Sunday 15 February 2009

Progam Tahunan MGKSMKPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua guru dan staff.

Insyallah pada tahun 2009 ni, saya selaku Pengerusi MGKSMKPP yang baru dilantik telah pun berbincang dengan ahli J/Kuasa yang lain untuk merancang beberapa program dalam usaha untuk mengujudkan senario budaya yang sihat diantara golongan pendidik dan juga kakitangan khasnya.
Pertama sekali saya menyeru kepada semua ahli MGKSMKPP 2009 agar dapat memberikan idea-idea yang bernas demi pembangunan modal insan kita semua.
Disamping kepada semua yang telah menyumbangkan idea melalui borang soal selidik serta cadangan-cadangan program akan kami pertimbangkan untuk kita jayakan bersama, insyallah.
Tidak lupa juga diharapkan kepada semua ahli dapat menyegerakan bayaran yuran tahunan MGKSMKPP sebanyak RM50/setahun agar dapat kita laksanakan program-program yang telah kita rancangkan, insyallah.
Cadangan program akan dipaparkan dipapan kenyataan dalam masa terdekat,insyallah. So, sila rujuk papan kenyataan MGKSMKPP bersebelahan dengan pintu luar pejabat pentadbiran...

Wassalam

1 comment:

  1. Ada sedikit pembetulan...Papan kenyataan untuk MGK tu telah diletak di luar bilik guru keluar ke kantin sekolah...Selalulah rujuk di situ ye.

    ReplyDelete