Tuesday 28 September 2010

SMKPP melakar nama di persada dunia


Tahniah dan syabas kepada SMKPP kerana telah terpilih utk melaksanakan Program TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study 2011) pada 27 Oktober 2010.Perlaksanaannya adalah berdasarkan maklumat yang akan diberitahu oleh unit EPRD Kementerian Pelajaran tidak lama lagi..Seramai 40 orang pelajar Tingk. 2 sahaja yang akan menduduki peperiksaan penilaian TIMSS iaitu utk Matematik dan Sains. Keputusan peperiksaan itu nanti akan dinilaikan dan dibanding bezakan dengan 62 buah negara didunia ini untuk melihat tahap pencapai P&P Malaysia di peringkat antarabangsa. Semoga dengan sumbangan serta kerjasama SMKPP akan dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Malaysia....Tahniah dan Syabas. Mesyuarat Penataraan TIMSS ini telah diwakili oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Salleh dan Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail. Insyallah perlaksaan itu akan dilaksanakan nanti sebagai persediaan sebelum ujian sebenar TIMSS pada 27 Oktober ini....Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment