Thursday 24 May 2012

Sukantara SMKPP 2012

 
 
 
 
22 Mei 2012, SMKPP telah berjaya melaksanakan sukantara peringkat sekolah dan keputusannya Rumah Biru masih unggul menjadi johan. Diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memastikan kelancaran sukantara tersebut. Syabas...

Monday 21 May 2012

PELANCARAN MINGGU BAHASA 2012

20 Mei 2012, Dewan Terbuka SMKPP. Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa yang terdiri daripada Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kerana telah melancarkan Minggu Bahasa yang bermula pada 20 - 24 Mei 2012 ini. Majlis pelancaran yang dilaksanakan serba ringkas tetapi padat dan meriah adalah atas kerjasama dari semua pihak termasuk pelajar dan rakan-rakan guru. Ternyata hasil kerjasama yang begitu dinamik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program kempen minggu bahasa. Antaranya karangan buku scrap, Let's Boggel, Hiwar dan beraneka lagi dalam menggabung jalinkan 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Tidak ketinggalan juga nyanyian popular Maher Zain turut menjadi tarikan persembahan ketika majlis pelancaran Minggu Bahasa tempohari....

Thursday 17 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU SMKPP 2012



 
                       


                       
                       
                       

Selamat Hari Guru.....16 Mei 2012.. merupakan tarikh keramat seluruh malaysia dimana majlis sambutan hari guru disambut dengan begitu meriah sekali termasuklah kulawangsa SMK Parit Panjang. Pelbagai acara berupa majlis perasmian hari guru, sukaneka, petanque, futsal, persembahan nyanyian, sajak, drama, carol speaking, lakonan bahasa inggeris dan pelbagai lagi telah berlangsung dengan begitu meriah dan harmonis...Syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan tersebut terutamanya ajk pengelola yang terdiri daripada MGKSMKPP tahun 2012.....En. Termizi bersama rakan-rakan lain MGK.....Syabas dan tahniah di atas sumbangan anda......

Tuesday 15 May 2012

Majlis Penyerahan Van

 
 

Hari ini dalam sejarah SMK Parit Panjang. Tanggal 15 Mei 2012 bertempat di Bilik Gerakan PPD Baling/Sik satu majlis penyerahan van oleh pihak PPD Baling Sik kepada SMK Parit Panjang yang diwakili oleh Tn. Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh telah mencipta satu sejarah baru. Dengan penerimaan van tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan  banyak hal pengangkutan kepada warga SMK Parit Panjang terutamanya kepada seluruh pelajar asrama, tetapi ekoran kemudahan pengangkutan itu nanti akan meningkatkan lagi prestasi dari pelbagai sudut terutamanya Unit Hem dan Unit KOKO dalam pengurusan seharian itu nanti.
  Syukur Alhamdulillah di atas anugerah itu sehari sebelum sambutan hari guru 16 Mei 2012....Lakaran sejarah yang sungguh memberi makna. Tahniah dan syabas kepada semua pihak.

Monday 14 May 2012

LDP : Integriti Dalam Perkhidmatan

 
 
 
 12 Mei 2012 Sabtu bertempat di Makmal ICT SMK Parit Panjang telah berlangsung satu kursus LDP kali pertama yang bertemakan Integriti Dalam Perkhidmatan yang telah disampaikan dengan jayanya oleh penceramah yang di datangkan khas dari INTAN Wilayah Utara Sg. Petani iaitu En. Hassan b. Abdul Rahman. Pelbagai contoh dan permasalahan yang telah beliau perdengarkan untuk semua guru yang hadir, namun semuanya itu adalah merupakan batu loncatan kepda guru-guru untuk bergerak dengan lebih maju lagi dan berdaya saing. Disamping itu dalam menangani pelbagai permasalahan di sekolah sekiranya guru itu mengambil akan permasalah tersebut sebagai satu amanah yang di anugerahkan kepadanya maka semua hal akan menjadi positif. Justeru dapat menghasilkan output yang terbaik di dalam perkhidmatan. Itulah yang dimaksudkan dengan nilai integriti yang cemerlang dalam perkhidmatan.

PERTANDINGAN MAGGIE NESTLE


 
 

 Tahniah dan syabas kepada peserta SMKPP yang telah menyahut cabaran bertanding 'Iron-Chef' di SMK Sungai Layar pada 10 Mei 2012 yang lalu. Walaupun SMKPP hanya meraih di tempat ke4 daripada 10 buah sekolah yang bertanding, namun kejayaan  yang diperolehi daripada titik peluh pelajar serta guru pembimbing Cikgu Aminah, Cg. Ailis, Cg Khairiah dan ramai lagi amat berharga kepada semua terutamanya kepada peserta yang telah menimba pelbagai pengalaman diperingkat negeri kedah. Syabas sekali lagi dan semoga akan terus berjaya pada masa-masa akan datang. 

Tuesday 8 May 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

 
 
 Syabas dan semoga berjaya kepada semua pelajar SMKPP. Kini bermula pada 6 Mei 2012 - 20 Mei 2012 sedang bermulanya peperiksaan pertengahan tahun. Begitu pantas waktu berlalu dan kini di dalam serba kesibukan dengan pelbagai aktiviti, semua pelajar juga wajib menempuh peperiksaan yang akan dinilaikan dari sudut pencapaian akademik mereka masing-masing. Semoga tidak ada yang melakukan aktiviti yang kurang baik sewaktu musim peperiksaan ini.