Friday, 27 February 2009

Selamat Datang kepada Guru-Guru Baru 2009

MGK SMKPP mengucapkan Ahlan Wasah Lan kepada guru-guru baru yang telah melaporkan diri ke sekolah SMKParit Panjang. Semoga dengan kehadiran kalian semua akan menambahkan lagi kualiti pedagogi serta mampu menjana kecemerlangan akademik anak bangsa, insyallah.

En. Mat Zaini B. Abdullah
Guru Kanan Teknologi & Vokasional





Cikgu Khairiah
Tahniah kerana menjadi warga pendidik dan warden sekaligus. Nanti tolong updatekan data ke laman blog ini nanti. Semoga keceriaan cikgu dapat menjanakan sikap pelajar asrama untuk terus lebih dinamik. Syabas




Cikgu Siti Zainatun Kasmah bt. Mohd Zainol
13 Dec 1983. Sekolah pertama di SMKPP. Berkelulusan dari UPSI dalam jurusan Reka Cipta. Ijazah Sains Komputer-Sistem Komputer Dalam Rangkaian di KUKTEM. Anak jati Alor Star. Tahniah




Cikgu Tahirah bt.Mat Tahir.
28 Mac 1984GSST di SMKPP dan mengajar matapelajaran English, Maths dan Science. Berkelulusan dalam jurusan IT Software Engineering di Multimedia University Melaka. Hebattuuuuuu........boleh bantu cikgu-cikgu lain dalam komputer ye...




Cikgu Asniza bt. Abdullah.
Cikgu yang banyak pengalaman dalam bidang kewartawanan. Syabas. Nanti boleh bantu untuk merekacipta bentuk laporan dan blog ni ye.




Cikgu Jalina Bt. Hj. Din
28 Mac 1982
GSST - B.Malaysia, Sivik dan Seni Visual
Berkelulusan dari UMS Sabah pada tahun 2007 dalam Jurusan Banking Finance
Anak jati Kuala Ketil.

Cikgu Nor Asyikin Bt. Md Yusof
GSST -English
Berkelulusan dalam bidang Degree Islamic Banking di UITM Merbok

Tuesday, 24 February 2009

Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama


KP Sains , Pn Wan Rosnita sedang mengendalikan Mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama utk 2009. Banyak hal yang telah diperbincangkan. Syabas kepada Pn Nor Zanna kerana telah dilantik menjadi SU utk tahun 2009.

Buletin MGKSMKPP


Salam sejahtera semua warga SMKPP...

Insyallah Newletter ringkas dari MGKSMKPP akan dikeluarkan tidak lama lagi. Semoga dengan terbitnya Newletter MGK SMKPP itu nanti akan dapat merapatkan lagi hubungan diantara semua warga MGKSMKPP, insyallah.

Justeru itu satu nama khas untuk Buletin itu sedang difikirkan.....Atau ada sesiapa yang ingin menyumbangkan idea utk nama buletin ini nanti sangat-sangat dialukan.....

Sunday, 22 February 2009

Perutusan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan

Perutusan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan telah disampaikan oleh Cikgu Zamri pada Hari Perhimpunan 22 Feb 2009. Antara kandungan perutusan tersebut adalah seperti berikut:

  • Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan setiap tahun iaitu pada 19 Februari.
  • KPM diarahkan merancangkan program anti dadah diperingkat sekolah.
  • 60% jenayah yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada gejala dadah.
  • Keruntuhan Sosio-Ekonomi akan menyebabkan keruntuhan agenda negara dalam sektor pembangunan.
  • Usaha pencegahan lebih baik daripada mengubati penyakit barah ini (dadah)

Prinsip Pencegahan telah digarispandukan seperti berikut:

  1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDA.
  2. Pendidikan pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.
  3. Pengetahuan, kemahiran,nilai,pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
  5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah.
  6. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

SEKOLAH BEBAS DADAH PADA 2012 DAN NEGARA BEBAS DADAH PADA 2015

Thursday, 19 February 2009

Temasya Sukan Sekolah 2009








S/usaha Sukan Sheikh Zamri dipantau oleh PK KOKO Pn Che Maznah.....

Pihak MGK SMKPP ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah melibatkan diri serta usaha gigih semaksima untuk menjayakan sukan tahunan 2009 peringkat sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada YDP PIBG SMK Parit Panjang kerana telah sudi untuk merasmikan kejohanan sukan tersebut.
Walaupun di dalam suasana cuaca yang amat panas, tetapi ia tidak melenturkan semangat semua para atlit dan guru rumah-rumah sukan.
Juara rumah sukan pada tahun 2009 telah disandang oleh Rumah Biru diikuti Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Tahniah kepada para pemenang. Semoga kecemerlangan kejohanan sukan akan turut dibawa bersama dengan kecemerlangan dalam bidang amademik, Insyallah.
Majulah sukan untuk sekolah dan negara.

Wednesday, 18 February 2009

Pra Sukan SMKPP 2009

Ewah-ewah....panas terik pun masih boleh kawat sambil senyum.Syabas!!!!!!
Alahai....bila nak stop ni.....panas ni....habis hitam kulit pelajar ni....Apapun syabas kerana berjaya buat sungguh-sungguh.


Diantara suasana persiapan terakhir oleh guru-guru dan pelajar utk Temasya Sukan kali ke 22 pada 19 Feb 2009 ini. Syabas kepada semua guru dan para pelajar yang telah dan sedang bertungkus lumus untuk menjayakannya.

Sunday, 15 February 2009

Pembinaan Blog

A'kum dan Salam Sejahtera...
Blog adalah satu medium yang sungguh berkesan dan mudah untuk dibina oleh sesiapa sahaja dengan mempunyai tujuan objektif . Ia bergantung kepada individu yang membinanya...Untuk itu seiring dengan pembangunan dunia ICT yang tanpa sempadan dikala ini adalah amat sesuai sekiranya semua warga pendidik dapat membina blog masing-masing atas tujuan yang positif.....
Saya ingin mencadangkan agar satu kursus ringkas dapat dibuat di peringkat sekolah untuk memberi pendedahan awal kepada semua warga MGKSMKPP dalam menimba ilmu pembinaan blog...

Wassalam

Progam Tahunan MGKSMKPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua guru dan staff.

Insyallah pada tahun 2009 ni, saya selaku Pengerusi MGKSMKPP yang baru dilantik telah pun berbincang dengan ahli J/Kuasa yang lain untuk merancang beberapa program dalam usaha untuk mengujudkan senario budaya yang sihat diantara golongan pendidik dan juga kakitangan khasnya.
Pertama sekali saya menyeru kepada semua ahli MGKSMKPP 2009 agar dapat memberikan idea-idea yang bernas demi pembangunan modal insan kita semua.
Disamping kepada semua yang telah menyumbangkan idea melalui borang soal selidik serta cadangan-cadangan program akan kami pertimbangkan untuk kita jayakan bersama, insyallah.
Tidak lupa juga diharapkan kepada semua ahli dapat menyegerakan bayaran yuran tahunan MGKSMKPP sebanyak RM50/setahun agar dapat kita laksanakan program-program yang telah kita rancangkan, insyallah.
Cadangan program akan dipaparkan dipapan kenyataan dalam masa terdekat,insyallah. So, sila rujuk papan kenyataan MGKSMKPP bersebelahan dengan pintu luar pejabat pentadbiran...

Wassalam

Persiapan Temasya Sukan

19 Feb 2009 ....Hari Sukan SMK Parit Panjang yang ke 22....Banyak tahun rupanya sukan sekolah ini..Pastinys Sheikh Zamri dok sibuk membuat persiapan terakhir ye.....Diharapkan bukan Sheikh Zamri sahaja yang sibuk....lain-lain guru pun kena turut serta menyibukkan dirinya......Apaaaaa yang Penting......KERJA SAMA.......Diharapkan sukan kali ini dapat berjalan dengan jayanya, insyallah.....
Sukan Merentas Desa sudah selesai, Sukan Tara pun selesai....diharap kemuncak Sukan Sekolah juga akan berjalan lancar, insyallah......
Seperti tahun-tahun sebelum ini pertandingan antara Rumah Biru, Hijau, Merah dan Kuning, sebenarnya adalah pertandingan antara guru-guru juga....bukannya anak murid sahaja.....Bersungguh rupanya guru-guru ni ye.....Syabas....Semoga dalam pedagogy juga ye, insyallah......Kalau tahun lepas Rumah Biru menjadi Juara keseluruhan....Tahun ini rumah apa pulak........

Ujian Bulanan

Pejam celik pejam celik, bulan Feb dah hampir nak habis...rasanya masa bergerak begitu pantas dan jangan lupa 23 Feb 2009 ni bermula Ujian Bulanan Satu. So, kepada semua guru....soalan perlu disiapkan dengan pantas dan jangan tak sempat di riso pulak ye....nanti kena fotostat sendiri....
Kepada pelajar sekelian....walaupun sibuk dengan Sukan Tara dan sat lagi 19 Feb 2009 akan berlangsung Sukan Sekolah pulak....jangan terleka pula ye.....Cuaca memang panas dan terik....jaga kesihatan....selalu minum air dan kalau penat bersukan sekali pun jangan lupa mengulangkaji ye....

Salam Ukhuwah

Syukur Alhamdulillah, kerana telah diberi kekuatan dan semangat serta nilai jati diri oleh Allah s.w.t utk kami semua warga pendidik SMK Parit Panjang, Kupang untuk mengembangkan lagi sayap dalam erti kata mendidik anak bangsa kearah menghasilkan insan yang kamil. Sesempurna yang mungkin dalam bidang akademik serta nilai sahsiah yang terbaik, insyallah.
Justeru dengan terbinanya satu blog ringkas, agar ia dapat dijadikan salah satu wadah atau medium kepada semua warga pendidik dalam ertikata berkongsi maklumat untuk kemajuan bidang pedagogi ini nanti, insyallah.