Monday, 25 February 2013

MESYUARAT AGONG PIBG 2013

 
 
 
 
 

Syukuran dan Alhamdulillah pada 24 Feb 2013 jam 2.00 ptg telah berlangsungnya mesyuarat agong PIBG SMK Parit Panjang dengan jayanya walaupun hujan gerimis yang mengundang. Majlis tersebut juga telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Badrunsham B. Dahlan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Kedah.... Pelbagai tip-tip yang amat berguna yang telah beliau sampaikan kepada semua para waris dalam mendidik serta membentuk sahsiah anak-anak dalam persembahan ceramah yang sungguh menarik. Antara tips beliau ada mengatakan bahawa penerimaan serta kefahaman anak-anak adalah berbeza walaupun setelah mendengar arahan yang sama...Justeru kita sebagai ibubapa harus memberi arahan yang cukup jelas agar maksud arahan yang sebenar dapat dicapai...Takrifan serta maksud huraian WARIS juga telah dipercerahkan iaitu  W (Wawasan), A(Analisa), R (Redha), I(Intraspektif/Muhasabah), S(Sabar)........dan kejayaan anak-anak murid atau anak sendiri tidak terhad kepada kejayaan Akademik semata-mata tetapi kejayaan dalam membentuk sahsiah kemenjadiaan manusia adalah terlebih utama. Semoga dengan pencerahan yang telah beliau kupaskan dalam ceramah ringkas telah dapat membuka minda para waris agar dapat memberi kerjasama yang erat demi membina kecemerlangan akademik.....

No comments:

Post a Comment