Tuesday, 31 August 2010

Majlis Tadarus & Pra-Khatam Perdana SMKPP





Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah menjayakan program Tadarus serta Pra-Khatam Al-Quran pada 30 Ogos 2010 bertempat di Dewan Utama serta Surau SMKPP. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih utk membaca 30 juzuk secara serentak di surau dan bacaan tadarus serta ulasan yang telah disampaikan oleh Ust. Basharudin pada hari tersebut. Program yang telah dirancangkan oleh panitia islam bersama Majlis Guru & Kakitangan selama sebulan iaitu Program Ihya' Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. Linangan air mata pasti mengiringi pemergian bulan barakah ini untuk mereka-mereka yang begitu menghayati bulan rahmat ini....Tidak ada kepastian bahawa ramadhan yang akan datang menjadi milik kita, dari itu baki ramadhan yang masih ada agar dapat dimanafaatkan sebaik mungkin sebelum pemergiannya...Insyallah Majlis Khatam sepenuhnya akan berlangsung pada hari Khamis iaitu 2 September 2010 di Dewan Terbuka SMKPP...Justeru itu dijemput semua warga SMKPP agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut......

Sunday, 29 August 2010

SMKPP MEMBINA BUDAYA INSAN PENYAYANG



Syabas kepada SMK Parit Panjang di atas keprihatinan melancarkan Kutipan Tabung GAZA yang telah diuruskan oleh Majlis Guru dan Kakitangan SMKPP.....Majlis penyerahan kutipan telah dibuat pada 29 Ogos 2010 waktu perhimpunan pagi dengan jumlah terkumpul RM635..dan telah diserahkan oleh Penolong Kanan HEM Pn. Jamsiah bt. Shariff kepada Pengetua SMKPP Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh....Semoga dengan pembinaan naluri kemanusiaan yang telah dilancarkan ini dapat membina insan yang cemerlang dan gemilang khasnya kepada pelajar-pelajar.

Thursday, 26 August 2010

Tahniah Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009


Tahniah dan syabas kepada penerima-penerima APC 2009 dari SMKPP yang telah berlangsung di Dewan Utama MRSM Baling pada 25 Ogos 2010 semalam. Penerima anugerah tersebut ialah PK KOKO Pn. Che Maznah, En. Zamri, En. Zulkifli, En. Ismi Kamarul Sham b. Ismail, Ustz. Muziliyana dan Ustz Zabedah.Kepada yang telah menerima, semoga akan terus memberi perkhidmatan yang sentiasa berkualiti dan berinovatif dan bagi yang masih belum menerima anugerah ini, insyallah akan dipilih untuk masa-masa yang akan datang... Syabas dan Tahniah.

Sunday, 22 August 2010

Jemputan Iftar SMKPP


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...Pihak MGKSMKPP sekali lagi ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga MGKSMKPP yang sedang menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Dikesempatan ini juga, seperti tahun lepas, pihak MGK sekali lagi mengadakan Majlis Iftar (Berbuka Puasa) di SMK Parit Panjang pada 27 Ogos 2010 hari Jumaat ini sempena Malam Nuzul Al-Quran...Justeru itu dijemput semua guru, staf dan pekerja beserta keluarga masing-masing untuk menghadirkan diri mulai jam 6.45 ptg pada tarikh tersebut. Semoga dengan kehadiran anda bersama keluarga akan memeriahkan lagi serta dapat mengiratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Wednesday, 18 August 2010

Drama Ramadhan Bersiri

























Sempena Bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan PROGRAM RAMADHAN TETAMU YANG DIRINDUI....

Salah satu pengisian yang dijalankan adalah Tontonan Drama Ramadhan Bersiri dibawah kendalian cikgu Ismi dan Kuzaimi.

Tuesday, 17 August 2010

Tazkirah Ramadhan













Alhamdulillah.... Warga guru dan staf SMKPP telah berkumpul bersama-sama di Surau SMKPP untuk mendengar tazkirah ramadhan yang bertajuk "Al-Quran Mukjizat Agung".

Tazkirah telah disampaikan oleh Utz. Basharuddin.

Monday, 16 August 2010

KEY IN MARKAH UJIAN OGOS DAN PERCUBAAN PMR 2010

Salam untuk semua guru SMK Parit Panjang yang sedang melaksanakan peperiksaan Ujian dan juga Percubaan PMR. Sebagai makluman, semua guru matapelajaran digalakkan mengisi markah sekiranya telah siap secara online melalui alamat email gmail masing-masing. Sila buka email anda dan sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ismi Kamarul Sham. Kepada guru-guru yang masih belum mendaftar email gmail sila berbuat demikian dan memaklumkan kepada En. Ismi untuk pengaktifan email anda untuk pengisian markah secara online... Sekian Terima Kasih di atas kerjasama anda...

Markah Percubaan PMR perlu diisi masuk sebelum 26 Ogos 2010 atas urusan seterusnya oleh SU PMR.
Markah Ujian perlu diisi masuk sebelum 30 Ogos 2010 atas urusan seterusnya oleh SU Dalaman.

Friday, 13 August 2010

Pengisian Markah Secara Online

MGK mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua penganut agama islam...Walaupun kesibukan berpuasa...namun peperiksaan ujian 2 (ujian 3), percubaan PMR dan SPM tetap diteruskan.....Justeru itu..pada kali ini, pengisian markah tidak lagi dibuat secara manual ke dalam fail, tetapi semua guru matapelajaran boleh mengisinya secara online melalui email masing-masing...Sila periksa Inbox email masing-masing (beralamat gmail) dan setelah dibuka fail tersebut, maka cikgu-cikgu boleh terus mengisinya pada bila-bila waktu dan dimana saja anda berada selagi dalam lingkungan internet terbuka...Atau cikgu boleh ikut langkah di bawah :
  1. Langkah satu : Klik Google
  2. Langkah dua : Klik gmail (Bahagian kiri atas)
  3. Isikan username anda (Bahagian kanan paparan)
  4. Isikan password anda.
  5. Klik Lnbox anda....
  6. Klik fail markah bulan ogos 2010
  7. Teruskan pengisian markah
Selamat mencuba....
CATATAN : Bagi guru yang masih belum mempunyai email gmail , mohon dibuka segera dan info kepada Cikgu Ismi untuk pengaktifan pengisian markah secara online...
Kerjasana anda amat-amat dialukan....

Wednesday, 11 August 2010

Pelancaran Ihya Ramadhan SMKPP 2010

SILA KLIK MONTAJ DI ATAS UNTUK DOWNLOAD

10 Ogos 2010, Bertempat di Dewan Terbuka SMK Parit Panjang.
Tahniah dan syabas kepada AJK IHYA Ramadhan SMKPP yang telah berjaya melaksanakan pelancaran di peringkat sekolah bagi membangkitkan rasa kesedaran dan persediaan rohani dan jasmani bagi meyambut tetamu yang dirindui iaitu Ramadah AlMubarak 1431H. Dengan pengisian program Ceramah Ihya Ramadan oleh Guru Cemerlang Pend. Islam Ust Mohd Hapizd b. Tahir serta gandingan mantap tayangan multimedia oleh Cikgu Ismi, insyallah sedikit sebanyak dapat menyentuh hati nurani semua pendengar majlis pelancaran ketika itu dalam menyiapkan diri menyambut kedatangan tetamu yang dirindui itu...Semoga penghayatan serta adunan amalan dalam bulan ramadan pada tahun ini dapat meningkatkan lagi kualiti ibadat kita semua, insyallah. Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan Al Mubarak...

Friday, 6 August 2010

Sekitar Hari Anugerah Kecemerlangan SMKPP 2010



Syabas dan tahniah utk semua yang telah dianugerahkan dgn pelbagai kategori mengikut tahap masing-masing.

Thursday, 5 August 2010

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2010

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2010 yang akan berlangsung jam 9.00 pagi ini bertarikh 5 Ogos 2010 dan bertempat di Dewan Terbuka Utama SMK Parit Panjang. Majlis ini akan dirasmikan oleh Tokoh Guru 2010 Daerah Baling Sik 2010 iaitu Tn. Hj. Abdul Hamid b. Abdul Rahman. Tahniah juga kepada semua bakal penerima-penerima anugerah yang terdiri daripada kategori akademik, Sahsiah Pelajar, Kokurikulum, Kelab, Persatuan yang telah melakar kejayaan dari awal tahun hingga Julai 2010. Semoga dengan kejayaan ini akan mempertingkatkan lagi usaha dan memberi nilai motivasi kepada lain-lain unit serta pelajar yang dalam usaha melakar kegemilangan...Syabas dan tahniah.

Tuesday, 3 August 2010

PIBG DI PERHIMPUNAN PAGI SMKPP

Dalam proses pembangunan sahsiah pelajar SMKPP, ternyata komitmen dari semua pihak iaitu pelajar, guru dan waris amat-amat diperlukan..Justeru itu sebagai titik permulaan dalam menjayakan proses ini, pada 2 OGOS 2010 diperhimpunan pagi, YDP PIBG SMK Parit Panjang En. Abdullah b. Teh bersama En. Yunus Ismail Timbalan YDP SMK juga wakil PIBG telah turut sama turun padang bersama Pengetua dan guru-guru PIBG bagi menghadiri perhimpunan rutin sekolah. Terdapat beberapa amanat yang telah YDP sampaikan kepada semua pelajar terutamanya berkenaan dengan disiplin sekolah. Ternyata keprihatinan beliau dalam sama-sama membentuk modal insan ini amat dihargai. Semoga kehadiran beliau bersama lain-lain wakil PIBG ini akan diteruskan lagi dari masa kesemasa dalam usaha pembangunan nilai sahsiah pelajar amnya. Terima Kasih

Sunday, 1 August 2010

Pertandingan Roket Air Peringkat Daerah Baling/Sik 2010



Tahniah dan syabas kepada pasukan roket sekolah yang telah berjaya melancarkan 2 buah roket masing-masing namun mampu hanya di tempat ke 4 bagi acara roket jarak dan tempat ke 7 bagi acara roket payung terjun. Walaupun ini julung kali pertama menyertai pertandingan di peringkat daerah namun ia tetap telah memberi satu pengalaman yang sungguh bermakna kepada sekolah dan juga pelajar-pelajar yang telah menceburi program tersebut.

Kem Kecemerlangan PMR 2010

Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar PMR 2010 yang telah menjayakan Program Intensif Kecemerlangan Akademik dengan jayanya. Program yang telah bermula pada Khamis sehingga tengahari Jumaat yang telah diisi dengan pelbagai intensif program cukup memberi impak yang sungguh dinamik kepada para pelajar. Untuk julung kalinya program sebegini dilaksanakan telah memberi ruang kepada Panitia Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Geografi sebagai pelopor program. Insyallah untuk masa-masa akan datang program sebegini akan diberi ruang kepada panitia-panitia lain bagi melaksanakanya...
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pelopor program iaitu dikalangan guru-guru cemerlang SMK Parit Panjang yang terdiri daripada Ustaz Hapidz, Cikgu Halimaton dan Cikgu Wan Rosmini. Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kualiti keputusan akademik SMK Parit Panjang pada peperiksaan PMR dan SPM mulai tahun ini.

Saturday, 17 July 2010

Kursus LDP





Krusus LDP sedang berjalan ...Taklimaat mengenai sinopsis buku dan aplikasi ICT dalam kerjaya oleh En. Zaini dan En. Ismi Kamarul Sham....Semoga ilmu yang bermanafaat

Friday, 16 July 2010

Pelancaran Roket Air SMKPP

Majlis Penutupan Minggu Bahasa

Ucapan Penutupan oleh Pen. Kanan Pentadbiran Tn. Hj. Mat Judin b. Mat Amin

Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa (B.M,B.I dan B.Arab) kerana telah berjaya melaksanakan program mingguan bahasa yang telah berjalan selama satu minggu dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan dapat membina pengguasaan 3 bahasa itu tadi dengan jayanya. Pengolahan aplikasi bahasa yang dapat diterjemahkan kepada pelbagai metodologi telah membuka minda semua pelajar bahawa mempelajari apa jua bahasa sebenarnya tidak dengan hanya membaca buku semata-mata.. Sungguh-sungguh menarik dan semoga dapat diteruskan dari masa ke semasa agar nyalaan semangat mempelajari bahasa tidak malap dan terus terpadam di lain-lain masa...Syabas & tahniah.

Sunday, 11 July 2010

Pelancaran Minggu Bahasa & Kempen Membaca 2010




Syabas dan tahniah kepada semua AJK Minggu Bahasa SMKPP 2010 yang telah bertungkus lumus utk menjayakan sambutan minggu bahasa dan kempen membaca yang bermula 11-15 Julai 2010. Pelancaran telah dirasmikan oleh tuan pengetua SMKPP iaitu Tn. Hj. Khadri B. Mohd Salleh. Disamping itu sepanjang satu minggu, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti Kuiz, Pidato, Koir, Kalam Jamai', Coral Speaking, Languange Game, Crossword Puzzle, Mengarang Esei, Kaligrafi, Buku Skrap, Tasrif dan banyak lagi...Sungguh hebat....Semuanya itu khas utk pembinaan sahsiah dan ilmiah pelajar SMKPP....Syabas dan tahniah kepada semua panitia bahasa yang berusaha keras menjayakan minggu bahasa ini....

Friday, 2 July 2010

Sekitar Hari Kokurikulum SMKPP 2010

KAPT (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik

(Timbalan Komanden 2 PULAPA, Baling Kedah)


Aktiviti Memanah ( Kelab Cikgu Iqqbal)



Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah

Demonstrasi Taekwondo Pimpinan Cikgu Ismi

Pertandingan Kawad antara Unit Beruniform

Tahniah dan syabas kepada PK Kokurikulum (Pn. Che Maznah bt. Hashim) kerana telah berjaya melaksanakan program 3 in 1..iaitu Perkhemahan Perdana, Hari Koperasi dan Hari Kantin dengan jayanya bersama-sama dengan semua warga SMKPP yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan progaram gilang gemilang ini....Alhamdulillah dengan keadaan cuaca yang baik walaupun padang yang agak lembab tetapi semua perancangan telah berjaya direalisasikan dengan baik....Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menyumbang pelbagai perkara seperti wang ringgit dan tenaga kerja.....Hari Kemuncak tersebut telah dirasmikan oleh KAPT (PA) Mohd Johari bin Mohd Taufik (Timbalan Komanden 2 PULAPA, Baling Kedah) . Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan kawad unit uniform, gerai jualan, demostrasi taekwondo, pameran oleh agensi-agensi yang dijemput dan lain-lain lagi....Semoga program yang dapat membina sahsiah dan intelektual sebegini dapat diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang....