Tuesday 28 September 2010

SMKPP melakar nama di persada dunia


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah terpilih utk melaksanakan Program TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study 2011) pada 27 Oktober 2010.Perlaksanaannya adalah berdasarkan maklumat yang akan diberitahu oleh unit EPRD Kementerian Pelajaran tidak lama lagi..Seramai 40 orang pelajar Tingk. 2 sahaja yang akan menduduki peperiksaan penilaian TIMSS iaitu utk Matematik dan Sains. Keputusan peperiksaan itu nanti akan dinilaikan dan dibanding bezakan dengan 62 buah negara didunia ini untuk melihat tahap pencapai P&P Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga dengan sumbangan serta kerjasama SMKPP akan dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Malaysia....Tahniah dan Syabas. Mesyuarat Penataraan TIMSS ini telah diwakili oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Salleh dan Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Insyallah perlaksaan itu akan dilaksanakan nanti sebagai persediaan sebelum ujian sebenar TIMSS pada 27 Oktober ini....Semoga berjaya.

Monday 27 September 2010

Jamuan Hari Raya SMKPP

Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Guru SMKPP... "Meriah dan Ceria".. terima kasih kepada warga SMKPP yang sama-sama menjayakan sambutan ini...Dan paling tidak dilupakan juga ialah kepada semua guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...dan yang paling utama ialah penyedia masakan yang sedap-sedap sememangnya guru-guru SMKPP bukan hanya seorang pendidik malah salah seorang chief (tukang masak ) yang berkaliber....Beruntung semua pelajar parit panjang yang mendapat chef merakap guru yang penuh dedikasi...Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua.

Sunday 26 September 2010

Penyediaan Makanan Jamuan Hari Raya SMKPP

Pulun sungguh cikgu-cikgu SMKPP membalut ketupat, menyediakan bahan nasi minyak dan kuah kacang.....Cikgu-cikgu SMKPP memang hebat-hebat....Pandai masak rupanya semua...cuma tak mahu tunjuk skill saje...Syabas kepada guru-guru yang bertugas.....Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga.....

Majlis Jamuan Hari Raya Asrama SMKPP

Warga guru, kakitangan dan pelajar asrama SMKPP menjamu selera sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di dewan makan asrama SMKPP.
"Menu wajib -AISKRIM" - Identiti Asrama SMKPP...............

Tuesday 21 September 2010

Ahlan WahSah lan GK Kemanusiaan


Syabas dan tahniah kepada GK Kemanusiaan SMKPP yg baru iaitu Cikgu Ishak b. Md Isa. Berasal dari Baling, Kedah . Anak jati Kedah yang telah menabur bakti sejak 1993 di SM Chung Hua Tenom, Sabah, diikuti 1995 di SMK Tunku Putra Baling dan terus ke SMK Parit Panjang mulai Sept 2010. Beliau kini mengajar Sejarah dan Bahasa Melayu menengah atas. Falsafah hidup beliau BERUSAHA dan BERTAWAKAL.

Kajian Tindakan yang terpilih

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi dan Teacher Shuhana diatas terpilihnya kajian tindakan masing-masing untuk keperingkat negeri Kedah(Peringkat Laporan). Tema kajian tindakan tersebut ialah seperti berikut:
  1. Teacher Shuhana : LET’S “BOGTRYFER” : MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KATA B AHASA INGGERIS

2.
Cikgu Ismi Kamarul Sham : F.I.F.A dalam Sains

Sunday 19 September 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah.....

Setelah 2 minggu cuti beraya, warga smkpp kembali menunaikan kewajipan masing2.... Pelajar ting 5 meneruskan perjuangan menghadapi peperiksaan percubaan SPM... Warga blogger mengucapkan selamat maju jaya....

Sunday 5 September 2010

Congratulation for new born


Tahniah kepada Cikgu Devi di atas kelahiran putera baru beliau pada 4 Sept 2010. Saiz anak yang agak besar iaitu 2.77 kg...Tentunya dengan kehadiran ahli keluarga yang baru akan dapat memeriahkan lagi suasana kehidupan keluarga beliau....Syabas dan tahniah dari MGKSMKPP

Friday 3 September 2010

KUTIPAN DANA PALESTIN GAZA 2010

Jazakallah kepada semua penderma Mangsa GAZA Palestin yang telah dilancarkan hampir sebulan di bulan Ramadhan diperingkat sekolah...Jumlah yang telah terkumpul ialah sebanyak RM640 dan akan disalurkan terus kepada Life Line 4 Gaza.. secara online bankin.....Semua penderma boleh menyemak senarai SMK Parit Panjang sebagai salah satu agensi penderma tabung Life Line 4 GAZA di laman website seperti berikut itu nanti, insyallah....
Web GAZA

Majlis Khatam Al-Quran 2010









Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam SMK Parit Panjang kerana telah berjaya melaksanakan program Ihya Ramadhan disepanjang bulan Ramadhan dan acara kemuncaknya Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Terbuka SMKPP pada 2 Sept 2010 (23 Ramadhan 1431H) yang penuh gilang gemilang. Program yang bermula mulai jam 10.30 pg dengan Alunan Zikir-zikir sementara menanti perhimpunan semua pelajar kecuali pelajar Ting. 5 yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran (Ayat-ayat Lazim) oleh para tadarus yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Bacaan ayat-ayat lazim tersebut lebih bermakna lagi dengan tayangan multimedia agar semua penonton dapat sama-sama membaca di layar putih.
Seterusnya diikuti dengan Kuliah Ramadhan yang telah diceramahkan oleh Ust. Kamarudin, Ust. Basharudin dan Ust Hapiz serta telah dikoordinatorkan oleh Cikgu Md. Nor...Selepas itu penyampaian sijil penghargaan serta saguhati kepada semua ahli tadarus seramai 30 orang pelajar.
Akhir sekali majlis bersalaman diantara semua guru-guru dan pelajar disamping pemberian duit raya kepada semua pelajar yang telah ditaja oleh pihak koperasi SMK Parit Panjang.
Akhir kalam, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah melaksanakan program ihya ramadhan serta Majlis Khatam Al-Quran secara langsung dan tidak langsung dengan begitu berjaya sekali... Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa bakti semua pihak. Selamat Berhari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin daripada MGK SMKPP utk semua.
Berhati-hati dijalanraya ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.....
Wassalam