Tuesday 30 November 2010

Ahlan Wahsahlan Guru Baru

Ahlan wahsahla kepada guru-guru baru yang melaporkan diri utk berkhidmat serta menabur bakti di bumi SMKPP. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi suasana dan dapat mecemerlangkan keputusan akademik anak murid di SMKPP.



NAMA : MAZURA BINTI MANSOR
ASAL : YAN, KEDAH
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAJOR : GEOGRAFI
MINOR : EKONOMI
PENGALAMAN MENGAJAR : PRAKTIKUM DI SEK.MEN.KEB BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG
STATUS : BUJANG
FALSAFAH HIDUP :" HIDUP INI SATU PERJUANGAN YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN"

Monday 1 November 2010

Bengkel LDP "Integrasi GSP dalam P&P" - SK Sik



Tahniah dan syabas kepada Cikgu Ismi dari SMKPP kerana telah mendapat jemputan untuk mengendalikan Bengkel LDP di SK Sik pada 27 Oktober 2010 yang lalu dengan tajuk " Integrasi GSP dalam P&P"...Pelbagai respons yang telah diperolehi daripada program tersebut dan ramai yang mengatakan bahawa Perisian GSP (Geometer Sketchpad) itu memang begitu praktikal untuk digunakan dalam pengajaran matapelajaran Matematik khususnya....Reaksi yang positif dan menggalakkan yang telah ditunjukkan oleh guru-guru SK Sik telah meminta untuk melaksanakan program itu sekali lagi bagi aras yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kali ini adalah sentuhan pertama GSP bagi mereka....Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru SK Sik.....

Ceramah "Bantuan Kecemasan"



Syabas dan tahniah kepada semua pelajar lepasan PMR 2010 kerana telah bersama-sama melatih diri sendiri dengan kaedah pertolongan kecemasan yang telah diceramahkan oleh Cikgu Ismi sebagai salah satu pengisian program selepas peperiksaaan PMR 2010. Pelbagai latihan secara praktikal telah ditunjukkan oleh penceramah dan seterusnya latihan amali secara terus oleh pelajar-pelajar dan suasana amat menyeronokkan....Bantuan kecemasan adalah keperluan untuk semua insan yang bergelar manusia dan kemalangan itu adalah yang tidak berbau...Cuba hadapi dgn tenang dan insyallah anda mampu melakukannya....