Saturday 31 March 2012

Mesyuarat Agong PIBG 2012











Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agong PIBG SMKPP kali ke 28 pada 27 Mac 2012 jam 2.00 ptg yang lalu. Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Tn PPD yang baru iaitu Tn. Hj. Razak dengan majlis yang penuh gilang gemilang. Respon dari pihak waris juga amat memberangsangkan dengan kehadiran yang ramai....Prihatin para waris ini telah menunjukkan kerja sama serta rasa kebertanggungjawaban terhadap perkembangan anak-anak mereka dalam pencapaian akademik... maka tidak mustahillah peningkatan pencapaian akademik peperiksaan dari tahun ke tahun SMKPP ini ramuannya adalah sikap bekerjasama dari semua pihak terutamanya ibubapa ini telah membuahkan hasil...insyallah.

Kem Kepimpinan & Pembinaan Sahsiah Pengawas SMKPP 2012











Tahniah dan syabas kepda 100 orang pengawas SMKPP yang telah berjaya melaksanakan kursus 2 ini 1 bermula 29-30 Mac yang lalu di SMKPP dengan jayanya. Alhamdulillah kerana kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua guru dalam menjayakan program tersebut sebenarnya telah membuahkan hasil kejayaan. Terima kasih juga kepda penceramah-penceramah jemputan maupun dalaman yang telah memastikan kelancaran perjalanan program tersebut seperti Kauselor SMK Teloi Kanan, Cg. Ismi serta Ust Hapidz dalam sesi slot masing-masing....Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang berupa wang ringgit bagi kem tersebut..Semoga jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya....Kepada semua fasilitator juga tidak dilupakan kerana tanpa anda juga program ini tidak berjalan dengan baik.....Kepada guru-guru yang sanggup meninggalkan keluarga utk satu malam bersama pengawas-pengawas juga amat dihargai......Syabas sekali lagi....Semoga kejayaan program ini dapat menghasilkan pengawas yang lebih berwibawa dan lebih berkualiti lagi insyallah.

Wednesday 28 March 2012

KURSUS ICT DALAM PENGURUSAN SEKOLAH









Kursus ICT Dalam Pengurusan Sekolah telah dilaksanakan di IAB Utara bermula pada 26 - 29 Mac 2012. Seramai 23 orang peserta dari pelbagai sekolah telah berkampung di Residen IAB utk menyertai kursus tersebut termasuklah Cg. Ismi Kamarul Sham. Pelbagai maklumat terkini mengenai pembangunan ICT dalam pengurusan yang dapat digunakan pakaikan oleh rakan-rakan sekerja. Contohnya kaedah 'Sharing Document' / Pembinaan Laman Blog utk setiap Panitia / Etika Pengurusan Internet di tempat kerja dan lain-lain.Semoga pengalaman yang pelbagai ini dapat dikongsikan bersama dengan semua rakan guru apabila pulang nanti....

Angin Ribut Melanda SMKPP






11 Mac 2012 sekitar jam 5.00 ptg satu angin ribut telah melanda secara tiba-tiba di persekitaran Parit Panjang termasuklah SMK Parit Panjang. Justeru itu terdapat pelbagai kerosakan telah berlaku termasuklah Bangunan Pentadbiran, Asrama, Kantin Sekolah, Bangunan Kelas dan beberpa tempat lain....

Tahniah kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011



Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha dan bersusah payah dalam melahirkan pelajar cemerlang SPM SMKPP ..Syabas kepada panitia yang berjaya mengekalkan kecemerlangan peratus dan peningkatan peratus...Semoga kecemerlangan akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
Senarai pelajar cemerlang...

Friday 9 March 2012

MTQ PERINGKAT ZON










08 Mac 2012 bertempat di SMK Parit Panjang kerana telah menjadi tuan rumah 2 tahun berturut dalam pertandingan MTQ peringkat zon yang disertai oleh SMK Parit Panjang, SMK Teloi Kanan, SMK Tanjung Puteri dan SMK Kuala Ketil. Syabas dan tahniah juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang sebegitu bermakna kepada semua pelajar khususnya.kepada umat islam itu sendiri.
Pelbagai acara yang telah dipertandingkan seperti Nasyid, Tilawah Al-Quran, Azan, bernbahas ,Kuiz Hafazan dan seni khat

Pelancaran Bulan Pendidikan Anti Dadah





03 Mac 2012, bertempat di Dewan Utama SMKPP telah berlangsung satu upacara majlis Pelancaran Bulan Pendidikan Anti Dadah yang telah bermula pada 26 Feb - 31 Mac 2012 peringkat sekolah. Pelancaran telah dirasmikan tuan pengetua SMKPP sendiri iaitu Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh. Majlis telah dimulai dengan ucapan perutusan oleh Ketua Pengarah Pelajaran yang telah dibaca oleh pengetua sendiri. Sejurus perasmian pelancaran majlis diserikan lagi dengan satu persembahan nasyid dan deklamasi sajak oleh pelajar SMK Parit Panjang. Tahniah dan syabas..Semoga dengan pelancaran itu akan memberi satu suntikan semangat kepada semua pelajar untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkisarkan kepada usaha membasmi dadah....Terima kasih kepada Unit HEM & Kaunseling di atas usaha menjayakan program pelancaran tersebut...

CERAMAH KANSER SERVIK





28 Feb 2012 yang lalu SMKPP telah didatangi oleh seorang penceramah dari pertubuhan Majlis Kanser Malaysia (MAKNA) Zon Utara iaitu Pn. Wan Aisyah bt. Tayib. Ceramah yang begitu memberi erti kepada semua pelajar perempuan bahawa penjagaan kendiri terutamanya sistem yang berkaitan dengan peranakan adalah perlu dititik beratkan dari peringkat awal lagi. Pelbagai tip-tip yang telah diberikan oleh beliau diantaranya ialah kaedah penggunaan jenis tuala wanita yang sebenar mengikut kaedah yang terbaik dan banyak lagi...Tahniah dan syabas kepada Unit HEM yang begitu prihatin dengan permasalahan ini.