Saturday 17 July 2010

Kursus LDP





Krusus LDP sedang berjalan ...Taklimaat mengenai sinopsis buku dan aplikasi ICT dalam kerjaya oleh En. Zaini dan En. Ismi Kamarul Sham....Semoga ilmu yang bermanafaat

Friday 16 July 2010

Pelancaran Roket Air SMKPP

Majlis Penutupan Minggu Bahasa

Ucapan Penutupan oleh Pen. Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mat Judin b. Mat Amin

Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa (B.M,B.I dan B.Arab) kerana telah berjaya melaksanakan program mingguan bahasa yang telah berjalan selama satu minggu dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dapat membina pengguasaan 3 bahasa itu tadi dengan jayanya. Pengolahan aplikasi bahasa yang dapat diterjemahkan kepada pelbagai metodologi telah membuka minda semua pelajar bahawa mempelajari apa jua bahasa sebenarnya tidak dengan hanya membaca buku semata-mata.. Sungguh-sungguh menarik dan semoga dapat diteruskan dari masa ke semasa agar nyalaan semangat mempelajari bahasa tidak malap dan terus terpadam di lain-lain masa...Syabas & tahniah.

Sunday 11 July 2010

Pelancaran Minggu Bahasa & Kempen Membaca 2010




Syabas dan tahniah kepada semua AJK Minggu Bahasa SMKPP 2010 yang telah bertungkus lumus utk menjayakan sambutan minggu bahasa dan kempen membaca yang bermula 11-15 Julai 2010. Pelancaran telah dirasmikan oleh tuan pengetua SMKPP iaitu Tn. Hj. Khadri B. Mohd Salleh. Disamping itu sepanjang satu minggu, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti Kuiz, Pidato, Koir, Kalam Jamai', Coral Speaking, Languange Game, Crossword Puzzle, Mengarang Esei, Kaligrafi, Buku Skrap, Tasrif dan banyak lagi...Sungguh hebat....Semuanya itu khas utk pembinaan sahsiah dan ilmiah pelajar SMKPP....Syabas dan tahniah kepada semua panitia bahasa yang berusaha keras menjayakan minggu bahasa ini....

Friday 2 July 2010

Sekitar Hari Kokurikulum SMKPP 2010

KAPT (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik

(Timbalan Komanden 2 PULAPA, Baling Kedah)


Aktiviti Memanah ( Kelab Cikgu Iqqbal)



Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah

Demonstrasi Taekwondo Pimpinan Cikgu Ismi

Pertandingan Kawad antara Unit Beruniform

Tahniah dan syabas kepada PK Kokurikulum (Pn. Che Maznah bt. Hashim) kerana telah berjaya melaksanakan program 3 in 1..iaitu Perkhemahan Perdana, Hari Koperasi dan Hari Kantin dengan jayanya bersama-sama dengan semua warga SMKPP yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan progaram gilang gemilang ini....Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang baik walaupun padang yang agak lembab tetapi semua perancangan telah berjaya direalisasikan dengan baik....Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menyumbang pelbagai perkara seperti wang ringgit dan tenaga kerja.....Hari Kemuncak tersebut telah dirasmikan oleh KAPT (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik (Timbalan Komanden 2 PULAPA, Baling Kedah) . Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan kawad unit uniform, gerai jualan, demostrasi taekwondo, pameran oleh agensi-agensi yang dijemput dan lain-lain lagi....Semoga program yang dapat membina sahsiah dan intelektual sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang....