Friday 3 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran 2010









Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam SMK Parit Panjang kerana telah berjaya melaksanakan program Ihya Ramadhan disepanjang bulan Ramadhan dan acara kemuncaknya Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Terbuka SMKPP pada 2 Sept 2010 (23 Ramadhan 1431H) yang penuh gilang gemilang. Program yang bermula mulai jam 10.30 pg dengan Alunan Zikir-zikir sementara menanti perhimpunan semua pelajar kecuali pelajar Ting. 5 yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran (Ayat-ayat Lazim) oleh para tadarus yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Bacaan ayat-ayat lazim tersebut lebih bermakna lagi dengan tayangan multimedia agar semua penonton dapat sama-sama membaca di layar putih.
Seterusnya diikuti dengan Kuliah Ramadhan yang telah diceramahkan oleh Ust. Kamarudin, Ust. Basharudin dan Ust Hapiz serta telah dikoordinatorkan oleh Cikgu Md. Nor...Selepas itu penyampaian sijil penghargaan serta saguhati kepada semua ahli tadarus seramai 30 orang pelajar.
Akhir sekali majlis bersalaman diantara semua guru-guru dan pelajar disamping pemberian duit raya kepada semua pelajar yang telah ditaja oleh pihak koperasi SMK Parit Panjang.
Akhir kalam, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah melaksanakan program ihya ramadhan serta Majlis Khatam Al-Quran secara langsung dan tidak langsung dengan begitu berjaya sekali... Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa bakti semua pihak. Selamat Berhari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin daripada MGK SMKPP utk semua.
Berhati-hati dijalanraya ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.....
Wassalam

No comments:

Post a Comment