Monday 25 February 2013

MESYUARAT AGONG PIBG 2013

 
 
 
 
 

Syukuran dan Alhamdulillah pada 24 Feb 2013 jam 2.00 ptg telah berlangsungnya mesyuarat agong PIBG SMK Parit Panjang dengan jayanya walaupun hujan gerimis yang mengundang. Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Badrunsham B. Dahlan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kedah.... Pelbagai tip-tip yang amat berguna yang telah beliau sampaikan kepada semua para waris dalam mendidik serta membentuk sahsiah anak-anak dalam persembahan ceramah yang sungguh menarik. Antara tips beliau ada mengatakan bahawa penerimaan serta kefahaman anak-anak adalah berbeza walaupun setelah mendengar arahan yang sama...Justeru kita sebagai ibubapa harus memberi arahan yang cukup jelas agar maksud arahan yang sebenar dapat dicapai...Takrifan serta maksud huraian WARIS juga telah dipercerahkan iaitu  W (Wawasan), A(Analisa), R (Redha), I(Intraspektif/Muhasabah), S(Sabar)........dan kejayaan anak-anak murid atau anak sendiri tidak terhad kepada kejayaan Akademik semata-mata tetapi kejayaan dalam membentuk sahsiah kemenjadiaan manusia adalah terlebih utama. Semoga dengan pencerahan yang telah beliau kupaskan dalam ceramah ringkas telah dapat membuka minda para waris agar dapat memberi kerjasama yang erat demi membina kecemerlangan akademik.....

Sunday 24 February 2013

LDP 1 - Taklimat PBS

 
 
 
23 Feb 2013. Syukuran utk pertama kali Latihan Dalaman telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkenaan dengan taklimat awal pelaksanaan PBS yang telah disampaikan dengan jayanya oleh Pegawai PPD Baling Sik En. Abdul Nasir b. Shaari. Pelbagai reaksi dan respon dari guru-guru yang bersemangan untuk melaksanakan PBS yang sedang berlangsung di Ting 1 dan 2.. Semoga pencerahan yang bermakna mengenai pelaksanaan PBS dapat terus dimanafaatkan demi anak murid sejagat.....Tahniah...

Ahlan Wasahlan Guru Baru

Tahniah dan syabas kepada guru muda yang masih dinamik untuk mengemblingkan tenaga dan idea yang bernas dalam membina sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SMKPP. Cg. Rahayu Bt. Che Ani berasal dari Kg. Landak Bukit Kupang. Berkelulusan Ijazah dalam Marketing dari UITM Merbok. Falsafah hidup " If we can feel what we feel, we will surely feel what we really feel. Follow our Heart". Beliau juga mempunyai harapan untuk menjadi seorang hamba/ khlaifah Allah yang sempurna serta anak yang berjaya....Semoga kedatangan guru muda ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar dalam mencipta kejayaan yang cemerlang....

Friday 15 February 2013

Majlis Persaraan Pn. Abidah bt. Mohamad GK Sains & Matematik

7 Feb 2013, satu majlis utk meraikan yang dihormati Pn. Abidah bt. Mohammad di atas tarikh persaraan beliau yang akan tamat pada 11 Feb 2013 pada usia 56 tahun di SMKPP. Majlis yang sederhana namun padat serta dipenuhi dengan pelbagai persembahan dari semua kulawangsa SMKPP sedikit sebanyak telah mencipta sejarah serta nostalgia utk beliau di saat terakhir setelah sekian lama menabur bakti kepada anak bangsa. Semoga dengan bermulanya tarikh persaraan beliau itu akan memberi kepuasan yang terbaik buat memori beliau. Terima kasih yang tidak terhingga dari semua anak murid serta sahabat seperjuangan buat beliau. Semoga dapat berjumpa lagi dan syabas.....

Monday 4 February 2013

Ahlan Wasahlan Staf Baru

Tahniah dan syabas kepada Pn Norlia bt. Saad
Berasal dari Kpg Cemora, Jeniang dan kini tinggal di Tmn Desa Bidara Kuala Ketil. Telah lama menabur khidmat di beberapa tempat seperti di Kementerian Pelajaran (KPM) 1996-1997, Politeknik Sultan Abdul Hamid, Jitra (97-98), IPG Sultan Abdul Halim (98-2011), SMK Mak Mandin, Bertam (2011-2011) sebagai CC dan kini di SMK Parit Panjang mulai 5 Nov 2012 hingga kini. Telah berumahtangga dan telah dikurniaankan 5 orang cahaya mata yang hebat-hebat. Semoga denga kehadiran beliau ke SMKPP akan melancarkan lagi segala urusan, insyallah.

Program My Beautiful Malaysia


                       
                       
                                                     
3 Feb 2013, Syabas dan tahniah kepada semua kulawangsa SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan gotong-royong perdana sempena Program My Beautiful Malaysia peringkat sekolah secara serentak dengan peringkat kebangsaan. Semua pihak telah terlibat secara total utk menjayakan program tersebut dengan dimulai dengan  menghias kelas-kelas diikuti dengan bilik-bilik khas yang telah berlangsung mulai jam 8.30- 10.30 pagi dengan pemantauan oleh guru-guru yang telah dilantik. Kejayaan yang sungguh besar telah berlaku dengan perhiasan yang sungguh dinamik disegenap lokasi yang telah ditetapkan. Syabas...semoga program ini dapat dijadikan program tahunan demi mengindahkan, membersihkan, mencantikkan untuk mengujudkan prasarana yang menarik bagi meneruskan pedagogi yang lebih menarik....