termizi dan diikuti dengan senam robik yang telah dikendalikan oleh Pn. Normazlina yang dibantu oleh pelajar-pelajar. Pada tahun ini Rumah Biru (Beta) telah menjadi johan secara keseluruhan diikuti dengan Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Hijau.

Thursday 19 April 2012

Slot Motivasi oleh Kolej Darul Iman


19 April 2012, 8.00 pg di Dewan Utama SMKPP telah dilaksanakan slot motivasi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar kerana telah berjaya mengikuti slot motivasi yang telah disampaikan oleh En. Ghafar dari Kolej Darul Iman. Hampir satu jam setengah En. Ghazali telah membakar semangat utk terus berjaya dan mengenal erti diri sendiri siapalah aku yang sebenar dan mengenal pasti hala tuju yang berkesan.

Program PISA(Programme for International Student Assessment (PISA)




 Syabas dan tahniah kepada 29 orang pelajar yang telah terpilih utk mengikut ujian penilaian program PISA
(http://en.wikipedia.org/wiki/Programme_for_International_Student_Assessment) yang dilaksanakan oleh pegawai EPRD dan Pegawai JPN...Pelbagai kriteria soalan dari sudut sains dan matematik. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 April 2012 selama 4 jam di Makmal ICT....

Urin Test - Program Kaunseling

16 April 2012 yang lalu bertempat di Makmal Sains SMKPP seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara random utk menjalani ujian air kencing. Program yang telah disusun atur oleh Unit HEM dgn pelaksana oleh kauselor SMKPP dan telah mendapat usaha sama dari pegawai AADK telah berjaya dilaksanakan. Walaupun terdapat pelajar yang harus diberi kaunseling namun ia masih berada di peringkat permulaan dan masih sempat utk diperbaiki. Semoga kegiatan ini akan dapat memimpin pelajar dari masa ke semasa dan tidak terjebak ke dalam kancah dadah.

Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Perak





Syabas dan tahniah kepada skuad Taekwondo SMKPP kerana telah berjaya merangkul 1 Emas, 4 Perak dan 6 Gangsa dalam kejohanan Taekwondo 2nd PTNP-TM-MSN Perak Junior Development League pada 14-15 April 2012 di Dewan Bandaran Kroh. SMKPP telah menghantar 18 orang peserta mengikut pelbagai kategori. Pertandingan itu juga telah dirasmi oleh wakil YAB Datuk Tajol Rosli iaitu Tn. Hj. Aznil.