7 Feb 2013, satu majlis utk meraikan yang dihormati Pn. Abidah bt. Mohammad di atas tarikh persaraan beliau yang akan tamat pada 11 Feb 2013 pada usia 56 tahun di SMKPP. Majlis yang sederhana namun padat serta dipenuhi dengan pelbagai persembahan dari semua kulawangsa SMKPP sedikit sebanyak telah mencipta sejarah serta nostalgia utk beliau di saat terakhir setelah sekian lama menabur bakti kepada anak bangsa. Semoga dengan bermulanya tarikh persaraan beliau itu akan memberi kepuasan yang terbaik buat memori beliau. Terima kasih yang tidak terhingga dari semua anak murid serta sahabat seperjuangan buat beliau. Semoga dapat berjumpa lagi dan syabas.....
Friday, 15 February 2013
Monday, 4 February 2013
Ahlan Wasahlan Staf Baru
Tahniah dan syabas kepada Pn Norlia bt. Saad
Berasal dari Kpg Cemora, Jeniang dan kini tinggal di Tmn Desa Bidara Kuala Ketil. Telah lama menabur khidmat di beberapa tempat seperti di Kementerian Pelajaran (KPM) 1996-1997, Politeknik Sultan Abdul Hamid, Jitra (97-98), IPG Sultan Abdul Halim (98-2011), SMK Mak Mandin, Bertam (2011-2011) sebagai CC dan kini di SMK Parit Panjang mulai 5 Nov 2012 hingga kini. Telah berumahtangga dan telah dikurniaankan 5 orang cahaya mata yang hebat-hebat. Semoga denga kehadiran beliau ke SMKPP akan melancarkan lagi segala urusan, insyallah.
Program My Beautiful Malaysia


3 Feb 2013, Syabas dan tahniah kepada semua kulawangsa SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan gotong-royong perdana sempena Program My Beautiful Malaysia peringkat sekolah secara serentak dengan peringkat kebangsaan. Semua pihak telah terlibat secara total utk menjayakan program tersebut dengan dimulai dengan menghias kelas-kelas diikuti dengan bilik-bilik khas yang telah berlangsung mulai jam 8.30- 10.30 pagi dengan pemantauan oleh guru-guru yang telah dilantik. Kejayaan yang sungguh besar telah berlaku dengan perhiasan yang sungguh dinamik disegenap lokasi yang telah ditetapkan. Syabas...semoga program ini dapat dijadikan program tahunan demi mengindahkan, membersihkan, mencantikkan untuk mengujudkan prasarana yang menarik bagi meneruskan pedagogi yang lebih menarik....
Friday, 25 January 2013
Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013
22 Jan 2013, Selasa sekitar jam 3.00 petang Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 yang serba ringkas dan padat telah berlangsung di perkarangan Dewan Utama SMK Parit Panjang.
Majlis tersebut pada awalnya telah dirancang untuk disempurnakan oleh Datuk Hj. Abdul Azeez bin Abdul Rahim iaitu Ketua UMNO Bahagian Baling, namun atas kekangan tertentu maka telah diganti oleh En. Khairol b. Abdullah iaitu Ketua Belia Bahagian Baling dengan jayanya.
Keadaan cuaca yang cerah dan berangin telah membantu melancarkan perjalanan majlis penyampaian tersebut dengan kehadiran pihak waris yang cukup memberangsangkan. Dianggarkan lebih 1500 orang waris telah datang bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk menerima bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.
Di dalam ucapan pendek beliau ada menyatakan bahawa penyerahan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 itu adalah merupakan salah satu daripada agenda kerajaan dalam menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan yang memahami akan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamannya sewaktu di awal persekolahan yang mana memerlukan kewangan yang banyak untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Semoga dengan bantuan yang sekelumit itu dapat memotivasikan semua pelajar dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, insyallah. Berbelanja pada jalan yang diredhai Allah kerna ia merupakan duit rakyat dan juga amanah dari Allah....
Monday, 14 January 2013
AHLAN WASAHLAN
Syabas kepada warga pendidik baru yang telah mendaftar ke SMKPP. Semooga dengan jasa bakti yang bakal kalian taburkan di SMKPP akan membuahkan hasil dari sudut pencapaian akademik dan pembentukan kemenjadian murid-murid di sini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. insyallah.
Sunday, 6 January 2013
Ahlan Wahsahlan Pendidik Baru
Tahniah dan syabas guru baru 2013 yg ingin menabur bakti di SMKPP. Semoga dengan kedatangan Cg. Hafizah bt. Wanasan daripada University of TAsmania Australia dalam jurusan farmasi akan dapat menceriakan lagi serta mampu menambaikkan lagi pencapaian akademik serta sahsiah untuk pelajar SMKPP nanti......Falsafah hidup yang bermottokan 'IKHLAS' sudah pasti dapat digambarkan sebagai insan yang berjiwa cekal dalam menabur bakti dibumi Parit Panjang.....Warga Pendidik Baru 2013
Syabas kepada Ust Zakri bin Othman yang telah datang untuk melapor diri di SMKPP mulai tahun ini. Beliau telah berkhidmat di SMK Siong dan mempunyai pengalaman mengajar hampir 10 tahun dalam bidang pendidikan islam. Kelulusan Universiti Al-Azhar jurusan Usuluddin (Tafsir). Berasal dari Kedah dan falsafah hidup ialah " Bertekad Cemerlang". Semoga jasa beliau di SMKPP dapat diperluaskan lagi dalam mencipta kecemerlangan pencapaian akademik SMKPP.....Tahniah
PERHIMPUNAN PERTAMA 2013
Perhimpuanan Pertama pada 1 Jan 2013.Tahniah dan syabas kepada semua warga kulawangsa SMKPP yang sampai ke tahun 2013 dengan cabaran yang tersendiri yang sedang menanti. Dengan keputusan cemerlang PMR akan jatuh sedikit 0.45% tidak mematahkan semangat semua pihak kerana dengan kejayaan cemerlang pelajar PMR straight A iaitu Adik Safura Zulfah binti Abdul Rahim 9A...Syabas kepada semua pendidik...Semoga tahun 2013 akan lebih cemerlang dengan pencapaian-pencapaian yang lebih memberangsang..insyallah. Tambahan lagi dengan kehadiran warga pendidik baru...Pastinya lebih mampu memberi gandingan yang mantap insyallah....
Friday, 28 December 2012
Mesyuarat Pertama GURU SMKPP
Syabas dan akan kembali menabur bakti kepada semua warga pendidik SMKPP...Tanggal 27 Dec 2012 bersamaan 13 Safar 1434 H telah dilaksanakan mesyuarat pertama dalam merangka perancangan Kurikukul, Kokurikulum, HEM, post-mortem, pengundian AJK, taklimat SAPS serta post-mortem dan perrkembangan Psikometrik....Sememangnya perkongsian ilmu, pengalaman, idea yang bernas dan mombastik dari semua warga pendidik sememangnya adalah hasil perrcamtuman semangat kerjasama dari semua pihak....
Semoga kemunculan 2013 yang tidak berapa lama lagi akan menjanji suatu penciptaan sejarah pendidikan yang membanggakan bagi semua kulawangsa SMKPP....
Gabungan yang mantap dari pihak pengurusan serta AJK nya agar dapat membuahkan hasil yang lebih dinamik lagi pada tahun 2013 insyallah....Selamat Maju Jaya...
Subscribe to:
Posts (Atom)

































