Monday 21 May 2012

PELANCARAN MINGGU BAHASA 2012

20 Mei 2012, Dewan Terbuka SMKPP. Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa yang terdiri daripada Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kerana telah melancarkan Minggu Bahasa yang bermula pada 20 - 24 Mei 2012 ini. Majlis pelancaran yang dilaksanakan serba ringkas tetapi padat dan meriah adalah atas kerjasama dari semua pihak termasuk pelajar dan rakan-rakan guru. Ternyata hasil kerjasama yang begitu dinamik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program kempen minggu bahasa. Antaranya karangan buku scrap, Let's Boggel, Hiwar dan beraneka lagi dalam menggabung jalinkan 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Tidak ketinggalan juga nyanyian popular Maher Zain turut menjadi tarikan persembahan ketika majlis pelancaran Minggu Bahasa tempohari....

No comments:

Post a Comment