Sunday, 22 November 2009

Ujian Penggredan Talipinggang Taekwondo

6 orang ahli kelab taekwondo SMKPP telah menghadiri ujian penggredan tali pingang di Dewan Sekolah Cina Pengkalan Hulu pada 21 Nov 2009 yang telah bermula jam 8 mlm dengan jayanya. Ujian tersebut telah disertai oleh gabungan ahli kelab taekwondo dari Grik, Baling, Pengkalan Hulu dan Parit Panjang yang berjumlah hampir 100 orang. Master Nawas pemegang 7th Dan Taekwondo Dunia telah hadir untuk mengadili ujian tersebut. Syabas kepada ahli kelab taekwondo SMK Parit Panjang. Semoga anda terus bersama kelab Taekwondo dibawah pimpinan Cikgu Ismi.

Tuesday, 17 November 2009

MAJLIS RESTU SPM



Esok akan bermula perjuangan terakhir pelajar SPM SMK Parit Panjang. Sempena itu pada hari ini 17 Nov 2009 satu majlis perestuan ke atas semua pelajar tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka SMKPP. Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan mendapat berkat dan membuahkan kejayaan kepada semua pelajar, insyallah. Good Luck for SPM Students.

Monday, 16 November 2009

Tahniah Kelahiran


Tahniah dan syabas kepada Cikgu Wan Rosnita bt. Wan Seman di atas kelahiran puteri yang baru pada 16 Nov 2009 jam 1.41. Berwajah montel dengan berat awal 3.3 kg di Hospital Kulim, Kedah. Semoga kelahiran puteri baru beliau akan menceriakan lagi suasana keluarganya..Amin

Sunday, 15 November 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN



Pada 14 Nov 2009 bertempat di Radix Oriental Cuisine, MGKSMKPP telah mengadakan satu majlis jamuan akhir tahun sebagai penutup aktiviti tahunan bagi tahun ini. Bermotifkan pembinaan nilai ukhwah sesama warga mgksmkpp maka aktiviti sebegini patut diteruskan lagi bagi masa-masa hadapan. Masakan ala Chinese di R.O.C sememangnya telah memberi satu lagi pengalaman baru kepada warga mgksmkpp. Syabas dan tahniah kepada semua yang hadir yang telah memberi komitmen sepenuhnya kepada MGKSMKPP. Semoga dapat bertemu ditahun hadapan.

Monday, 2 November 2009

Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

Pengetua SMKPP sedang membaca perutusan dan merasmikan pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia
Pendeklamasi sajak dan resensi bacaan buku oleh pelajar
Pengetua sedang menarik banner pelancaran

2 Nov 2009, titik bersejarah bagi SMKPP kerana telah melaksanakan pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah dengan jayanya. Persediaan yang teratur dan terancang oleh setiausaha utama Pusat Sumber Pn. Nik Zawanah bt. Nik Ismail yang telah mengabung jalinkan persembahan mendeklamasi sajak dan resensi bacaan beserta layar multimedia. Fokus melaksanakan pelancaran ini adalah bertujuan merealisasikan Program NILAM yang merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat menwujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dallam kalangan rakyat Malaysia

Sunday, 1 November 2009

Ceramah Bomba

1 Nov 2009, SMKPP sekali lagi telah merancang aktiviti Ceramah Keselamatan Kebakaran dan telah menjemput wakil Jabatan Bomba iaitu En. Lokman b. Daud dan En. Rosli b. Daud dari unit latihan khas Bomba Daerah Baling. Terima kasih di atas sumbangan ceramah dari pihak tuan. Semoga pada masa-masa akan datang satu taklimat serta praktikal "Fire-Drill" akan dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Thursday, 29 October 2009

Pengurusan Jenazah, Bantuan Kecemasan, Seni Bela Diri & Bengkel Temuduga ICT



















Beberapa aktiviti bagi pelajar lepasan PMR telah dirancang oleh pihak sekolah. Memang berbaloi dan beruntung kepada pelajar yang hadir ke sekolah. Bukan saja ilmu-ilmu baru bagi mereka malah pengalaman yang tidak dapat di mana-mana....Diantaranya taklimat dan bengkel Kerjaya ICT, Demo Seni Bela Diri, Bantuan Kecemasan (CPR). Hebatttt...semoga SMKPP akan terus berusaha untuk menjayakan program-program demi mendidik anak bangsa.

Wednesday, 28 October 2009

Jamuan Happy Deevapali


Kenduri lagi SMKPP!!!!!....Meriah sungguh warga MGKSMKPP....terima kasih kepada semua guru-guru yang merayakan Perayaan Deevapali yang telah berusaha untuk mengadakan jamuan Happy Deevapali bersama dengan pihak MGKSMKPP pada 28 Oktober 2009. Semoga dengan aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat memeriahkan lagi suasana budaya kerja di SMKPP dalam mendidik anak bangsa seiring dengan hasrat menjana 1 Malaysia.Syabas dan tahniah

Ahlan Wahsahlan kepada Guru-guru baru









Cikgu Siti Arifah bt. Saud, Cikgu Nurul Ashiqeen bt. Abd Rahani, Cikgu Yogesswary,Cikgu Normazlina bt. Saidon, Cikgu Nur Adilah bt. Abdul Rahman

Tahniah dan syabas kepada semua guru-guru yang baru melaporkan diri ke SMKPP pada 26 Oktober 2009 seramai 5 orang. Semoga dengan kehadiran kalian semua dapat meningkatkan lagi kualiti pedagogi pelajar SMKPP.

Tuesday, 20 October 2009

Program Selepas PMR 2009

Pihak pengurusan SMKPP telah merancang pelbagai aktiviti bagi pelajar lepasan PMR disamping pembinaan sahsiah pelajar. Program terancang yang telah disusun atur oleh kaunselor-kaunselor SMKPP antaranya ialah permainan padang, permainan dalaman, tayangan video filem pendidikan, melukis mural, pengurusan jenazah, kemahiran kraftangan, memperbaiki harta sekolah yang rosak, gotong-royong sekolah, ceramah kesihatan, kepolisan, AADK, bomba, kemahiran - Giat MARA, ceramah akademik (ke SMK Teknik, Aliran Sains), Lawatan ke pusat Giat MARA, Kolej Komuniti, Pejabat Kesihatan, Taman Teknologi Kulim. Pertandingan Kerohanian ( Syarahan, nasyid, marhaban dan Tilawah Al-Quran). Semoga dengan program-program tersebut akan dapat memberi input kepada pelajar sekelian.

Friday, 16 October 2009

Kursus Penulisan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Kedah 2009

Bermula pada 14-16 Okt 2009, sekali lagi pihak JPN Kedah di bawah selia En. Abdullah b. Manaf telah berjaya mengadakan satu kursus penulisan laporan kajian tindakan peringkat negeri kedah untuk tahun 2009 di Berjaya Hotel Penang. Dikesempatan ini Cikgu Ismi Kamarul Sham telah terpilih untuk turut serta bersama dengan 75 orang lagi guru-guru dari seluruh negeri kedah bagi tahun 2009. Penyertaan seluruh JU Kajian Tindakan Negeri Kedah telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua pengkaji-pengkaji untuk menyiapkan pelaporan kajian tindakan yang akan diedarkan ke seluruh sekolah di negeri kedah. Syabas sekali lagi dan semoga budaya kajian tindakan ini akan terus dapat diteruskan demi mempertingkatkan kualiti pedagogi.

Saturday, 10 October 2009

LDP - Pembinaan Laman Blog di SMK Bakai

Cikgu Ismi sedang memberi taklimatKyusyuk tu Sedang kyusuk mendengar taklimat
Para peserta sedang mendengar takimat

10 Okt 2009, pihak SMK Bakai telah mengundang Cikgu Ismi dari SMK Parit Panjang untuk memberi pendedahan pembinaan laman blog sekolah dalam program LDP. Ternyata SMK Bakai juga tidak mahu ketinggalan dalam menerajui bidang multimedia yang semakin canggih. Semoga dengan ini nanti SMK Bakai akan bergerak setapak lagi kehadapan dan menjadikan blog sebagai salah satu medium untuk mengembangkan dunia pendidikan diera kini. Terima kasih kepada pihak SMK Bakai serta Cikgu Ibrahim yang telah mencetuskan idea untuk pembinaan laman blog ini.

Monday, 5 October 2009

SOLAT HAJAT, YAASIN PMR & SPM 2009

Syukuran & Alhamdulillah, pada 5 Oktober 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMKPP para pendidik SMKPP bersama para waris dan pelajar PMR & SPM telah sama-sama mengadakan bacaan yaasin, solat hajat dan bermunajat doa secara berjemaah sebagai usaha terakhir sebelum menghadapi peperiksaan sebenar PMR & SPM.
Kehadiran para waris telah menunjukkan satu gandingan komitmen yang padu diantara waris dan warga SMKPP. Semoga usaha ini akan terus berterusan dan menjadi satu titik tolak penyunting semangat para pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaaan. Insyallah.

Wednesday, 30 September 2009

Jamuan Hari Raya 2009




Tahniah dan syabas kepada semua warga MGKSMKPP kerana menjayakan Jamuan Hari Raya 2009. Bertempat di Dewan Terbuka pada 29 Sept 2009 satu majlis ringkas sempena Hari Raya Aidil Fitri telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Terima Kasih kepada Cikgu Nor ezlin di atas tungkus lumus beliau selaku PIC program tersebut. Seperti ucapan yang telah diutarakan oleh Pengerusi MGK, Cikgu Ismi bahawa semua program yang dirancang oleh MGK hanyalah untuk membina satu ikatan diantara semua warga pendidik menjadi sebagai satu kumpulan 'Team Work' bawah satu bumbung SMKPP.
Dikesempatan ini juga semua AJK Tertinggi MGKSMKPP menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua warga pendidik sekiranya terdapat salah dan silap dalam menerajui MGK setakat ini. Insyallah semoga ikatan ukhuwah akan terus bersemadi dan menjadi lebih utuh melalui program-program sebegini.
Tidak lupa juga kepada semua penyumbang kuih muih ketika jamuan ini semoga dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t
Tidak lupa juga kepada guru-guru india yang bakal menyambut Hari Deevali pada 17 Okt nanti.
Maaf Zahir Batin

Friday, 18 September 2009

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran


PARA PENDENGAR FORUM

17 Sept 2009 bertempat di Dewan Terbuka SMKPP, pihak MGKSMKPP bersama Panitia Pend. Islam telah menganjurkan satu majlis gilang gemilang yang merupakan salah satu medium untuk pembinaan rohani dan sahsiah pelajar iaitu majlis Tadarus & Khatam Al-Quran. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program tersebut. Sesungguhnya usaha membantu urusan agama Allah akan Allah mendapat kerahmatan dari Allah insyallah. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah. barangsiapa membantu urusan agama Allah, Allah akan membantu urusan hambanya dikala menghadapi kesusahan.
Diantara program yang telah dilaksanakan pada hari tersebut ialah Tadarus untuk 30 juzuk, Majlis Khatam Al-Quran secara total, tayangan Multimedia mengenai kebesaran Al-Quran dan kelebihannya, Forum Perdana "Sambutan Hari Raya Menurut Islam", Majlis Penyampaian Duit Raya dan diakhiri dengan majlis salam bersalaman.
Semoga dengan pelaksanaan program sebegini dalam membesarkan bulan Ramadhan dengan penuh penghayatan akan membuka minda kita semua amnya untuk menyedarkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja. Sedangkan kematian itu pasti menjemput kita pada bila-bila masa dan persediaan sebeginilah akan memberi kerahmatan untuk kita semua disamping usaha dengan urusan dunia seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan usaha amalan agama seolah-olah akan mati keesokan harinya.
Semoga ramadhan yang bakal meninggalkan kita ini akan kita tangisi dengan penuh syahdu kerana belum tentu ramadhan akan datang merupakan hak kita semua , wallahhualam