Tahniah dan syabas kepada 29 orang pelajar Kelas Ting. Firdaus kerana telah berjaya menduduki ujian bertulis KKQ pada 26 Jun 2012 yang lalu di bilik KKQ SMK Parit Panjang. Semoga dengan kelebihan peperiksaan dan kelebihan menduduki kelas al-quran akan dapat memberi serta menyuntik semangat pelajar tersebut utk cemerlang dalam PMR pada tahun ini nanti...insyallah
Wednesday, 27 June 2012
Peperiksaan Kemahiran Menghafaz Al-Quran (KKQ)
Tahniah dan syabas kepada 29 orang pelajar Kelas Ting. Firdaus kerana telah berjaya menduduki ujian bertulis KKQ pada 26 Jun 2012 yang lalu di bilik KKQ SMK Parit Panjang. Semoga dengan kelebihan peperiksaan dan kelebihan menduduki kelas al-quran akan dapat memberi serta menyuntik semangat pelajar tersebut utk cemerlang dalam PMR pada tahun ini nanti...insyallah
Wednesday, 20 June 2012
TEMASYA SUKAN SMKPP KE 25
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru serta kakitangan yang telah menjayakan kejohanan sukan kali ke 25 dengan jayanya... Seperti tahun-tahun yang lalu...aura serta gelombang biru masih kuat gagah perkasa mempertahankan kejuaraan berturut-turut....Syabas semua....Dengan pungutan mata keseluruhan Biru 432, Merah (374), Kuning (338) dan Hijau (305).....Tahniah kepada pemenang dan kepada yang gagal teruskan usaha anda di masa-masa akan datang....
Tuesday, 19 June 2012
Pra Sukan SMKPP 2012
Tahniah dan syabas kepada semua rumah-rumah sukan Alfa,Beta, Gamma dan Sigma kerana telah berjaya menjayakan Pra Sukan SMKPP kali ke 25 pada 19 Jun 2012....Diantara acara yang telah dilangsungkan ialah latihan awal kawad perbarisana mengikut rumah sukan masing-masing dan taklimat khas kepada semua ahli rumah sukan. Diantaranya penyusunan peserta-peserta, pengumpulan duit yuran rumah dan lain-lain persiapan yang difikirkan perlu....Tahniah di atas kerjasama kepada semua pihak.
Wednesday, 13 June 2012
Kem Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang
Syukur Alhamdulillah setelah bercuti 2 minggu semua pelajar SMKPP telah kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan dan seawal minggu pertama lagi SMK Parit Panjang telah menjemput pensyarah dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) Kedah iaitu Ust Mohamad Hafedz Salleh Fakulti Pendidikan Islam utk menyampaikan ceramah motivasi kecemerlangan akademik kepada pelajar-pelajar. Semoga dengan ceramah yang dapat membakar semangat pelajar akan dapat membuahkan sedikit sebanyak kejayaan insyallah.....
Thursday, 24 May 2012
Sukantara SMKPP 2012
22 Mei 2012, SMKPP telah berjaya melaksanakan sukantara peringkat sekolah dan keputusannya Rumah Biru masih unggul menjadi johan. Diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memastikan kelancaran sukantara tersebut. Syabas...
Monday, 21 May 2012
PELANCARAN MINGGU BAHASA 2012
20 Mei 2012, Dewan Terbuka SMKPP. Syabas dan tahniah kepada Unit Bahasa yang terdiri daripada Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab kerana telah melancarkan Minggu Bahasa yang bermula pada 20 - 24 Mei 2012 ini. Majlis pelancaran yang dilaksanakan serba ringkas tetapi padat dan meriah adalah atas kerjasama dari semua pihak termasuk pelajar dan rakan-rakan guru. Ternyata hasil kerjasama yang begitu dinamik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi menjayakan program kempen minggu bahasa. Antaranya karangan buku scrap, Let's Boggel, Hiwar dan beraneka lagi dalam menggabung jalinkan 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, Tidak ketinggalan juga nyanyian popular Maher Zain turut menjadi tarikan persembahan ketika majlis pelancaran Minggu Bahasa tempohari....
Thursday, 17 May 2012
SAMBUTAN HARI GURU SMKPP 2012








Selamat Hari Guru.....16 Mei 2012.. merupakan tarikh keramat seluruh malaysia dimana majlis sambutan hari guru disambut dengan begitu meriah sekali termasuklah kulawangsa SMK Parit Panjang. Pelbagai acara berupa majlis perasmian hari guru, sukaneka, petanque, futsal, persembahan nyanyian, sajak, drama, carol speaking, lakonan bahasa inggeris dan pelbagai lagi telah berlangsung dengan begitu meriah dan harmonis...Syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan tersebut terutamanya ajk pengelola yang terdiri daripada MGKSMKPP tahun 2012.....En. Termizi bersama rakan-rakan lain MGK.....Syabas dan tahniah di atas sumbangan anda......
Subscribe to:
Posts (Atom)










































