Monday 27 April 2009

LDP (Pembinaan Item JSI) - Ke3



Pada 25 April 2009 telah berlangsung LDP untuk kali ke 3 dgn tema "Pembinaan Item". Penceramah yang diundang ialah Guru Cemerlang Geografi En. Aznan daripada SMK Syed Abu Bakar, Kupang Baling.
Hampir semua guru-guru telah mengambil peluang ini kerana pendedahan seumpama ini teramat perlu kerana kaedah pembinaan item(soalan) haruslah bersifat adil. Dengan erti kata lain, aras soalan yang dibina haruslah pada kadar pecahan 5:3:2 iaitu 5 soalan aras mudah, 3 aras sederhana dan 2 aras sukar. Dengan itu, kualiti pembinaan soalan oleh guru-guru adalah selaras dengan kaedah yang sedang dipraktikkan oleh Lembaga Peperiksaan Negara dalam penentuan pembikinan soalan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan seterusnya.
Ini sebenarnya satu kaedah yang teramat adil dalam pendidikan terutamanya kepada pelajar yang tinggal jauh dari bandar dan paling minima menerima pendedahan alatan bantuan pengajaran yang jauh sofistikated seperti pelajar-pelajar di bandar-bandar besar.
Semoga dengan kursus satu hari ini, dapat memberi input yang lebih jelas kepada guru-guru SMKPP khasnya.

No comments:

Post a Comment