Sunday 28 September 2014

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG

Syabas sekali lagi kepada unit pembangunan peningkatan akademik kerana telah mengatur satu lagi program bersama pakar motivasi serta penulis buku Sains Amali iaitu En. Ahamad Daud pada 6 Sept 2014 yang lalu. Kehadiran oleh semua calon PT3 beserta ibubapa telah memeriahkan lagi suasana majlis bacaan Yaasin serta ceramah motivasi pada malam yang hening itu. Semoga pengisian yang sekelumit ini akan menjanjikan kejayaan yang cemerlang. Syabas

    



KARNIVAL SAINS DAN TEKNOOGI KEDAH 2014

8,9 Ogos 2014, bertempat di SM Agama Baling telah berlangsungnya Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kedah buat pertama kalinya telah mencungkil bakat-bakat dalam bidang sains. Ramai peserta dari pelbagai sekolah telah menyertai pertandingan dalam karnival tersebut dari seluruh negeri kedah. Antara pertandingan yang dilaksanakan ialah pertandingan roket air, dapur solar, rumah solar, kereta solar, bot air solar dan lain-lain lagi. SMK Parit Panjang tidak menghantar peserta namun gurunya telah diamanah untuk menguruskan salah satu pertandingan iaitu Roket Air. Tahniah dan syabas semoga SMKPP akan masuk bertandingan pada masa akan datang.
 





                                                    

KEM PEMUKIMAN AKADEMIK SPM 2014 SMK PARIT PANJANG

Tahniah dan syabas kepada Unit Perancangan Pembangunan Akademik dan Unit Kaunseling kerana telah berjaya melaksanakan salah satu program peningkatan akademik di Kompleks Rakan Muda Baling Kedah pada 12,13 dan 14 Ogos 2014 yang lalu khas kepada calon-calon SPM 2014. Penyusunan ceramah teknik menjawab SPM telah dirangka dengan teliti dan dengan menjemput penceramah-penceramah khas untuk membantu pelajar-pelajar ini nanti. Satu program yang benar-benar mampu mencipta sesuatu hasil yang luar biasa, insya Allah akan dikecapi. Tahniah dan syabas kepada guru-guru yang telah terlibat bagi menjayakan program tersebut.

                        
 
 

                                                   

Hari Anugerah Cemerlang Akademik 2014

Syukuran, 21 Ogos 2014, Sambutan Hari Angerah Cemerlang telah disempurnakan oleh Tuan Pengurus Bank Islam Cawangan Baling En. Amir B. Ahmad dengan penuh harmoni. Kehadiran para waris yang terlibat sedikit sebanyak telah banyak mencetuskan semangat motivasi kepada semua calon yang telah berjaya dalam akademik. Syabas dan tahniah.