Tuesday 31 August 2010

Majlis Tadarus & Pra-Khatam Perdana SMKPP





Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menjayakan program Tadarus serta Pra-Khatam Al-Quran pada 30 Ogos 2010 bertempat di Dewan Utama serta Surau SMKPP. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih utk membaca 30 juzuk secara serentak di surau dan bacaan tadarus serta ulasan yang telah disampaikan oleh Ust. Basharudin pada hari tersebut. Program yang telah dirancangkan oleh panitia islam bersama Majlis Guru & Kakitangan selama sebulan iaitu Program Ihya' Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Linangan air mata pasti mengiringi pemergian bulan barakah ini untuk mereka-mereka yang begitu menghayati bulan rahmat ini....Tidak ada kepastian bahawa ramadhan yang akan datang menjadi milik kita, dari itu baki ramadhan yang masih ada agar dapat dimanafaatkan sebaik mungkin sebelum pemergiannya...Insyallah Majlis Khatam sepenuhnya akan berlangsung pada hari Khamis iaitu 2 September 2010 di Dewan Terbuka SMKPP...Justeru itu dijemput semua warga SMKPP agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut......

No comments:

Post a Comment