Satu taklimat kajian tindakan telah dihadiri oleh Cikgu Ismi dan Cikgu Wan Rosnita di SMK Kuala Ketil pada 24 Mac 2009. Terdapat beberapa perkara positif yang patut dikongsikan bersama iaitu melalui kajian tindakan :
- Guru dapat menganalisa kaedah pengajaran yang dilakukan kini mempunyai kesan yang paling optimum atau tidak.
- Guru sebagai penyelidik (bertaraf saintif tuuu)
- Guru dapat mengesan kelemahan pelajar dalam kefahaman pengajaran secara berkesan.
- Guru akan sentiasa dapat memperbaiki kaedah pedagogi dari masa ke semasa.
- Guru dapat mendokumentasikan kaedah P&P dan tidak terbuang begitu saja.
- Kaedah P&P dapat dikongsi bersama kepada lain-lain guru di Malaysia sekiranya kaedah tersebut telah dibukukan.
- Dapat membantu lain-lain guru dalam teknik P&P dengan kadar yang pantas.
- Keutamaan kepada guru dalam pemilihan untuk dinilaikan sebagai Guru Cemerlang
- Dapat mengujudkan suasana P&P dengan lebih ceria dan berbaloi.
No comments:
Post a Comment