Friday 25 January 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

22 Jan 2013, Selasa sekitar jam 3.00 petang Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 yang serba ringkas dan padat telah berlangsung di perkarangan Dewan Utama SMK Parit Panjang.  
   Majlis tersebut pada awalnya telah dirancang untuk disempurnakan oleh Datuk Hj. Abdul Azeez bin Abdul Rahim iaitu Ketua UMNO Bahagian Baling, namun atas kekangan tertentu maka telah diganti oleh En. Khairol b. Abdullah iaitu Ketua Belia Bahagian Baling dengan jayanya. 
Keadaan cuaca yang cerah dan berangin telah membantu melancarkan perjalanan majlis penyampaian tersebut dengan kehadiran pihak waris yang cukup memberangsangkan. Dianggarkan lebih 1500 orang waris telah datang bersama-sama dengan anak-anak mereka untuk menerima bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat.

 
 

 Di dalam ucapan pendek beliau ada menyatakan bahawa penyerahan bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 itu adalah merupakan salah satu daripada agenda kerajaan dalam menunjukkan  keprihatinan pihak kerajaan yang memahami akan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamannya sewaktu di awal persekolahan yang mana memerlukan kewangan yang banyak untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Semoga dengan bantuan yang sekelumit itu dapat memotivasikan semua pelajar dalam usaha meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik, insyallah. Berbelanja pada jalan yang diredhai Allah kerna ia merupakan duit rakyat dan juga amanah dari Allah....

No comments:

Post a Comment