Showing posts with label Pengerusi MGKSMKPP2009. Show all posts
Showing posts with label Pengerusi MGKSMKPP2009. Show all posts

Monday, 9 March 2009

Sambutan Maulidur Rasul


Akum semua, Pejam celik, pejam celik sudah sampai Maulidur Rasul (12 Rabiul Awal 1430 H). Hampir 1400 tahun rasullulah meninggalkan kita semua, namun bahang rasa kerinduan terhadap diri baginda tetap kita rasai dan semoga semakin menebal. Walaupun kita semua tidak berpeluang utk menatap wajah baginda yang dikasihi namun tingkah laku dan tunjuk ajarnya dalam mentaati Allah telah baginda ajarkan kepada kita semua dan pastinya sedang kita amalkan. Sayangnya baginda terhadap umatnya memang tidak dapat kita tandingi. Justeru itu marilah sama-sama kita mengucapkan salawat ke atas baginda s.a.w sebanyak mungkin. Apa yang penting, apabila tiba sahaja kedatangan Maulidur Rasul, maka hendaklah kita semua mengambil iktibar dari sirah baginda dan cuba kaitkan dengan suasana dan keadaan dikala ini dan bagaimana ianya mempunyai hubungan kait yang cukup banyak serta memberi manafaat kepada dunia kita hari ini, Insyallah. Wallahualam

Sunday, 15 February 2009

Pembinaan Blog

A'kum dan Salam Sejahtera...
Blog adalah satu medium yang sungguh berkesan dan mudah untuk dibina oleh sesiapa sahaja dengan mempunyai tujuan objektif . Ia bergantung kepada individu yang membinanya...Untuk itu seiring dengan pembangunan dunia ICT yang tanpa sempadan dikala ini adalah amat sesuai sekiranya semua warga pendidik dapat membina blog masing-masing atas tujuan yang positif.....
Saya ingin mencadangkan agar satu kursus ringkas dapat dibuat di peringkat sekolah untuk memberi pendedahan awal kepada semua warga MGKSMKPP dalam menimba ilmu pembinaan blog...

Wassalam

Progam Tahunan MGKSMKPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua guru dan staff.

Insyallah pada tahun 2009 ni, saya selaku Pengerusi MGKSMKPP yang baru dilantik telah pun berbincang dengan ahli J/Kuasa yang lain untuk merancang beberapa program dalam usaha untuk mengujudkan senario budaya yang sihat diantara golongan pendidik dan juga kakitangan khasnya.
Pertama sekali saya menyeru kepada semua ahli MGKSMKPP 2009 agar dapat memberikan idea-idea yang bernas demi pembangunan modal insan kita semua.
Disamping kepada semua yang telah menyumbangkan idea melalui borang soal selidik serta cadangan-cadangan program akan kami pertimbangkan untuk kita jayakan bersama, insyallah.
Tidak lupa juga diharapkan kepada semua ahli dapat menyegerakan bayaran yuran tahunan MGKSMKPP sebanyak RM50/setahun agar dapat kita laksanakan program-program yang telah kita rancangkan, insyallah.
Cadangan program akan dipaparkan dipapan kenyataan dalam masa terdekat,insyallah. So, sila rujuk papan kenyataan MGKSMKPP bersebelahan dengan pintu luar pejabat pentadbiran...

Wassalam

Persiapan Temasya Sukan

19 Feb 2009 ....Hari Sukan SMK Parit Panjang yang ke 22....Banyak tahun rupanya sukan sekolah ini..Pastinys Sheikh Zamri dok sibuk membuat persiapan terakhir ye.....Diharapkan bukan Sheikh Zamri sahaja yang sibuk....lain-lain guru pun kena turut serta menyibukkan dirinya......Apaaaaa yang Penting......KERJA SAMA.......Diharapkan sukan kali ini dapat berjalan dengan jayanya, insyallah.....
Sukan Merentas Desa sudah selesai, Sukan Tara pun selesai....diharap kemuncak Sukan Sekolah juga akan berjalan lancar, insyallah......
Seperti tahun-tahun sebelum ini pertandingan antara Rumah Biru, Hijau, Merah dan Kuning, sebenarnya adalah pertandingan antara guru-guru juga....bukannya anak murid sahaja.....Bersungguh rupanya guru-guru ni ye.....Syabas....Semoga dalam pedagogy juga ye, insyallah......Kalau tahun lepas Rumah Biru menjadi Juara keseluruhan....Tahun ini rumah apa pulak........

Ujian Bulanan

Pejam celik pejam celik, bulan Feb dah hampir nak habis...rasanya masa bergerak begitu pantas dan jangan lupa 23 Feb 2009 ni bermula Ujian Bulanan Satu. So, kepada semua guru....soalan perlu disiapkan dengan pantas dan jangan tak sempat di riso pulak ye....nanti kena fotostat sendiri....
Kepada pelajar sekelian....walaupun sibuk dengan Sukan Tara dan sat lagi 19 Feb 2009 akan berlangsung Sukan Sekolah pulak....jangan terleka pula ye.....Cuaca memang panas dan terik....jaga kesihatan....selalu minum air dan kalau penat bersukan sekali pun jangan lupa mengulangkaji ye....