Sunday 1 August 2010

Kem Kecemerlangan PMR 2010

Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru dan pelajar PMR 2010 yang telah menjayakan Program Intensif Kecemerlangan Akademik dengan jayanya. Program yang telah bermula pada Khamis sehingga tengahari Jumaat yang telah diisi dengan pelbagai intensif program cukup memberi impak yang sungguh dinamik kepada para pelajar. Untuk julung kalinya program sebegini dilaksanakan telah memberi ruang kepada Panitia Islam, Panitia Bahasa Arab, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Geografi sebagai pelopor program. Insyallah untuk masa-masa akan datang program sebegini akan diberi ruang kepada panitia-panitia lain bagi melaksanakanya...
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pelopor program iaitu dikalangan guru-guru cemerlang SMK Parit Panjang yang terdiri daripada Ustaz Hapidz, Cikgu Halimaton dan Cikgu Wan Rosmini. Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kualiti keputusan akademik SMK Parit Panjang pada peperiksaan PMR dan SPM mulai tahun ini.

No comments:

Post a Comment