Sunday, 17 July 2011

HARI JAYA WARIS SMKPP 2011




Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKPP kerana telah beraya menjemput waris masing-masing utk hadir ke sekolah dalam usaha mengenal pasti status kejayaan anak-anak mereka dalam pembelajaran....Antara program yg telah dilaksanakan ialah ceramah motivasi pembinaan sahsiah pelajar oleh Cg. Ismi Kamarul Sham di surau SMKPP khas kepada pelajar ting.1...Ceramah motivasi kepada para waris Pn. Che Nazrah bt. Mohd Yusof pensyarah IPDA...pelbagai tips kecemerlangan telah diberikan kepada waris-waris dalam usaha membentuk sahsiah anak masing-masing...Seterusnya agenda penyerahan keputusan kepada semua pelajar telah berlaku di kelas masing-masing dalam suasana sungguh meriah....Syabas dan tahniah...

Saturday, 16 July 2011

Yaasin Terakhir Buat Ustaz Hapidz






14 Julai 2011....Jam 7.30 pagi yang begitu hening dengan irama hujan gerimis seolah-olah mengerti akan emosi setiap sanubari yang hadir pada pagi tersebut...Pagi yang agak dingin seolah-olah ingin mengiringi pemergian Ustaz Hapidz untuk meninggalkan SMK Parit Panjang setelah hampir 10 tahun menabur bakti di bumi SMKPP....Syabas dan tahniah buat Ust. Hapidz....Kenangan serta nostalgia yang begitu banyak memberi dan menyentuh setiap hari sanubari yang hadir pada pagi tersebut.....Semoga pemergian Ust. Hapidz akan membina semangat yang lebih kental kepada semua kulawangsa SMKPP dan semoga terus cemerlang....

Kem Kecemerlangan Akademik PMR SPM









Tahniah dan syabas kepada calon terpilih PMR dan SPM SMKPP 2011 kerana telah berjaya melaksanakan kem kecemerlangan akademik yang berfokuskan kepada matapelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam pada 14-15 Julai 2011 bertempat di SMKPP sendiri....Susunan jadual yang padat serta disulami dengan Kem Solat (Qiamulail) amat-amat menyentuhi serta dapat membersihkan jiwa setiap yang hadir serta muhasabah diri kendiri......Majlis penutupan telah disempurnakan sendiri oleh Tuan Pengetua Tn. Hj. Khadri b. Mohd Salleh....Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua guru-guru yang telah terlibat serta menjayakan program tersebut...Semoga usaha intensif sebegini dapat diteruskan lagi oleh semua panita yang lain dalam usaha membantu pelajar mencapat kecemerlangan...insyallah.

Tuesday, 5 July 2011

Langkah tangani stress di tempat kerja - Kaunselor Latifah


Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. walau bagaimanapun, suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan stress. stress yang sedikit adalah perlu untuk mealistikeningkatkan daya produktiviti.
jadi, bagi mengatasi masalah stress di tempat kerja, langkah-langkah terbabit boleh diambil :

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan
* Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri
* Bersikap positif semasa bekerja
* Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
* Merasa seronok bekerja

2. Rancang segala kerja
* Kendali masa dengan bijak
* Lakukan kerja mengikut keutamaan. Jangan bertangguh.
* Elakkan membawa kerja balik ke rumah.
* Agihkan tugas dengan baik.

3. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
* Lihat masalah dengan rasional.
* Rancang penyelesaian secara rasional.
* Kenalpasti masalah mengikut keutamaan.
* Senaraikan langkah penyelesaian.

4. Bersikap positif terhadap perubahan dalam kerja
* Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur, dan realisitik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.

5. Amalkan komunikasi berkesan
* Amalkan sikap tegas bukan garang
* Luahkan pendapat dengan sopan, tegas, dan jelas
* Hormati pandangan rakan sekerja

6. Amalkan cara hidup sihat
* Belajar untuk relaks
* Tidur yang cukup
* Adakan aktiviti / hobi yang menyeronokkan
* Berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai murni

Saturday, 2 July 2011

Larian Serentak 1 Malaysia

























Tahiah dan syabas kepada semua krew pelaksana Larian Serentak 1 Malaysia....Suasana menjadi lagi meriah apabila pertandingan futsal secara intergame juga dilaksanakan sehingga jam 12.30 tghari.....Syabas dan tahniah...

Ahlan Wahsahlan Kaunselor Baru

Syabas kepada Kaunselor Baru SMKPP. Semoga kehadiran beliau dapat menyerikan lagi suasana SMKPP....Anak didik mu sentiasa dahagakan tunjuk ajar mu....
NAMA : LATIFAH BT IBRAHIM
ASAL : SIK, KEDAH
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
MAJOR : PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MINOR : PSIKOLOGI
PENGALAMAN MENGAJAR : 1. INTERNSHIP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN SEBELAS (PROJEK 11) , SHAH ALAM, SELANGOR
2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHEPIR, SIK, KEDAH
STATUS : BUJANG
FALSAFAH HIDUP : TIADA MANUSIA YANG BERGEMBIRA SEPANJANG MASA, TETAPI, IANYA BUKANLAH ALASAN UNTUK HIDUP SENGSARA...JUST SMILE

Friday, 1 July 2011

Tahniah Atas Kelahiran















Tahniah dan Syabas Kepada Cikgu Norbaza dan Cikgu Lim di atas kelahiran orang yang ditunggu-tunggu selama ini...Kelahiran kalian menambahkan sinar keceriaan dan kebahagian utk papa dan mama. Warga SMKPP mengucapkan tahniah dan bergumbira atas kehadiran umat manusia ke muka bumi ini.....

HARI KOPERASI & SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ










Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKPP kerana telah menjayakan 2 majlis sambutan dalam satu hari iaitu sambutan Hari Koperasi dan Sambutan Israk Mikraj pada 30 Jun 2011. Pelbagai aktiviti telah disediakan diantaranya Solat Duha, Hajat, Bacaan Yaasin secara berjemaah, Bacaan Perutusan Hari Koperasi, Ceramah ESQ oleh Cikgu Ismi, Gotong-royong, Car-Wash, Permainan petanque, Upacara penanaman pokok simbolik hari koperasi di Taman Herba, Ceramah Israq Mikraj oleh Ust Fakrurazi. Semoga dengan pelbagai aktiviti yang padat dan variasi ini dapat mendidik serta membina keilmuan dikalangan semua warga SMKPP berbentuk jasmani, rohani dan semuanya, insyallah.

CERAMAH 'BANTUAN AWAL KECEMASAN'



Syukuran dan terima kasih di atas jemputan oleh SMK Agama Baling kepada Cikgu Ismi Kamarul Sham b. Ismail yang telah meminta beliau untuk memberi ceramah Bantuan Awal / Pertolongan Kecemasan kepada semua warga pendidik dan staf SMKA Baling pada 24 Jun 2011 jam 9.30 mlm bertempat di SMKA Baling sendiri....Pengisian yang diberi adalah sempena perkhemahan perdana oleh semua warga pendidik dan staf sokongan SMK Agama baling yang telah bermula pada 24 Jun hingga 25 Jun 2011 atas objektif pemantapan kualiti kendiri bagi warga pendidik dan staf sokongan....Semoga hubungan diantara sekolah akan menjadi lebih akrab lagi, insyallah....

FORUM REMAJA






13 Jun 2011 bertempat di SMKPP telah berlangsungnya Pertandingan Forum Remaja peringkat Daerah Baling/Sik dan SMKPP telah menjadi tuan rumah utk pertandingan tersebut....Perasmian telah dilakukan oleh Tuan PPD sendiri iaitu Tn. Hj. Abdul Rashid b. Mohd Yosof, BCK. Syabas kepada pasukan SMK Siong keran telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan...Semoga semua peserta yang terdiri daripada 23 buah sekolah menengah sekitar Baling Sik akan terus berusaha dari masa ke semasa....Syabas

KEJOHANAN TAEKWONDO INTERCLUB PENANG KALI KE 2




Syabas kepada pasukan Taekwondo SMKPP yang telah meraih pingat gangsa dalam siri kejohanan taekwondo interclub peringkat kebangsaan di Dewan Millenium Kepala Batas Pulau Pinang pada 4-5 Jun yang lalu. Pelajar Mohd Eizrul Faahisyan telah berjaya meraih pingat gangsa manakala 7 orang peserta lain hanya mampu mara ke pusingan pertama sahaja. Persaingan kali ini lebih sengit kerana kehadiran peserta SUKMA di kejohan ini...Semoga pelajar parit panjang akan terus berusaha lagi dari masa ke semasa...Syabas

TEMASYA SUKAN SMKPP






Syabas dan tahniah kepada semua pihak kerana telah menjayakan sukan peringkat sekolah pada 26 Jun 2011 kali yang ke-24 yang lalu..Perasmian telah disempurnakan oleh En. Zuraidi b. Abdul Rahim (Pengerusi Yayasan Kemiskinan dan Pendidikan Kedah) dengan jayanya. Semoga SMKPP akan terus gemilang dan terbilang didalam arena sukan dipersada yang lebih tinggi...Syabas juga kepada pasukan rumah biru yang begitu cemerlang untuk terus cemerlang dan menjadi johan bagi tahun 2011...Syabas kepada semua guru-guru penasihat rumah biru.