28-30 Ogos 2012 bertempat di IAB Utara telah berlangsung satu kursus Kajian Tindakan yang telah dikendalikan oleh Pensyarah Puan Rusnaini, Dr. Sazali dan En. Ahmad Hasnizar dengan jayanya dan pada kali ini SMKPP telah menghantar Cikgu Ismi untuk mengikuti kursus tersebut. Ternyata pelbagai ilmu yang telah diperolehi mengenai bagaimana untuk melaksanakan kajian tindakan yang lebih baik dari sebelum ini. Ternyata untuk melaksanakan sesuatu kajian tindakan diperingkat sekolah sebenarnya adalah begitu mudah sekiranya mengetahui cara yang terbaik. Cumanya setiap perlakuan harus di dokumentasikan secara format APA (America Psychological Associate) 6th yang begitu berformat dan berkesan. Semoga kursus ini dapat memberi nilai tambah terhadap ilmu kajian tindakan yang lebih baik lagi untuk masa hadapan.
No comments:
Post a Comment