Tuesday, 5 July 2011

Langkah tangani stress di tempat kerja - Kaunselor Latifah


Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. walau bagaimanapun, suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan stress. stress yang sedikit adalah perlu untuk mealistikeningkatkan daya produktiviti.
jadi, bagi mengatasi masalah stress di tempat kerja, langkah-langkah terbabit boleh diambil :

1. Bersikap realistik terhadap pekerjaan
* Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri
* Bersikap positif semasa bekerja
* Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
* Merasa seronok bekerja

2. Rancang segala kerja
* Kendali masa dengan bijak
* Lakukan kerja mengikut keutamaan. Jangan bertangguh.
* Elakkan membawa kerja balik ke rumah.
* Agihkan tugas dengan baik.

3. Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah.
* Lihat masalah dengan rasional.
* Rancang penyelesaian secara rasional.
* Kenalpasti masalah mengikut keutamaan.
* Senaraikan langkah penyelesaian.

4. Bersikap positif terhadap perubahan dalam kerja
* Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur, dan realisitik terhadap apa jua perubahan yang berlaku.

5. Amalkan komunikasi berkesan
* Amalkan sikap tegas bukan garang
* Luahkan pendapat dengan sopan, tegas, dan jelas
* Hormati pandangan rakan sekerja

6. Amalkan cara hidup sihat
* Belajar untuk relaks
* Tidur yang cukup
* Adakan aktiviti / hobi yang menyeronokkan
* Berpegang teguh pada ajaran agama dan nilai-nilai murni

No comments:

Post a Comment