Sunday, 3 October 2010

JEMPUTAN WALIMATUL URUS


Bagi pihak Cikgu Khuzaimi ingin menjemput semua warga SMKPP ke majlis walimatulurus adik lelaki beliau pada ketetapan berikut :
  • Sabtu 9 Oktober 2010
  • Tempat : Kg. Besar, MK Padang Hang, Alor Star Kedah
  • Jam : 12.00 tgh - 6.00 ptg
Sila rujuk peta untuk ke tempat majlis tersebut....
Kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi suasana majlis tersebut.....
Jom ramai-ramai pi serang kenduri tersebut.....

Friday, 1 October 2010

Program Sederap Menjana Kecemerlangan Ting. 3 & 5 2010







Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada SMKPP dan PIBG kerana telah berjaya melaksanakan satu lagi program disaat-saat terakhir ini utk kecemerlangan pelajar PMR dan SPM pada 28 Sept 2010....Program yang telah dilaksanakan oleh Penceramah Motivasi Terkenal Tn. Hj. Ramli mantan pengetua SMK Agama Yan....Program yang berjaya menitiskan lambakan air mata keinsafan setiap pelajar, guru dan waris insyallah akan memberi impak yang akan menggembirakan nanti insyallah...Semoga semua pelajar akan berusaha dengan lebih gigih lagi dengan sokongan dari kedua ibubapa serta guru...

Tuesday, 28 September 2010

SMKPP melakar nama di persada dunia


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah terpilih utk melaksanakan Program TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study 2011) pada 27 Oktober 2010.Perlaksanaannya adalah berdasarkan maklumat yang akan diberitahu oleh unit EPRD Kementerian Pelajaran tidak lama lagi..Seramai 40 orang pelajar Tingk. 2 sahaja yang akan menduduki peperiksaan penilaian TIMSS iaitu utk Matematik dan Sains. Keputusan peperiksaan itu nanti akan dinilaikan dan dibanding bezakan dengan 62 buah negara didunia ini untuk melihat tahap pencapai P&P Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga dengan sumbangan serta kerjasama SMKPP akan dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Malaysia....Tahniah dan Syabas. Mesyuarat Penataraan TIMSS ini telah diwakili oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Salleh dan Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Insyallah perlaksaan itu akan dilaksanakan nanti sebagai persediaan sebelum ujian sebenar TIMSS pada 27 Oktober ini....Semoga berjaya.

Monday, 27 September 2010

Jamuan Hari Raya SMKPP

Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Guru SMKPP... "Meriah dan Ceria".. terima kasih kepada warga SMKPP yang sama-sama menjayakan sambutan ini...Dan paling tidak dilupakan juga ialah kepada semua guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...dan yang paling utama ialah penyedia masakan yang sedap-sedap sememangnya guru-guru SMKPP bukan hanya seorang pendidik malah salah seorang chief (tukang masak ) yang berkaliber....Beruntung semua pelajar parit panjang yang mendapat chef merakap guru yang penuh dedikasi...Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua.

Sunday, 26 September 2010

Penyediaan Makanan Jamuan Hari Raya SMKPP

Pulun sungguh cikgu-cikgu SMKPP membalut ketupat, menyediakan bahan nasi minyak dan kuah kacang.....Cikgu-cikgu SMKPP memang hebat-hebat....Pandai masak rupanya semua...cuma tak mahu tunjuk skill saje...Syabas kepada guru-guru yang bertugas.....Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga.....

Majlis Jamuan Hari Raya Asrama SMKPP

Warga guru, kakitangan dan pelajar asrama SMKPP menjamu selera sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di dewan makan asrama SMKPP.
"Menu wajib -AISKRIM" - Identiti Asrama SMKPP...............

Tuesday, 21 September 2010

Ahlan WahSah lan GK Kemanusiaan


Syabas dan tahniah kepada GK Kemanusiaan SMKPP yg baru iaitu Cikgu Ishak b. Md Isa. Berasal dari Baling, Kedah . Anak jati Kedah yang telah menabur bakti sejak 1993 di SM Chung Hua Tenom, Sabah, diikuti 1995 di SMK Tunku Putra Baling dan terus ke SMK Parit Panjang mulai Sept 2010. Beliau kini mengajar Sejarah dan Bahasa Melayu menengah atas. Falsafah hidup beliau BERUSAHA dan BERTAWAKAL.

Kajian Tindakan yang terpilih

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi dan Teacher Shuhana diatas terpilihnya kajian tindakan masing-masing untuk keperingkat negeri Kedah(Peringkat Laporan). Tema kajian tindakan tersebut ialah seperti berikut:
  1. Teacher Shuhana : LET’S “BOGTRYFER” : MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KATA B AHASA INGGERIS

2.
Cikgu Ismi Kamarul Sham : F.I.F.A dalam Sains

Sunday, 19 September 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah.....

Setelah 2 minggu cuti beraya, warga smkpp kembali menunaikan kewajipan masing2.... Pelajar ting 5 meneruskan perjuangan menghadapi peperiksaan percubaan SPM... Warga blogger mengucapkan selamat maju jaya....

Sunday, 5 September 2010

Congratulation for new born


Tahniah kepada Cikgu Devi di atas kelahiran putera baru beliau pada 4 Sept 2010. Saiz anak yang agak besar iaitu 2.77 kg...Tentunya dengan kehadiran ahli keluarga yang baru akan dapat memeriahkan lagi suasana kehidupan keluarga beliau....Syabas dan tahniah dari MGKSMKPP

Friday, 3 September 2010

KUTIPAN DANA PALESTIN GAZA 2010

Jazakallah kepada semua penderma Mangsa GAZA Palestin yang telah dilancarkan hampir sebulan di bulan Ramadhan diperingkat sekolah...Jumlah yang telah terkumpul ialah sebanyak RM640 dan akan disalurkan terus kepada Life Line 4 Gaza.. secara online bankin.....Semua penderma boleh menyemak senarai SMK Parit Panjang sebagai salah satu agensi penderma tabung Life Line 4 GAZA di laman website seperti berikut itu nanti, insyallah....
Web GAZA

Majlis Khatam Al-Quran 2010









Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam SMK Parit Panjang kerana telah berjaya melaksanakan program Ihya Ramadhan disepanjang bulan Ramadhan dan acara kemuncaknya Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Terbuka SMKPP pada 2 Sept 2010 (23 Ramadhan 1431H) yang penuh gilang gemilang. Program yang bermula mulai jam 10.30 pg dengan Alunan Zikir-zikir sementara menanti perhimpunan semua pelajar kecuali pelajar Ting. 5 yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran (Ayat-ayat Lazim) oleh para tadarus yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Bacaan ayat-ayat lazim tersebut lebih bermakna lagi dengan tayangan multimedia agar semua penonton dapat sama-sama membaca di layar putih.
Seterusnya diikuti dengan Kuliah Ramadhan yang telah diceramahkan oleh Ust. Kamarudin, Ust. Basharudin dan Ust Hapiz serta telah dikoordinatorkan oleh Cikgu Md. Nor...Selepas itu penyampaian sijil penghargaan serta saguhati kepada semua ahli tadarus seramai 30 orang pelajar.
Akhir sekali majlis bersalaman diantara semua guru-guru dan pelajar disamping pemberian duit raya kepada semua pelajar yang telah ditaja oleh pihak koperasi SMK Parit Panjang.
Akhir kalam, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah melaksanakan program ihya ramadhan serta Majlis Khatam Al-Quran secara langsung dan tidak langsung dengan begitu berjaya sekali... Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa bakti semua pihak. Selamat Berhari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin daripada MGK SMKPP utk semua.
Berhati-hati dijalanraya ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.....
Wassalam

Tuesday, 31 August 2010

IFTAR PERDANA SMKPP





Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP yang dapat hadir ke majlisIftar Perdana SMKPP yang telah berlangsung pada 27 Ogos 2010 sempena Hari Nuzul Al-Quran baru-baru ini. Walaupun kehadiran staf SMKPP tidak begitu ramai namun suasana masih meriah kerana telah diraikan oleh staf yang hadir bersama keluarga masing-masing. Majlis yang sederhana namun dengan hidangan yang lazat dan enak oleh Catering Ar-Rahman (Tn. Hj. Fauzi b. Ramli), tayangan multimedia bercorak islamic oleh Majlis Guru khas untuk anak-anak staf, Tazkirah Sempena Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Fauzi b. Ramli serta ucapan pembakar semangat oleh Pengetua SMKPP sendiri Tn. Hj. Khadri b. Salleh telah memeriahkan lagi suasan Majlis Iftar pada kali ini....Syukuran

Majlis Tadarus & Pra-Khatam Perdana SMKPP





Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menjayakan program Tadarus serta Pra-Khatam Al-Quran pada 30 Ogos 2010 bertempat di Dewan Utama serta Surau SMKPP. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih utk membaca 30 juzuk secara serentak di surau dan bacaan tadarus serta ulasan yang telah disampaikan oleh Ust. Basharudin pada hari tersebut. Program yang telah dirancangkan oleh panitia islam bersama Majlis Guru & Kakitangan selama sebulan iaitu Program Ihya' Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Linangan air mata pasti mengiringi pemergian bulan barakah ini untuk mereka-mereka yang begitu menghayati bulan rahmat ini....Tidak ada kepastian bahawa ramadhan yang akan datang menjadi milik kita, dari itu baki ramadhan yang masih ada agar dapat dimanafaatkan sebaik mungkin sebelum pemergiannya...Insyallah Majlis Khatam sepenuhnya akan berlangsung pada hari Khamis iaitu 2 September 2010 di Dewan Terbuka SMKPP...Justeru itu dijemput semua warga SMKPP agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut......

Sunday, 29 August 2010

SMKPP MEMBINA BUDAYA INSAN PENYAYANG



Syabas kepada SMK Parit Panjang di atas keprihatinan melancarkan Kutipan Tabung GAZA yang telah diuruskan oleh Majlis Guru dan Kakitangan SMKPP.....Majlis penyerahan kutipan telah dibuat pada 29 Ogos 2010 waktu perhimpunan pagi dengan jumlah terkumpul RM635..dan telah diserahkan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Jamsiah bt. Shariff kepada Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh....Semoga dengan pembinaan naluri kemanusiaan yang telah dilancarkan ini dapat membina insan yang cemerlang dan gemilang khasnya kepada pelajar-pelajar.