Monday, 8 October 2012

Majlis Pemberkatan Ilmu

                        
                       


8 Oktober 2012, di Dewan Utama SMK Parit Panjang telah berlangsung satu majlis pemberkatan ilmu yang telah dikendalikan oleh Cg.Hafifuddin selaku pengerusi majlis.Ucapan dari Penyelaras Ting. 3 Cg. Ismi Kamarul Sham bin Ismail, ucapan dari Tuan Pengetua dan juga ucapan dari Pn Hjh Halimaton berkenaan SPBT. Beberapa tips persediaan disaat akhir dan persediaan dalaman juga luaran turut disampaikan oleh Tuan Pengetua dan Cg. Ismi juga yang mana dapat memberi sedikit sebanyak azimat kepda semua pelajar PMR sebelum menduduki peperiksaan keesokkan harinya.Semoga dengan majlis ini dapat memberi kelapangan kepada semua guru dalam mencipta kejayaan....insyallah

Lawatan Sambil Belajar Pengawas ke Muzium Telekom

                        
                        
                        
                                                      
Tahniah dan syabas kepada 40 orang pengawas dan guru pengiring terutama PKHem Pn. Jamsiah, Cik Adila dan Sir Seberi yang telah bersusah payah membawa pengawas menyertai lawatan yang sungguh bermakna dan penuh ilmiah ke Muzium Telekom di Kuala Lumpur pada 6-7 September 2012 yang lalu. Pelbagai perkara yang telah dipertunjukkan oleh pihak telekom sendiri dalam pembangunan dunia ICT negara. Pelajar juga telah diberi peluang serta tunjuk ajar bagaimana untuk mengendalikan 'cockpit' kapal terbang.Satu pengalaman yang sukar dilupakan. Disamping pendedahan mengenai pelbagai teknologi telekomunikasi yang begitu canggih dan sofistikated. 

Thursday, 4 October 2012

Solat Hajat PMR & SPM

                        
  
4Oktober 2012, mulai 11.00pg- 2.00 ptg. Tahniah dan syabas kepda pihak pengurusan SMKPP kerana telah berjaya melaksana Majlis Solat Hajat dan bacaan Yaasin khas kepada anak-anak calon PMR dan SPM 2012. Kehadiran para waris yang cukup membanggakan telah menunjukkan satu komitmen yang sungguh hebat. Semoga dengan amalan tradisi ini akan berterusan dan dapat menjadi satu suntikan motivasi yang cemerlang dan semoga dengan itu akan membuahkan hasil keputusan yang terbaik juga.....Syabas 

Wednesday, 19 September 2012

Selamat Datang Pendidik Baru

Tahniah dan syabas kepada 2 orang pendidiik baru yang sudi memberi khidmat kepada seluruh pelajar SMKPP yang sering dahagakan ilmu dari guru-guru yang dedikasi seperti kalian semua.

Nama : Wan Nurul Najwa bt Wan Mohamad
Universiti: Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam
Major : Pengurusan Pelancongan
Asal : Baling, Kedah
Falsafah Hidup : “What goes around will come around”
Mengajar Subjek sekarang: Geografi dan Pendidikan Seni

Nama : Nur Aiman Bt. Hashim
Major : Pentadbiran Kesihatan UITM Puncak Alam
Asal : Pekan Lama Kuala Ketil
Falsafah Hidup : Usaha dan Doa Tangga Kejayaan
Mengajar Subjek sekarang: Bahasa Melayu

KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI IAB UTARA

28-30 Ogos 2012 bertempat di IAB Utara telah berlangsung satu kursus Kajian Tindakan yang telah dikendalikan oleh Pensyarah Puan Rusnaini, Dr. Sazali dan En. Ahmad Hasnizar dengan jayanya dan pada kali ini SMKPP telah menghantar Cikgu Ismi untuk mengikuti kursus tersebut. Ternyata pelbagai ilmu yang telah diperolehi mengenai bagaimana untuk melaksanakan kajian tindakan yang lebih baik dari sebelum ini. Ternyata untuk melaksanakan sesuatu kajian tindakan diperingkat sekolah sebenarnya adalah begitu mudah sekiranya mengetahui cara yang terbaik. Cumanya setiap perlakuan harus di dokumentasikan secara format APA (America Psychological Associate) 6th yang begitu berformat dan berkesan. Semoga kursus ini dapat memberi nilai tambah terhadap ilmu kajian tindakan yang lebih baik lagi untuk masa hadapan.

MAJLIS PENUTUPAN KEMERDEKAAN & SAMBUTAN RAYA

 
 
 
 
 

8 Sept 2012 sekali lagi dengan penuh meriah dan temasya warga SMKPP telah melangsungkan majlis 2+1 iaitu majlis penutupan hari kemerdekaan dan sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis Penutupan Kemerdekaan telah diserikan lagi dengan ucapan ceramah mantan pengetua MRSM Taiping dan pelbagai pertandingan dikalangan pelajar seperti pembuatan sepanduk kemerdekaan, bersajak, kuiz serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Semoga sambutan kemerdekaan serta sambutan hari raya dapat menjalinkan hubungan ukhuwah yang lebih mantap dikalangan pelajar serta guru.

Wednesday, 8 August 2012

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM

 
 
 

 8 Ogos 2012 bertempat di Dewan utama SMKPP, satu seminar Teknik Menjawab Sains SPM telah dilaksanakan dengan jayanya atas pengurusan Panitia Sains SPM Pn. Wan Rosnita serta guru-guru panitia.
Penceramah yang hebat iaitu Pn. Rosselaini Guru Cemerlang Sains SPM telah turut sama utk menggedalikan seminar tersebut yang telah dihadiri hampir kesemua pelajar Sains SPM SMKPP. 
Pelbagai teknk yang telah beliau kongsikan kepada semua pelajar dan ternyata program sebegini adalah yang terbaik dan insyallah akan dapat meningkatkan keputusan peperiksaan tahun 2012 ini...Syabas dan tahniah.