Bermula dari 15-18 April 2013 bertempat di Pusat KOKO Kem Singkir, SMKPP telah menghantar 85 orang murid wakil bagi setiap unit uniform untuk mengikuti kem kepimpinan yang sungguh menarik. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh urusetia Pusat KO diantaranya, night walk, up ceiling, flying fox, berkayak, orientaring dan macam-macam lagi. Kesemua aktiviti yang terancang itu tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membina jati diri setiap pelajar dalam menempuh pelbagai halangan. Syabas kepada semua murid yang telah berjaya mengikuti program tersebut. Teima kasih juga kepada semua guru-guru yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Wednesday, 24 April 2013
Ceramah Penjara Sg. Petani
16 April 2013, jam 12.00 tgh...SMKPP telah menjemput Sarjan Hamzah dari Penjara Sg. Petani utk memberi ceramah pencerahan penjara kepada semua warga SMKPP. Banyak hal dan pengalaman yang telah beliau perkongsikan kepada kulawangsa SMKPP. Kebanyakkan gambaran dan pendedahan pengalaman beliau selama berkhidmat di penjara serata Malaysia banyak memberi keinsafan kepada beliau dan kepada peserta ceramah tersebut. Kemenjadiaan manusia telah terganggu kerana mengikutkan emosi dan nafsu yang menyebabkan mereka terjerumus ke kancah yang negatif. Namun dengan kewujudan penjara sebagai institusi yang bertanggungjawab utk memulihkan keadaan ini maka dgn itulah pelbagai pengalaman yang dapat memberi pengajaran kepada semua terutama dikalangan pelajar. Klik video hukuman sebatan rotan amat-amat mengerikan dan menginsafkan kepada mereka yang menontonnya. Semoga dengan ceramah yang ringkas itu dapat memberi nilai positif dan peringatan yang terbaik kepada semua orang. Insyallah
Sunday, 24 March 2013
Kem Kepimpinan & Sahsiah Pengawas SMKPP 2013
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Kem Kepimpinan & Sahsiah Pengawas SMKPP baru-baru ini pada 7-8 Mac 2013 bertempat di SMKPP sendiri. Pelbagai aktiviti dan input berkenaan kepimpinan yang telah dilaksanakan. Semoga dengan itu nilai jati diri semua pengawas yang terlibat dapat menjadi lebih baik dan berkeyakinan tinggi..insyallah
Thursday, 21 March 2013
TAHNIAH SMKPP (SPM +4.95%)
28 Mac 2013...Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yg telah berjaya dan tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam berusaha utk meraih kejayaan yang begitu cemerlang berbanding tahun 2012. Tahniah
Monday, 11 March 2013
Pasukan Pantun ke3 Peringkat Daerah
Syabas dan tahniah juga kepada pasukan pantun SMKPP kerana telah berjaya merangkul tempat ke3 peringkat daerah baling/sik baru-baru ini....Teruskan usaha dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pasukan pantun sekolah ini.....
Peserta Petanque SMK Parit Panjang Juara Negeri
Syabas dan tahniah kepada pasukan Petanque SMKPP yang kerdil-kerdil tetapi mempunyai jiwa yang besar kerana berjaya mengalahkan beberapa pasukan hebat dari pelbagai sekolah dari seluruh kedah dalam acara petanqu peringkat negeri...Dan selepas ini mereka ini akan bertarung diperingkat kebangsaan di Kuantan pada 10-14 May 2013... Tahniah juga kepada Pen. KOKO Pn. Che Maznah dan guru penasihat Cg. Khuzaimi kerana telah berusaha utk memastikan kejayaan ulung pasukan ini...Majulah sukan utk sekolah...
KEJOHANAN MERENTAS DESA SEKOLAH
Syabas dan tahniah kepada unit koko smkpp kerana telah berjaya melaksanakan kejohanan merentas desa pada 28 Feb 2013 yang lalu. Penglibatan yang menyeluruh dikalangan guru dan murid telah berjaya melahirkan pelajar yang berbakat dalam acara ini....Walaupun kejohanan tersebut dilaksanakan pada waktu petang yang panas terik, namun dengan semangat kesukanan yang tegar yang telah dipamerkan oleh semua pihak telah memastikan bahawa tiada yang mustahil dalam mengejar impian kejayaan rumah sukan masing-masing. Tahniah kepada Rumah Gama kerana telah menjuarai kejohanan merentas desa tersebut...
Monday, 25 February 2013
MESYUARAT AGONG PIBG 2013
Syukuran dan Alhamdulillah pada 24 Feb 2013 jam 2.00 ptg telah berlangsungnya mesyuarat agong PIBG SMK Parit Panjang dengan jayanya walaupun hujan gerimis yang mengundang. Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Badrunsham B. Dahlan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kedah.... Pelbagai tip-tip yang amat berguna yang telah beliau sampaikan kepada semua para waris dalam mendidik serta membentuk sahsiah anak-anak dalam persembahan ceramah yang sungguh menarik. Antara tips beliau ada mengatakan bahawa penerimaan serta kefahaman anak-anak adalah berbeza walaupun setelah mendengar arahan yang sama...Justeru kita sebagai ibubapa harus memberi arahan yang cukup jelas agar maksud arahan yang sebenar dapat dicapai...Takrifan serta maksud huraian WARIS juga telah dipercerahkan iaitu W (Wawasan), A(Analisa), R (Redha), I(Intraspektif/Muhasabah), S(Sabar)........dan kejayaan anak-anak murid atau anak sendiri tidak terhad kepada kejayaan Akademik semata-mata tetapi kejayaan dalam membentuk sahsiah kemenjadiaan manusia adalah terlebih utama. Semoga dengan pencerahan yang telah beliau kupaskan dalam ceramah ringkas telah dapat membuka minda para waris agar dapat memberi kerjasama yang erat demi membina kecemerlangan akademik.....
Sunday, 24 February 2013
LDP 1 - Taklimat PBS
23 Feb 2013. Syukuran utk pertama kali Latihan Dalaman telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya berkenaan dengan taklimat awal pelaksanaan PBS yang telah disampaikan dengan jayanya oleh Pegawai PPD Baling Sik En. Abdul Nasir b. Shaari. Pelbagai reaksi dan respon dari guru-guru yang bersemangan untuk melaksanakan PBS yang sedang berlangsung di Ting 1 dan 2.. Semoga pencerahan yang bermakna mengenai pelaksanaan PBS dapat terus dimanafaatkan demi anak murid sejagat.....Tahniah...
Ahlan Wasahlan Guru Baru
Tahniah dan syabas kepada guru muda yang masih dinamik untuk mengemblingkan tenaga dan idea yang bernas dalam membina sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar SMKPP. Cg. Rahayu Bt. Che Ani berasal dari Kg. Landak Bukit Kupang. Berkelulusan Ijazah dalam Marketing dari UITM Merbok. Falsafah hidup " If we can feel what we feel, we will surely feel what we really feel. Follow our Heart". Beliau juga mempunyai harapan untuk menjadi seorang hamba/ khlaifah Allah yang sempurna serta anak yang berjaya....Semoga kedatangan guru muda ini akan menaikkan semangat pelajar-pelajar dalam mencipta kejayaan yang cemerlang....Friday, 15 February 2013
Majlis Persaraan Pn. Abidah bt. Mohamad GK Sains & Matematik
7 Feb 2013, satu majlis utk meraikan yang dihormati Pn. Abidah bt. Mohammad di atas tarikh persaraan beliau yang akan tamat pada 11 Feb 2013 pada usia 56 tahun di SMKPP. Majlis yang sederhana namun padat serta dipenuhi dengan pelbagai persembahan dari semua kulawangsa SMKPP sedikit sebanyak telah mencipta sejarah serta nostalgia utk beliau di saat terakhir setelah sekian lama menabur bakti kepada anak bangsa. Semoga dengan bermulanya tarikh persaraan beliau itu akan memberi kepuasan yang terbaik buat memori beliau. Terima kasih yang tidak terhingga dari semua anak murid serta sahabat seperjuangan buat beliau. Semoga dapat berjumpa lagi dan syabas.....
Monday, 4 February 2013
Ahlan Wasahlan Staf Baru
Tahniah dan syabas kepada Pn Norlia bt. Saad
Berasal dari Kpg Cemora, Jeniang dan kini tinggal di Tmn Desa Bidara Kuala Ketil. Telah lama menabur khidmat di beberapa tempat seperti di Kementerian Pelajaran (KPM) 1996-1997, Politeknik Sultan Abdul Hamid, Jitra (97-98), IPG Sultan Abdul Halim (98-2011), SMK Mak Mandin, Bertam (2011-2011) sebagai CC dan kini di SMK Parit Panjang mulai 5 Nov 2012 hingga kini. Telah berumahtangga dan telah dikurniaankan 5 orang cahaya mata yang hebat-hebat. Semoga denga kehadiran beliau ke SMKPP akan melancarkan lagi segala urusan, insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)































