Tuesday 3 June 2014

KARNIVAL BAHASA

27-30 April 2014 yang lalu telah berlangsungnya karnival bahasa peringkat sekolah dibawah kelolaan Panitia Bahasa iaitu GK Bahasa Puan Shuhana Bt. Abdul Karim....Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sempena sambutan karnival tersebut dengan tema
TEMA : BAHASA PEMACU BUDAYA BANGSA
...Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan mengikut panitia bahasa inggeris, bahasa melayu dan bahasa Arab. Syabas kepada Panitia Bahasa dan semua kulawangsa SMKPP yang telah menjayakan program tersebut. Semoga dengan pelbagai aktiviti tersebut dapat menaikkan kualiti pencapaian akademik dari sudut bahasa di dalam peperiksaan nanti...

 
 

Jemputan Ceramah LDP - Kajian Tindakan

 
 
 
 
 
 
 
26 April 2014, Sabtu bertempat di SM Model Khas Bukit Jenun yang lalu Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail telah mendapat jemputan untuk berkongsi informasi mengenai pembinaan kajian tindakan di kalangan guru. Response yang positif dikalangan guru-guru SM Model Khas Bukit Jenun telah menampakkan nilai-nilai positif di kalangan guru-guru untuk terus membina kualiti pedagogi mereka dalam mendidik anak bangsa...Syabas kepada semua guru-guru yang telah menjalani kursus Pembinaan Kajian Tindakan...Tahniah juga kepada Cg. Ismi kerana sanggup berkongsi maklumat dengan lain-lain guru. Tahniah

KEM CINTA PUTERI

10,11 April 2014 yang lalu, tahniah kepada pihak pengurusan SMKPP kerana telah berjaya mengadakan salah satu daripada program pembinaan sahsiah murid perempuan iaitu Program Cinta Puteri yang dahulukalanya terkenal dengan nama Program Anda Bijak Jauhi Zina yang dikendalikan sepenuhnya oleh JIM ( Jemaah Islam Malaysia). Program yang telah melibatkan penyertaan pelajar perempuan sahaja hampir 100 orang telah berkampung di SMKPP selama 2 hari. Pelbagai aktiviti sesi berceramah dan aktiviti kerohaniaan telah dilaksanakan dengan baiknya dengan kepakaran fasilitator Mualimah Maimunah iaitu salah seorang pendidik Pusat Pendidikan Al-Islah Sg. Petani. Semoga dengan terlaksananya program sebegini akan mampu membina sahsiah jati diri murid ke arah yang lebih berkeyakinan tinggi, insyallah.