Sunday 22 February 2009

Perutusan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan

Perutusan Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan telah disampaikan oleh Cikgu Zamri pada Hari Perhimpunan 22 Feb 2009. Antara kandungan perutusan tersebut adalah seperti berikut:

  • Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan setiap tahun iaitu pada 19 Februari.
  • KPM diarahkan merancangkan program anti dadah diperingkat sekolah.
  • 60% jenayah yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada gejala dadah.
  • Keruntuhan Sosio-Ekonomi akan menyebabkan keruntuhan agenda negara dalam sektor pembangunan.
  • Usaha pencegahan lebih baik daripada mengubati penyakit barah ini (dadah)

Prinsip Pencegahan telah digarispandukan seperti berikut:

  1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDA.
  2. Pendidikan pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.
  3. Pengetahuan, kemahiran,nilai,pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
  5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah menjadi tanggungjawab semua warga sekolah.
  6. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

SEKOLAH BEBAS DADAH PADA 2012 DAN NEGARA BEBAS DADAH PADA 2015

No comments:

Post a Comment