Monday 14 May 2012

LDP : Integriti Dalam Perkhidmatan

 
 
 
 12 Mei 2012 Sabtu bertempat di Makmal ICT SMK Parit Panjang telah berlangsung satu kursus LDP kali pertama yang bertemakan Integriti Dalam Perkhidmatan yang telah disampaikan dengan jayanya oleh penceramah yang di datangkan khas dari INTAN Wilayah Utara Sg. Petani iaitu En. Hassan b. Abdul Rahman. Pelbagai contoh dan permasalahan yang telah beliau perdengarkan untuk semua guru yang hadir, namun semuanya itu adalah merupakan batu loncatan kepda guru-guru untuk bergerak dengan lebih maju lagi dan berdaya saing. Disamping itu dalam menangani pelbagai permasalahan di sekolah sekiranya guru itu mengambil akan permasalah tersebut sebagai satu amanah yang di anugerahkan kepadanya maka semua hal akan menjadi positif. Justeru dapat menghasilkan output yang terbaik di dalam perkhidmatan. Itulah yang dimaksudkan dengan nilai integriti yang cemerlang dalam perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment