Monday, 27 September 2010

Jamuan Hari Raya SMKPP

Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Guru SMKPP... "Meriah dan Ceria".. terima kasih kepada warga SMKPP yang sama-sama menjayakan sambutan ini...Dan paling tidak dilupakan juga ialah kepada semua guru-guru dan staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung...dan yang paling utama ialah penyedia masakan yang sedap-sedap sememangnya guru-guru SMKPP bukan hanya seorang pendidik malah salah seorang chief (tukang masak ) yang berkaliber....Beruntung semua pelajar parit panjang yang mendapat chef merakap guru yang penuh dedikasi...Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua.

Sunday, 26 September 2010

Penyediaan Makanan Jamuan Hari Raya SMKPP

Pulun sungguh cikgu-cikgu SMKPP membalut ketupat, menyediakan bahan nasi minyak dan kuah kacang.....Cikgu-cikgu SMKPP memang hebat-hebat....Pandai masak rupanya semua...cuma tak mahu tunjuk skill saje...Syabas kepada guru-guru yang bertugas.....Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga.....

Majlis Jamuan Hari Raya Asrama SMKPP

Warga guru, kakitangan dan pelajar asrama SMKPP menjamu selera sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di dewan makan asrama SMKPP.
"Menu wajib -AISKRIM" - Identiti Asrama SMKPP...............

Tuesday, 21 September 2010

Ahlan WahSah lan GK Kemanusiaan


Syabas dan tahniah kepada GK Kemanusiaan SMKPP yg baru iaitu Cikgu Ishak b. Md Isa. Berasal dari Baling, Kedah . Anak jati Kedah yang telah menabur bakti sejak 1993 di SM Chung Hua Tenom, Sabah, diikuti 1995 di SMK Tunku Putra Baling dan terus ke SMK Parit Panjang mulai Sept 2010. Beliau kini mengajar Sejarah dan Bahasa Melayu menengah atas. Falsafah hidup beliau BERUSAHA dan BERTAWAKAL.

Kajian Tindakan yang terpilih

Syabas dan tahniah kepada Cikgu Ismi dan Teacher Shuhana diatas terpilihnya kajian tindakan masing-masing untuk keperingkat negeri Kedah(Peringkat Laporan). Tema kajian tindakan tersebut ialah seperti berikut:
  1. Teacher Shuhana : LET’S “BOGTRYFER” : MEMPERKAYAKAN PERBENDAHARAAN KATA B AHASA INGGERIS

2.
Cikgu Ismi Kamarul Sham : F.I.F.A dalam Sains

Sunday, 19 September 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah.....

Setelah 2 minggu cuti beraya, warga smkpp kembali menunaikan kewajipan masing2.... Pelajar ting 5 meneruskan perjuangan menghadapi peperiksaan percubaan SPM... Warga blogger mengucapkan selamat maju jaya....

Sunday, 5 September 2010

Congratulation for new born


Tahniah kepada Cikgu Devi di atas kelahiran putera baru beliau pada 4 Sept 2010. Saiz anak yang agak besar iaitu 2.77 kg...Tentunya dengan kehadiran ahli keluarga yang baru akan dapat memeriahkan lagi suasana kehidupan keluarga beliau....Syabas dan tahniah dari MGKSMKPP

Friday, 3 September 2010

KUTIPAN DANA PALESTIN GAZA 2010

Jazakallah kepada semua penderma Mangsa GAZA Palestin yang telah dilancarkan hampir sebulan di bulan Ramadhan diperingkat sekolah...Jumlah yang telah terkumpul ialah sebanyak RM640 dan akan disalurkan terus kepada Life Line 4 Gaza.. secara online bankin.....Semua penderma boleh menyemak senarai SMK Parit Panjang sebagai salah satu agensi penderma tabung Life Line 4 GAZA di laman website seperti berikut itu nanti, insyallah....
Web GAZA

Majlis Khatam Al-Quran 2010









Syabas dan tahniah kepada Panitia Pend. Islam SMK Parit Panjang kerana telah berjaya melaksanakan program Ihya Ramadhan disepanjang bulan Ramadhan dan acara kemuncaknya Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung di Dewan Terbuka SMKPP pada 2 Sept 2010 (23 Ramadhan 1431H) yang penuh gilang gemilang. Program yang bermula mulai jam 10.30 pg dengan Alunan Zikir-zikir sementara menanti perhimpunan semua pelajar kecuali pelajar Ting. 5 yang sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran (Ayat-ayat Lazim) oleh para tadarus yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru. Bacaan ayat-ayat lazim tersebut lebih bermakna lagi dengan tayangan multimedia agar semua penonton dapat sama-sama membaca di layar putih.
Seterusnya diikuti dengan Kuliah Ramadhan yang telah diceramahkan oleh Ust. Kamarudin, Ust. Basharudin dan Ust Hapiz serta telah dikoordinatorkan oleh Cikgu Md. Nor...Selepas itu penyampaian sijil penghargaan serta saguhati kepada semua ahli tadarus seramai 30 orang pelajar.
Akhir sekali majlis bersalaman diantara semua guru-guru dan pelajar disamping pemberian duit raya kepada semua pelajar yang telah ditaja oleh pihak koperasi SMK Parit Panjang.
Akhir kalam, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersusah payah melaksanakan program ihya ramadhan serta Majlis Khatam Al-Quran secara langsung dan tidak langsung dengan begitu berjaya sekali... Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa bakti semua pihak. Selamat Berhari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin daripada MGK SMKPP utk semua.
Berhati-hati dijalanraya ketika pulang ke kampung halaman masing-masing.....
Wassalam

Tuesday, 31 August 2010

IFTAR PERDANA SMKPP





Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP yang dapat hadir ke majlisIftar Perdana SMKPP yang telah berlangsung pada 27 Ogos 2010 sempena Hari Nuzul Al-Quran baru-baru ini. Walaupun kehadiran staf SMKPP tidak begitu ramai namun suasana masih meriah kerana telah diraikan oleh staf yang hadir bersama keluarga masing-masing. Majlis yang sederhana namun dengan hidangan yang lazat dan enak oleh Catering Ar-Rahman (Tn. Hj. Fauzi b. Ramli), tayangan multimedia bercorak islamic oleh Majlis Guru khas untuk anak-anak staf, Tazkirah Sempena Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ahmad Fauzi b. Ramli serta ucapan pembakar semangat oleh Pengetua SMKPP sendiri Tn. Hj. Khadri b. Salleh telah memeriahkan lagi suasan Majlis Iftar pada kali ini....Syukuran

Majlis Tadarus & Pra-Khatam Perdana SMKPP





Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menjayakan program Tadarus serta Pra-Khatam Al-Quran pada 30 Ogos 2010 bertempat di Dewan Utama serta Surau SMKPP. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih utk membaca 30 juzuk secara serentak di surau dan bacaan tadarus serta ulasan yang telah disampaikan oleh Ust. Basharudin pada hari tersebut. Program yang telah dirancangkan oleh panitia islam bersama Majlis Guru & Kakitangan selama sebulan iaitu Program Ihya' Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Linangan air mata pasti mengiringi pemergian bulan barakah ini untuk mereka-mereka yang begitu menghayati bulan rahmat ini....Tidak ada kepastian bahawa ramadhan yang akan datang menjadi milik kita, dari itu baki ramadhan yang masih ada agar dapat dimanafaatkan sebaik mungkin sebelum pemergiannya...Insyallah Majlis Khatam sepenuhnya akan berlangsung pada hari Khamis iaitu 2 September 2010 di Dewan Terbuka SMKPP...Justeru itu dijemput semua warga SMKPP agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut......

Sunday, 29 August 2010

SMKPP MEMBINA BUDAYA INSAN PENYAYANG



Syabas kepada SMK Parit Panjang di atas keprihatinan melancarkan Kutipan Tabung GAZA yang telah diuruskan oleh Majlis Guru dan Kakitangan SMKPP.....Majlis penyerahan kutipan telah dibuat pada 29 Ogos 2010 waktu perhimpunan pagi dengan jumlah terkumpul RM635..dan telah diserahkan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Jamsiah bt. Shariff kepada Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh....Semoga dengan pembinaan naluri kemanusiaan yang telah dilancarkan ini dapat membina insan yang cemerlang dan gemilang khasnya kepada pelajar-pelajar.

Thursday, 26 August 2010

Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009


Tahniah dan syabas kepada penerima-penerima APC 2009 dari SMKPP yang telah berlangsung di Dewan Utama MRSM Baling pada 25 Ogos 2010 semalam. Penerima anugerah tersebut ialah PK KOKO Pn. Che Maznah, En. Zamri, En. Zulkifli, En. Ismi Kamarul Sham b. Ismail, Ustz. Muziliyana dan Ustz Zabedah.Kepada yang telah menerima, semoga akan terus memberi perkhidmatan yang sentiasa berkualiti dan berinovatif dan bagi yang masih belum menerima anugerah ini, insyallah akan dipilih untuk masa-masa yang akan datang... Syabas dan Tahniah.

Sunday, 22 August 2010

Jemputan Iftar SMKPP


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...Pihak MGKSMKPP sekali lagi ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga MGKSMKPP yang sedang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dikesempatan ini juga, seperti tahun lepas, pihak MGK sekali lagi mengadakan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) di SMK Parit Panjang pada 27 Ogos 2010 hari Jumaat ini sempena Malam Nuzul Al-Quran...Justeru itu dijemput semua guru, staf dan pekerja beserta keluarga masing-masing untuk menghadirkan diri mulai jam 6.45 ptg pada tarikh tersebut. Semoga dengan kehadiran anda bersama keluarga akan memeriahkan lagi serta dapat mengiratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Wednesday, 18 August 2010

Drama Ramadhan Bersiri

























Sempena Bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan PROGRAM RAMADHAN TETAMU YANG DIRINDUI....

Salah satu pengisian yang dijalankan adalah Tontonan Drama Ramadhan Bersiri dibawah kendalian cikgu Ismi dan Kuzaimi.

Tuesday, 17 August 2010

Tazkirah Ramadhan













Alhamdulillah.... Warga guru dan staf SMKPP telah berkumpul bersama-sama di Surau SMKPP untuk mendengar tazkirah ramadhan yang bertajuk "Al-Quran Mukjizat Agung".

Tazkirah telah disampaikan oleh Utz. Basharuddin.

Monday, 16 August 2010

KEY IN MARKAH UJIAN OGOS DAN PERCUBAAN PMR 2010

Salam untuk semua guru SMK Parit Panjang yang sedang melaksanakan peperiksaan Ujian dan juga Percubaan PMR. Sebagai makluman, semua guru matapelajaran digalakkan mengisi markah sekiranya telah siap secara online melalui alamat email gmail masing-masing. Sila buka email anda dan sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ismi Kamarul Sham. Kepada guru-guru yang masih belum mendaftar email gmail sila berbuat demikian dan memaklumkan kepada En. Ismi untuk pengaktifan email anda untuk pengisian markah secara online... Sekian Terima Kasih di atas kerjasama anda...

Markah Percubaan PMR perlu diisi masuk sebelum 26 Ogos 2010 atas urusan seterusnya oleh SU PMR.
Markah Ujian perlu diisi masuk sebelum 30 Ogos 2010 atas urusan seterusnya oleh SU Dalaman.

Friday, 13 August 2010

Pengisian Markah Secara Online

MGK mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua penganut agama islam...Walaupun kesibukan berpuasa...namun peperiksaan ujian 2 (ujian 3), percubaan PMR dan SPM tetap diteruskan.....Justeru itu..pada kali ini, pengisian markah tidak lagi dibuat secara manual ke dalam fail, tetapi semua guru matapelajaran boleh mengisinya secara online melalui email masing-masing...Sila periksa Inbox email masing-masing (beralamat gmail) dan setelah dibuka fail tersebut, maka cikgu-cikgu boleh terus mengisinya pada bila-bila waktu dan dimana saja anda berada selagi dalam lingkungan internet terbuka...Atau cikgu boleh ikut langkah di bawah :
  1. Langkah satu : Klik Google
  2. Langkah dua : Klik gmail (Bahagian kiri atas)
  3. Isikan username anda (Bahagian kanan paparan)
  4. Isikan password anda.
  5. Klik Lnbox anda....
  6. Klik fail markah bulan ogos 2010
  7. Teruskan pengisian markah
Selamat mencuba....
CATATAN : Bagi guru yang masih belum mempunyai email gmail , mohon dibuka segera dan info kepada Cikgu Ismi untuk pengaktifan pengisian markah secara online...
Kerjasana anda amat-amat dialukan....

Wednesday, 11 August 2010

Pelancaran Ihya Ramadhan SMKPP 2010

SILA KLIK MONTAJ DI ATAS UNTUK DOWNLOAD

10 Ogos 2010, Bertempat di Dewan Terbuka SMK Parit Panjang.
Tahniah dan syabas kepada AJK IHYA Ramadhan SMKPP yang telah berjaya melaksanakan pelancaran di peringkat sekolah bagi membangkitkan rasa kesedaran dan persediaan rohani dan jasmani bagi meyambut tetamu yang dirindui iaitu Ramadah AlMubarak 1431H. Dengan pengisian program Ceramah Ihya Ramadan oleh Guru Cemerlang Pend. Islam Ust Mohd Hapizd b. Tahir serta gandingan mantap tayangan multimedia oleh Cikgu Ismi, insyallah sedikit sebanyak dapat menyentuh hati nurani semua pendengar majlis pelancaran ketika itu dalam menyiapkan diri menyambut kedatangan tetamu yang dirindui itu...Semoga penghayatan serta adunan amalan dalam bulan ramadan pada tahun ini dapat meningkatkan lagi kualiti ibadat kita semua, insyallah. Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan Al Mubarak...